wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pengenalan kepada perakaunan t6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah subbidang perakaunan yang melibatkan proses penyediaan penyata kewangan?

a)

percukaian

b)

pengauditan

c)

perakunan kewangan

d)

perakunan pengurusan

2.

2.Apakah tujuan Malaysian Accounting Standard Board (MASB) ditubuhkan?

a)

Merancang pelaksanaan sistem rekod perakaunan

b)

Menentukan amalan sistem perakaunan sesebuah perniagaan

c)

Menetapkan piawaian laporan kewangan bagi firma perniagaan

d)

Merangka aktiviti badan-badan korporat dalam bidang perniagaan

3.

3.Simpan kira adalah proses

a)

Menyediakan maklumat kewangan sesuatu perniagaan

b)

Merekodkan urus niaga dalam dua akaun yang berbeza

c)

Merekodkan urus niaga perniagaan berasaskan sistem catatan bergu

d)

Mengelas, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan

4.

Antara pernyataan yang berikut, manakah yang benar tentang perakaunan?


I Perakaunan lebih luas daripada simpan kira

II Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

III Perakaunan hanya melibatkan proses merekodkan urus niaga

IV Perakaunan dapat membantu pihak pengurusan meningkatkan keuntungan

a)

I, II

b)

I, IV

c)

II, III

d)

III, IV

5.

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang tujuan penubuhan Malaysian Accounting Standard Board (MASB)?


I Menerbitkan piawaian perakaunan

II Bertindak sebagai penasihat kepada akauntan

III Mengadakan peperiksaan bagi menentukan taraf

professional

IV Memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan

a)

I, II

b)

I, IV

c)

II, III

d)

III, IV

6.

Profesion perakaunan di Malaysia dikawal oleh

a)

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia

( MICPA )

b)

Charted Institue of Management Accountants

( CIMA )

c)

Association of Certified Charted Accountants

( ACCA )

d)

Institut Akauntan Malaysia ( MIA )

7.

Berikut merupakan sub bidang perakaunan kecuali...

a)

Perakaunan Pentadbiran

b)

Percukaian

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

e)

Pengauditan

8.

Proses memeriksa dokumen perniagaan dan rekod akaun supaya BETUL dan TEPAT, ia merujuk kepada ..

a)

Pengauditan

b)

Percukaian

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

9.

Sistem catatan bergu telah diperkenalkan oleh

a)

Loca B

b)

Lica Pacioli

c)

Luca Ravioli

d)

Luca Pacioli

10.

Hayat perniagaan dibahagikan mengikut tempoh perakaunan tertentu.

Nyatakan andaian berikut.

a)

usaha berterusan

b)

wang sebagai ukuran

c)

konservertisme

d)

tempoh perakaunan

11.

Urusniaga perlu direkod sebanyak dua kali iaitu di sebelah debit dan di sebelah kredit.

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

wang sebagai ukuran

b)

kos manfaat

c)

catatan bergu

d)

pelaporan nilai saksama

12.

Kenderaan RM 50 000

Perabot RM 2000

Alatan pejabat RM 7700

Nilai berikut perlu dijumlah dan direkod dalam penyata kewangan.

Pernyataan dia atas merujuk kepada

a)

kos sejarah

b)

wang sebagai ukuran

c)

pelaporan nilai saksama

d)

pengiktirafan hasil dan belanja

13.

Maklumat yang diperolehi daripada penyata kewangan mestilah bebas daripada sebarang kesilapan dan campur tangan individu tertentu.

Nyatakan ciri kualitatif bagi pernyataan di atas

a)

kerelevanan

b)

kebolehpercayaan

c)

kebolehbandingan

d)

kebolehsahan

14.

Usaha yang berterusan bermaksud

a)

perniagaan ditubuhkan hanya untuk setahun

b)

perniagaan akan ditutup sekiranya pemilik meninggal dunia

c)

perniagaan ditubuhkan sampai bila-bila

d)

perniagaan akan ditutup sekiranya berlaku kerugian setiap tahun

15.

PENGGUNA DALAM PENYATA KEWANGAN IALAH

a)

AHLI LEMBAGA PENGARAH

b)

FIRMA PENGAUDITAN

c)

LHDN

d)

BANK NEGARA

16.

Antara berikut, yang manakah bukan tujuan penubuhan Malaysian Accounting Standard Board (MASB)?

a)

Menentukan kod etika professional

b)

Menentukan taraf kelayakan professional

c)

Menyediakan amalan yang standard dalam pelaporan

d)

Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan

17.

En Johan merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan


Pilih konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?

a)

Pemadanan

b)

Materialiti

c)

Entiti berasingan

d)

wang sebagai ukuran

18.

Antara berikut, yang manakah pengguna luaran penyata kewangan?

a)

Pihak pengurusan

b)

Pihak bank

c)

Pekerja

d)

Pemilik perniagaan

19.

Pemilik perniagaan dan perniagaannya ialah dua badan yang terpisah.

a)

entiti berasingan

b)

berterusan

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Pemadanan

20.

Simpan kira merupakan proses

a)

Merekod urus niaga dalam dua akaun yang berbeza

b)

Mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan

c)

Merekod urusniaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan system catatan bergu

d)

Menyediakan maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan.