WorksheetsDILEMA ANAK REMAJA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Remaja sering menghadapi tekanan daripada rakan sebaya. Apakah contoh tekanan yang biasa dihadapi oleh remaja ?
Membantu dalam pelajaran
Memaksa untuk ponteng sekolah
Membantu apabila berada dalam kesusahan
Bermain bersama-sama
Fatin mahu sikap Alya yang suka meniru kerja sekolahnya diubah. Tetapi Fatin belum sempat menerangkan niatnya, Alya telah menuduhnya tidak setia kawan. Fatin dan Alya kini tidak bertegur sapa. Fatin tertekan kerana salah faham ini.
Apakah punca tekanan yang dihadapi oleh Fatin?
Dilema rakan sebaya.
Persaingan yang sihat.
Komunikasi yang tidak berkesan.
Aminah belajar dengan bersungguh-sungguh kerana sering dibandingkan oleh rakannya. Berdasarkan situasi, apakah jenis tekanan tersebut ?
negatif
positif
positif dan negatif
Muhaimin ialah murid baharu di sebuah sekolah. Dia berasa dipinggirkan oleh rakan-rakan sebayanya. Dia juga sukar menumpukan pelajaran dan suka menyendiri.
Muhaimin menghadapi tekanan jenis negatif disebabkan oleh.....
suka berkawan.
tiada kemahiran komunikasi.
mangsa perbandingan.
Amalia berasa cemburu dengan rakan-rakan sekelasnya yang lebih menonjol dalam subjek Matematik. Dengan itu, dia rajin membuat latihan dan menghadiri kelas tuisyen. Walaupun keputusannya semakin meningkat, tetapi Amalia belum berpuas hati.
Sebenarnya, Amalia menghadapi tekanan jenis ...........................
positif.
negatif.
positif dan negatif.
Damia sukakan perhatian. Dia tidak suka dianggap ketinggalan dalam semua perkara terutama yang berkaitan gajet baharu. Dia akan memaksa ibu bapanya membelikan gajet yang lebih terkini jika ada kawannya yang sudah memperolehnya.
Sikap Damia ini dikira sebagai..................
Dilema rakan sebaya.
Boros dan suka menonjol.
Persaingan yang sihat.
Rakan baik kamu mendapat markah yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu. Kamu rasa cemburu. Apakah tindakan kamu?
Memukul rakan
Membuat latih tubi
Memulaukan rakan
Memalukan rakan
Zamri memaksa ibu bapanya membelikan telefon bimbit kepadanya agar dia setanding dengan rakan-rakannya yang lain. Apakah tindakan anda selaku rakan baik Zamri?
Mengajak Zamri mencuri.
Menjauhkan diri daripada Zamri.
Menghasut Zamri.
Menasihati Zamri.
Lee Zii Jia rajin berlatih bermain badminton. Namun, jurulatihnya tetap mengatakan prestasinya tidak sebaik rakan-rakannya yang lain. Apakah tindakan positif yang dilakukannya?
Berputus asa dengan tindakannya.
Meninggalkan sesi latihan.
Memarahi jurulatihnya.
Tidak putus asa dan terus berlatih dengan lebih gigih.
Remaja biasanya akan menghadapi dua jenis tekanan iaitu tekanan positif dan tekanan negatif.
Betul
Salah
