Worksheetssejarah bab 9 tingkatan 4
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?
Kitab suci bagi sesebuah agama
Buku laporan kewangan negara
Himpunan undang-undang dasar atau prinsip-prinsip asas
Tatacara pergerakan rakyat
Berikut merupakan antara faktor perlembagaan negara dianggap undang-undang tertinggi KECUALI ____________.
Boleh dipinda sesuka hati
Sukar untuk dipinda
Memerlukan majoriti 2/3 ahli dewan rakyat
Menghalang penyalahgunaan kuasa
Ciri-ciri perlembagaan mestilah merangkumi ciri-ciri berikut ____________.
Prinsip-prinsip asas dan YDPA mengatasi perlembagaan negara
Prinsip-prinsip asas, kedudukan tertinggi dan kukuh
Boleh dipinda sesuka hati dan mengikut keperluan mendesak
Boleh dirujuk dengan mahkamah dan dipersetujui oleh Hakim Negara
Antara berikut, yang manakah menunjukkan sejarah peristiwa pembentukan perlembagaan negara yang BETUL?
Perlembagaan British ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Perlembagaan Malayan Union ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ---> Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963
Perlembagaan Jepun ---> Perlembagaan British ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Perlembagaan British ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ---> Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963
Siapakah Gabenor pertama Malayan Union di Tanah Melayu?
Sir Henry Gurney
Robert Fullerton
Sir Edward Gent
J.P Rodger
Apakah peranan Suruhanjaya Reid?
Merangka perlembagaan Malayan Union 1946
Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1963
Merangka perlembagaan baru negara yang bakal merdeka
Siapakah YDPA pertama negara?
Sultan Ahmad Shah dari negeri Pahang
Sultan Nazrin Shah dari negeri Perak
Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan
Tunku Abdul Rahman dari negeri Kedah
Kontrak Sosial dibina berdasarkan persetujuan antara Orang Melayu/Bumiputera dan Orang Bukan Melayu/Bukan Bumiputera. Konsep ini berlandaskan kepada ____________.
Toleransi kaum, sedia berkorban dan win-win situation
Pemahaman masyarakat di Tanah Melayu
Saling mempercayai antara satu sama lain
Memelihara hak-hak kaum lain di Malaysia
Manfaat kepada Orang Bukan Melayu melalui Kontrak Sosial ialah pemberian kewarganegaraan. Apakah syarat utama untuk melayakkan seseorang individu itu diberi taraf kerakyatan?
Naturalisasi/Pemastautin Tetap
Kuatkuasa Undang-undang
Pendaftaran
Pencantuman Wilayah
YDPA akan dipilih dalam kalangan _______________ Raja-raja Melayu.
lapan
sembilan
sepuluh
empat belas
Apakah prinsip Rukun Negara yang ketiga?
Kepercayaan kepada Tuhan
Kedaulatan Undang-undang
Keluhuran Perlembagaan
Kesopanan dan Kesusilaan
Berikut merupakan antara unsur tradisi bagi orang Melayu dalam peruntukan perlembagaan. (Pilih jawapan lebih dari satu)
Bahasa Melayu
Institusi Beraja
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Kebebasan Beragama
Keempat-empat unsur tradisi dilindungi di bawah _______________.
Akta Darurat
Akta Bahasa Kebangsaan
Akta Hasutan 1948
Akta Agama Islam
Berikut merupakan faktor mempengaruhi usaha negara kita mencapai kemerdekaan, kecuali?
British memberi jaminan membantu Persekutuan Tanah Melayu berkerajaan
Tanah Melayu mempunyai kuasa imperialisme yang kukuh.
Keadaan selepas Perang Dunia Kedua, rakyat Mesir, India, Burma dan Filipina menentang penjajah untuk kemerdekaan
Perjanjian yang dibuat menunjukkan sikap toleransi, pengorbanan dan muafakat rakyat untuk kestabilan negara.
Kepentingan Rundingan Kemerdekaan ialah?
Kebergantungan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British
Untuk menunjukkan kuasa Tanah Melayu sebagai sebuah tanah jajahan yang bebas
Tanah Melayu kekal sebgai tanah jajahan British
Soal perlembagaan negara yang akan merdeka.
Berikut merupakan perkara yang dirundingkan dan disepakati di London, Kecuali?
Menuntut tarikh kemerdekaan tidak lewat dari 16 September 1957
Berunding tentang isu Suruhanjaya Perlembagaan, kewangan, keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam.
Menuntut Menteri Hal Ehwal Ekonomi dilantik dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
Jawatan Setiausaha
Kewangan dihapuskan & digantikan dengan Menteri Kewangan
Berikut merupakan anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Sir William Mckell (Australia)
Tunku Abdul Rahman
Hakim B. Malik (India)
Sir William Ivor Jennings (Britain)
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk secara?
Bertulis
Bertulis dan Lisan
Lisan
Rundingan
Jenis memorandum yang mendorong dalam langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Yang Merdeka?
British
Parti politik dan pihak awam
Rakyat
Pihak Raja-raja Melayu
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada ________________ untuk menggantikan Perlembagaan Malayan Union.
