WorksheetsOh My Perniagaan!!
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Apakah kelebihan bentuk pemilikan Ramlan Burger Sendirian Berhad berbanding Amra Niaga Berhad?
Dikenakan cukai rendah
Syer boleh dipindah milik secara bebas
Saham boleh diurus niaga di Bursa Malaysia
Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai
Gambar ini menunjukkan suatu logo badan berkanun di Malaysia. Apakah peranan badan berkanun tersebut?
Menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai
Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan
Menerbitkan syer semua jenis syarikat di Malaysia
Meningkatkan kestabilan kewangan bagi pertumbuhan ekonomi dan perniagaan Malaysia
Faktor luaran manakah yang boleh memberi peluang dan ancaman kepada syarikat?
Pemasaran
Pengeluaran
Sosiobudaya
Sumber manusia
Pernyataan manakah yang menunjukkan peranan bahagian fungsian khidmat pelanggan?
Membuat jualan secara bersemuka dengan pelanggan
Memujuk pelanggan untuk membeli produk atau barang
Membuat pengiraan jumlah yang perlu dibayar oleh pelanggan
Menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan dengan barang dan perkhidmatan
Apakah kelebihan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam sesebuah perniagaan?
Mengawal pembelian kuantiti bahan mentah
Mewujudkan dan meningkatkan permintaan
Mengurangkan kos dan memaksimumkan keuntungan
Merancang aktiviti pembangunan produk baharu dan menambah baik produk sedia ada
Apakah tujuan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan?
Mengawal semua pekerja di dalam organisasi
Meningkatkan komunikasi antara pembekal sahaja
Memudahkan komunikasi dalaman (Intranet) dan luaran(Internet)
Organisasi menjadi lebih aktif dalam perhubungan internet di pasaran
Pernyataan manakah yang menunjukkan pengurus sumber manusia perlu membuat perancangan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi?
Memberi latihan kepada pekerja
Menyediakan kebajikan kepada pekerja
Membantu menyelesaikan masalah pekerja
Membentuk polisi berkaitan dengan pembangunan kerjaya pekerja
Faiz merupakan seorang juruteknik di sebuah kilang. Apakah tugas yang perlu dilakukan oleh Faiz supaya operasi kilang berjalan?
Melantik penyelia yang berpengalaman
Mengambil insurans kebakaran kilang
Melakukan penyelenggaraan mesin secara berkala
Mendapatkan perisian yang tulen bagi mengelakkan daripada disaman
Dari manakah sumber pembiayaan dalaman boleh diperolehi?
Simpanan peribadi dan rizab
Pinjaman saudara-mara dan Tekun
Simpanan peribadi dan MARA
Pinjaman keluarga dan pihak bank
Encik Ali mengeluarkan wang melebihi jumlah wang terdapat di akaun semasanya. Apakah sumber pembiayaan luaran tersebut?
Pajakan
Sewa beli
Overdraf
Pemfaktoran
Apakah kekuatan sumber pembiayaan dalaman?
Modal terhad
Memerlukan penjamin
Tidak melibatkan kos seperti faedah atas pinjaman
Mudah menambah modal dalam tempoh yang singkat
Gambar ini menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan. Skim manakah yang berkaitan dengan agensi kerajaan tersebut?
Program Agropreneur Muda
Skim Jaminan Usahawan Mara
Skim Pembiayaan Tekun Niaga
Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress
Mengapakah Puan Mastura, seorang usahawan lebih memilih untuk membuat pinjaman melalui agensi kerajaan berbanding pinjamandi bank?
Menerima cagaran dalam pelbagai bentuk
Memerlukan penjamin untuk memohon pinjaman
Mudah diperolehi kerana tidak banyak persaingan
Kadar faedah yang lebih rendah dan tidak memerlukan cagaran
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan kos berubah?
Perlu dibayar walaupun pengeluaran sifar
Tidak dipengaruhi oleh tingkat pengeluaran
Kos yang malar mengikut tingkat perubahan
Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran
Apakah maksud titik pulang modal (TPM)?
Kaedah penetapan kuantiti pengeluaran supaya hasil melebihi kos
Kaedah penetapan kuantiti pengeluaran supaya kos melebihi hasil
Kaedah penetapan kuantiti pengeluaran supaya memperoleh hasil bersamaan dengan kos
Kaedah penetapan kuantiti pengeluaran supaya pengeluaran dapat dijalankan lebih banyak
Apakah maksud kedudukan nisbah cairan yang tinggi dalam sesebuah perniagaan?
Hubungan antara kos jualan dengan stok purata
Kecekapan pihak pengurusan dalam mengendalikan stok
Kecekapan perniagaan dalam menggunakan aset untuk menjana jualan
Mampu mendapatkan tunai untuk membayar hutang dalam tempoh yang singkat
Apakah peranan usahawan kepada negara?
Mewujudkan sikap berdikari
Mewujudkan pengaliran masuk modal asing
Memupuk minat keusahawanan dalam kalangan keluarga
Menyediakan pelbagai produk untuk keperluan pengguna
Pernyataan manakah yang menjelaskan stok bergerak perlahan perlahan?
Berisiko rendah
Boleh dijual dengan cepat
Terdiri daripada barang keperluan harian
Ketinggalan zaman sekiranya disimpan lama
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh En. Saiful selepas dia berpindah ke alamat perniagaan yang baharu?
Menamatkan pendaftaran perniagaan
Mendaftarkan perubahan maklumat perniagaan
Memperbaharui sijil perakuan pendaftaran perniagaan
Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran perniagaan
Situasi manakah yang menunjukkan aktiviti pembayaran sesebuah perniagaan?
Modal, belian dan gaji
Modal, gaji dan jualan tunai
Iklan, belanja utiliti, dan komisen
Gaji, belian tunai, dan bayaran kepada pemiutang
