Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Biar putih tulang, jangan putih mata

a)

Orang yang tiada harapan untuk sembuh.

b)

Keadaan nazak hendak menghembuskan nafas terakhir.

c)

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

2.

Usaha tangga kejayaan

a)

Seseorang itu perlu memastikan tanamannya tidak diserang makhluk perosak.

b)

Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kecemerlangan.

c)

Seseorang itu perlu mencapai tangga untuk ke menara gading

3.

Bagai aur dengan tebing

a)

Bergotong-royong memastikan kawasan persekitaran bersih.

b)

Hubungan yang akrab antara manusia.

c)

Tolong-menolong antara satu sama lain.

4.

Ibarat belayar sambil memapan

a)

Melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus.

b)

Membawa diri berhijrah ke luar negara

c)

Berjalan atau berkelana tanpa arah tujuan.

5.

Maksud : Sekiranya hendak mengetahui ataupun menguasai sesuatu perkara, belajarlah daripada orang-orang yang ahli ataupun pakar dalam perkara tersebut.

a)

Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai.

b)

Hendak mengaji biarlah bersedia, hendak berkerja silalah berusaha.

c)

Hendak berguru datanglah segera, hendak bermesra bawalah hadiah.

6.

Maksud: Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya menyelesaikannya.

a)

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

b)

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

c)

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

7.

Orang mengantuk disorongkan bantal.

a)

Sangat mengantuk kerana keletihan.

b)

Gembira kerana mendapat sesuatu yang diingini

c)

Perasaan marah kerana diganggu.

8.

Kakak yang bercita-cita mahu menjadi seorang doktor, rajin membaca buku-buku tentang perubatan dan membuat banyak kajian yang berkaitan di perpustakaan sekolah.

a)

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.

c)

usaha tangga kejayaan.

9.

Leftenan Adnan dijulang sebagai wira bangsa kerana dia sanggup berkorban demi mempertahankan tanah airnya daripada diserang oleh penjajah.

a)

Berani kerana benar takut kerana salah.

b)

Biar putih tulang, jangan putih mata

c)

Alah bisa tegal biasa

10.

Ibu saya membayar bil elektrik dan membeli setem di pejabat pos yang sama ketika membeli-belah di pasar raya yang berdekatan dengan Bukit Tinggi, Klang.

a)

Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.

b)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

c)

Ibarat belayar sambil memapan.

11.

Adinis ___________ ketika ibu memarahinya kerana dia tidak pergi ke sekolah.

a)

Buat muka

b)

Ringan mulut

c)

Tarik muka

12.

Mereka sudah memasang tekad untuk bekerjasama menghalang kemasukan askar Jepun. Ada yang membina kubu dan ada yang memasang perangkap.

a)

Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.

b)

Bagai aur dengan tebing

c)

Gajah dipandang seperti kuman

13.

Berikan maksud peribahasa "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"

a)

sesuatu yang terdedah kepada panas dan hujan

b)

sesuatu yang tidak akan rosak walaupun ditimpa hujan.

c)

Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

14.

Berikan maksud peribahasa "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"

a)

bekerjasama melakukan pekerjaan

b)

Mengalami susah senang bersama-sama.

c)

bersatu padu dalam masyarakat.

15.

Berikan maksud simpulan bahasa "lintah darat"

a)

menjual dengan harga yang mahal

b)

sikap penindasan orang kaya terhadap orang miskin

c)

Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

16.

Berikan maksud peribahasa "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang"

a)

Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

b)

sesuatu yang datang tanpa perlu berusaha

c)

sesuatu yang telah ditakdirkan menjadi rezeki kita

17.

Berikan maksud peribahasa "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"

a)

banyak kekayaan yang boleh diperoleh dinegeri orang berbanding negeri sendiri.

b)

Walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.

c)

lebih mudah mencari kekayaan di negara orang berbanding negara sendiri

18.

Berikan maksud peribahasa "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"

a)

Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

b)

mengikut telunjuk orang di tempat tersebut

c)

tidak tahu arah dan tujuan kerana tidak biasa dengan tempat tersebut.

19.

Berikan maksud peribahasa "Biar mati anak, jangan mati adat"

a)

orang yang sanggup membunuh anak demi kepentingannya

b)

Orang yang kuat berpegang kepada adat.

c)

adat yang perlu dikekalkan sepanjang zaman.

20.

Berikan maksud peribahasa "Seperti lembu dicucuk hidung"

a)

orang bodoh yang sentiasa dipermainkan

b)

lembu kesayangan yang dicucuk hidung oleh tuannya.

c)

Orang yang selalu menurut kemahuan orang.

21.

Berikan maksud peribahasa "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"

a)

Jika hendak mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

b)

kalau hendak membetulkan buluh perlulah dari rebungnya supaya tidak mudah patah

c)

mendidik anak dengan kasih sayang yang secukupnya

22.

Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "bagai dakwat dengan kertas"

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai cincin dengan permata

c)

bagai bulan di pagar bintang

23.

Peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "burung terbang dipipiskan lada" ?

a)

sudah terhantuk baru nak terngadah

b)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

c)

bagai melepaskan batuk di tangga

24.

Berikut merupakan peribahasa yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tema 4; Menjulang Harapan Di Bumi Bertuah .


Tandakan peribahasa dan maksud yang betul . Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.

a)

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud jika bernasib baik, akan selamat dan jika bernasib malang akan binasa

b)

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud orang yang pandai bermain judi akan mendapat keuntungan yang besar

c)

Bertangguh itu pencuri masa bermaksud orang yang mencuri merupakan orang yang tidak menghargai masa

d)

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud kalau kita membuang sabut ke dalam sungai, sabut akan timbul dan batu akan tenggelam,

e)

Bertangguh itu pencuri masa bermaksud melakukan tugasan secara bertangguh akan merugikan diri sendiri

25.

Lengkapkan peribahasa berikut. Jika tidak dipecahkan ruyung, ___________________________________________________

a)

manakan dapat sagunya

b)

manakan dapat hasilnya

c)

manakan dapat bertihnya

d)

manakan dapat padinya