wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz pengawetan makanan tahun 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Makanan di dalam gambar sesuai menggunakan kaedah pengawetan secara....

a)

Pendinginan

b)

Penyejukbekuan

c)

Pendinginbekuan

d)

Pempasteuran

2.

Apakah ciri-ciri makanan yang rosak? (Tanda 2 jawapan)

a)

Berbau wangi

b)

Berlendir

c)

Berasa masam

d)

Tidak berkulat

3.

Apakah proses pembungkusan vakum?

a)

Proses yang menggunakan suhu yang rendah bagi membunuh mikroorganisma.

b)

Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.

c)

Keasidan dan kepekatan gula yang tinggi menjadikan keadaan tidak sesuai

d)

Penyimpanan makanan bersusu kurang daripada 18 celsius

4.

Apakah faktor-faktor pertumbuhan mikroorganisma yang dikawal supaya makanan tahan lebih lama?

a)

suhu, udara, keasidan

b)

suhu, udara, air, nutrien

c)

suhu , udara, keasidan, air, nutrien

d)

suhu, udara, keasidan, air

5.

Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma yang dikawal melalui kaedah ini?

a)

udara

b)

air

c)

suhu

d)

keasidan

6.

Terdapat DUA daripada pilihan jawapan di bawah merupakan kelebihan pengawetan makanan, iaitu ...

a)

Menggalakkan pembaziran

b)

Mengelakkan pembaziran

c)

Makanan tidak akan rosak

d)

Makanan mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana

7.

Mengapakah makanan yang dijeruk lambat rosak?

a)

tiada udara

b)

suhu tidak sesuai

c)

tiada air

d)

keasidan tidak sesuai

8.

Pengawetan makanan membolehkan makanan dimakan di luar musim. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

9.

Antara makanan berikut, manakah yang lebih sesuai dibawa semasa perkhemahan?

Mengapa?

a)

A, kerana ikan lebih segar dan bernutrisi

b)

B, lebih mudah disimpan dan tahan lama

10.

Kaedah pengawetan yang manakah tahan paling lama?

a)

Pendidihan

b)

Pelilinan

c)

Pengetinan

11.

Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu dan diikuti dengan pendinginan segera. Namakan kaedah pengawetan ini?

a)

Pendinginan

b)

Pempasteuran

c)

Pembungkusan vakum

12.

Gambar menunjukkan beberapa makanan yang telah diawet. Apakah tujuan pengawetan makanan?

a)

Untuk mempelbagaikan citarasa makanan tersebut

b)

Untuk membantu para petani supaya tidak mengalami kerugian

c)

Untuk meningkatkan kebolehpasaran makanan tersebut

d)

Untuk menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma

13.

Berdasarkan gambar di atas, apakah teknologi yang sedang dibangunkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kehidupan manusia pada masa kini.

a)

Pengawetan makanan

b)

Perindustrian

c)

Keusahawanan

d)

Pengangkutan

14.

Bagaimanakah masyarakat Arab kuno membuat persediaan sekiranya berlaku banjir?

a)

Mengeringkan makanan

b)

Menyimpan makanan

c)

Memasak semua makanan sebelum di simpan

d)

Mengeringkan dan menyimpan makanan

15.

Garam yang digunakan didalam proses pemasinan berfungsi untuk

a)

Menyingkirkan kelembapan pada makanan

b)

Membunuh mikroorganisma

c)

Menjadikan mikroorganisma lemah

16.

Zainal belajar di luar negara. Dia sangat teringin untuk memakan rendang. Antara berikut yang manakah kepentingan teknologi pengawetan makanan yang sesuai dengan keadaan Zainal.

a)

Mengatasi masalah bekalan makanan

b)

Senang disimpan dan mudah diangkut.

c)

Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara boleh dinikmati di negara lain

d)

Makanan mudah diperolehi

17.

Apakah cadangan terbaik untuk menyimpan tangkapan ikan yang sangat banyak dalam jangka masa yang lama?

a)

Meletakkan garam pada ikan dan menjemurnya

b)

Bungkus ikan dengan plastik dan simpan di dalam bekas

c)

Bersihkan ikan dengan air dan simpan

18.

Apakah kepentingan pengawetan makanan?

(jawapan lebih daripada SATU)

a)

Mengatasi masalah bekalan makanan.

b)

Senang disimpan dan mudah diangkut.

c)

Makanan boleh disimpan lebih lama.

d)

Makanan dari luar negara mudah rosak.

19.

Kaedah pengawetan makanan ini sudah bermula sejak beratus ribu tahun dahulu. Benar atau salah.

a)

BENAR

b)

SALAH

20.

Maklumat di atas menunjukkan proses penjerukan buah betik. Apakah langkah S?

a)

Hirisan betik dididihkan seketika

b)

Hirisan betik disimpan di dalam balang kaca bertutup semalaman

c)

Hirisan betik dijemur di bawah cahaya matahari

d)

Hirisan betik digaul dengan garam