1 Februari 1948
1 Mac 1948
1 Februari 1946
1 Mac 1946
Berikut merupakan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang berbeza daripada Malayan Union, kecuali
Majlis Undangan ditubuhkan
Majlis Raja-raja Melayu dibubarkan
Pesuruhjaya Tinggi British dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan (Executive Council)
Kuasa memerintah terletak pada tangan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu dengan memberi semula ____________________________ke atas negeri mereka masing-masing.
Hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa
Hak-hak tertentu, kuasa dan bidang kuasa
Hak-hak tertentu, kuasa tertentu dan bidang kuasa
Hak-hak tertentu, kuasa tertentu dan bidang kuasa tertentu
Raja-raja Melayu telah bersetuju memberikan taraf kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu kepada ______________ orang bukan Melayu yang layak.
30,00
300,000
3,000
300
Kesan utama Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah mengembalikan semula status quo politik Raja-raja Melayu, negeri-negeri Melayu dan pengiktirafan kepada ____________________ sebagai peribumi.
orang Siam
orang Melayu
orang Cina
orang India
Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 telah melahirkan keinginan Kerajaan United Kingdom dan Raja-raja Melayu untuk mengarah kepada pembentukan “_________________”.
Kerajaan Sendiri
Negeri Sendiri
Kepulauan Sendiri
Istana Sendiri
Kedatangan British ke Tanah Melayu hanya mementingkan ___________________.
sosial
agama
ekonomi
politik
Kesan serta-merta kejayaan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu termasuk tindakan ____________________ yang cuba merebut kuasa dan mahu menggulingkan kerajaan.
Parti Komunis Malaya
Parti Keadilan Rakyat
Pakatan Harapan
Barisan Nasional
Sebanyak ............ memorandum bertulis telah diterima daripada pihak Raja-Raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan.
120
131
141
241
Memorandum daripada Raja-Raja Melayu mencadangkan supaya Persekutuan yang bakal merdeka mempunyai ........... sebagai Ketua Negara
Raja Melayu
Ketua Menteri
Yang Di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Seorang Yang Di-Pertuan Agong mestilah dipilih dan dilantik berdasarkan kekananan di dalam ............ dengan persetujuan semua Raja-Raja Melayu.
Majlis Perundangan Persekutuan
Majlis Mesyuarat Persekutuan
Majlis Jemaah Kabinet
Majlis Raja-Raja
Kedudukan istimewa orang Melayu merupakan perkara yang terkandung di dalam memorandum Raja-Raja Melayu. Kepentingannya ialah untuk .....
Mengukuhkan penguasaan orang Melayu di Tanah Melayu
Melindungi hak orang Melayu di Tanah Melayu
Mengurangkan penguasaan kaum lain dalam pentadbiran di Tanah Melayu
Mewujudkan kestabilan politik di Tanah Melayu
Sebuah memorandum telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh parti Perikatan yang dikenali sebagai ......
Testament Politik Parti Perikatan
Memorandum Persefahaman Politik Parti Perikatan
Testament Amanah Politik Perikatan
Memorandum Persetujuan Bersama Perikatan
Isu kewarganegaraan berkisar mengenai prinsip ............... yang dicadangkan sebagai bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka kelak.
Jus Sanguinis
Lorem Ipsum
Habeas Corpus
Jus Soli
Dalam aspek pendidikan, MCA juga menuntut supaya sistem pendidikan secara .............. diteruskan seperti biasa.
Berpusat
Desentralisasi
Vernakular
Sekular
Tujuan MCA menuntut supaya pendidikan dilaksanakan secara vernakular dikekalkan adalah kerana ingin ......
Rakyat Tanah Melayu memahami semua bangsa dan bahasa
Memelihara jati diri dan identiti bangsa masing-masing
Memudahkan Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
Menjamin keselamatan setiap bangsa di Tanah Melayu
Hasil daripada memorandum yang diterima daripada pelbagai pihak (Pemerintah & Masyarakat), Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengeluarkan sebuah ............ untuk dibincang dan diteliti.
Draf Perlembagaan
Kertas Laporan Perlembagaan
Memorandum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Struktur Kertas Cadangan Perlembagaan 1957
Parti PAS telah mengkritik draf perlembagaan yang dikeluarkan Suruhanjaya kerana ......
Masyarakat tidak dibantu secara sosial dan ekonomi
Dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu dan Agama Islam
Memudahkan penjajah terus berkuasa selepas kemerdekaan
Menghapuskan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Dua aspek ini dibangkitkan oleh ahli UMNO ketika meneliti draf perlembagaan yang dikeluarkan iaitu berkenaan ......
Agama Rasmi & Ekonomi
Pentadbiran Tempatan & Agama Rasmi
Bahasa Rasmi & Agama Rasmi
Bahasa Rasmi & Pentadbiran Tempatan
Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat telah mengadakan kongres pada bulan Mei 1957untuk membincangkan aspek .............. hasil daripada draf perlembagaan yang dikeluarkan Suruhanjaya.
Syarat kewarganegaraan yang longgar
Kedudukan bahasa lain selain Bahasa Melayu yang setaraf
Kedudukan Agama lain di Persekutuan Tanah Melayu
Sistem pendidikan bukan Vernakular yang diperkenalkan
Kejayaan penggubalan perlembagaan bagi sebuah negara yang bakal merdeka telah membuktikan sikap ini mampu membawa kestabilan kepada negara. Sikap yang dimaksudkan ialah .........
Prihatin
Penyayang
Muafakat
Bertanggungjawab
