WorksheetsSAINS TAHUN 6 TOPIK 1-9
Total questions: 31
Worksheet time: 18mins
Semua kaca tingkap ditutup ketika murid-murid sedang melakukan penyiasatan di Bilik Sains.
Bagaimanakah keadaan di dalam Bilik Sains ketika murid-murid menjalankan penyiasatan?
Udara akan menjadi segar dan nyaman
Eksperimen tidak akan dapat dijalankan
Murid-murid akan mengalami sesak nafas
Udara akan menjadi panas dan aliran udara kurang baik
Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?
selsema
cacar air
kerosakan gigi
Rubella
Apakah kepentingan suntikan vaksin?
Untuk mempercepatkan penyembuhan sesuatu penyakit.
Untuk menguatkan sistem imunisasi badan.
Untuk mengelakkan badan manusia mengalami alahan.
Untuk meningkatkan pertumbuhan mikroorganisma dalam badan manusia.
Seramai 900 orang penduduk Malaysia telah dijangkiti Covid 19. Mereka dikuarantin di dalam sesebuah hospital khas untuk
membolehkannya berehat.
memberikannya penjagaan rapi.
membolehkannya sembuh dengan cepat.
mengelakkannya daripada merebakkan penyakit itu kepada orang lain.
Apakah mikroorganisma yang diperlukan dalam pembuatan yogurt?
kulat
paramesium
bakteria Laktobasilus
yis
Apakah maksud INTERAKSI?
Perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain
Interaksi spesies yang berlainan
Interaksi spesies yang sama
Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Apakah maksud MUTUALISME?
Perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain
Hubungan rapat antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi manfaat antara satu sama lain
Interaksi spesies yang berlainan
Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua haiwan
Apakah maksud PARASITISME?
Interaksi yang hanya memberi manfaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk
Interaksi yang memberi manfaat sebelah pihak sahaja dan merugikansatu pihak yang lain
Interaksi spesies yang berlainan
Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua haiwan
Apakah maksud KOMENSALISME?
Interaksi yang hanya memberi manfaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk
Hubungan rapat antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi manfaat antara satu sama lain
Interaksi spesies yang berlainan
Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua haiwan
apakah yang dimaksudkan dengan haiwan yang pupus?
haiwan yang semakin sukar di cari di dunia ini
haiwan yang sudah lenyap spesisnya di bumi ini
haiwan yang telah kehilangan ibu atau ayahnya
apakah yang dimaksudkan dengan haiwan yang terancam?
bilangan spesis hidupan yang semakin berkurang dari tahun ke tahun
bilangan spesis hidupan yang semakin bertambah dari tahun ke tahun
bilangan spesis haiwan yang semakin bertambah di malaysia
pencemaran akan menyebabkan haiwna dan tumbuhan terancam. apakah yang menyebabkan pencemaran udara?
pembakaran terbuka
jerebu
membuang sampah ke dalam sungai
pemburuan haram menyebabkan haiwan semakin pupus. mengapakah gajah semakin pupus?
manusia ingin mendapakan belalainya
manusia ingin mendapatkan gadingnya
manusia ingin memakan dagingnya
Antara bot berikut, yang manakah bergerak paling laju?
Bot P yang bergerak sejauh 100 meter dalam masa 20 saat.
Bot Q yang bergerak sejauh 90 meter dalam masa 20 saat.
Bot R yang bergerak sejauh 80 meter dalam masa 20 saat.
Bot S yang bergerak sejauh 70 meter dalam masa 20 saat.
Sebuah kereta api mengambil masa 2 jam untuk bergerak sejauh 200 km. Berapakah kelajuannya?
100 km/j
180 km/j
120 km/j
80 km/j
Antara berikut yang manakah BUKAN unit untuk kelajuan?
sentimeter per saat (cm/s)
meter per saat (m/s)
kilometer per jam (km/j)
inchi- hektar
Berikut adalah ciri-ciri makanan yang rosak, kecuali...
berkulat
berubah warna
rasanya sedap
berubah tekstur
Apakah maksud pengawetan?
Proses mempercepatkan makanan menjadi rosak.
Proses mengurangkan khasiat makanan.
Proses melambatkan makanan menjadi rosak.
Proses membuat makanan.
Apakah cara pengawetan yang sesuai bagi buah ini ?
Penyejukbekuan
Pelilinan
Pemasinan
Pengeringan
Mikroorganisma akan menjadi TIDAK AKTIF apabila disimpan di dalam......
peti sejuk
bekas makanan
mangkuk
periuk
Apakah bahan-bahan asas yang perlu disediakan semasa proses penjerukan?
Garam, larutan gula dan cuka.
Garam dan gula sahaja.
Garam dan cuka sahaja.
Cuka sahaja.
Simbol ini terdapat pada bekas bahan toksik. Apakah maksud simbol ini?
mengandungi bahan buangan berasid dan boleh menghakis kulit dan logam
mengandungi bahan mikroorganisma berbahaya
mudah terbakar
mengandungi bahan beracun dan menyebabkan jangkitan
Apakah maksud bahan buangan?
bahan yang terbiar
bahan yang tidak boleh dimakan
bahan yang terhasil daripada proses fotosintesis
bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan
Hampas tebu adalah contoh sisa___________.
toksik
makanan
bahan kumuh dan tinja
plastik
Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan?
bahan yang tidak boleh direputkan oleh mikroorganisama
bahan yang boleh berubah sifat
bahan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma dan kembali menjadi nutrien di dalam tanah
bahan yang telah tercemar
Bahan plastik mengambil masa lebih daripada 200 tahun untuk mereput secara semulajadi. Ini bermakna plastik merupakan bahan___________________.
terbiodegradasikan
tidak terbiodegradasikan
Puan Moana telah membeli sejenis barang yang memaparkan logo seperti di atas.
Apakah cara terbaik yang perlu dilakukan oleh Puan Moana apabila dia mahu membuang barang tersebut?
Mebungkus barang tersebut di dalam plastik sebelum dibuang
Menggunakan bekas tersebut utntuk kegunaan lain
Membakar bahan tersebut
Mengasingkan bahan itu untuk dikitar semula
