NEW
Font size
WorksheetsKUIZ P.AM SEM 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Antara yang berikut, yang manakah ciri asas sebuah negara?
I. Raja yang berdaulat
II. Penduduk yang tetap
III. Sempadan yang tetap
IV. Pemerintah yang berkuasa penuh
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
1. Yang berikut, pernyataan manakah benar tentang sistem Kerajaan Persekutuan?
I. Segala kuasa pemerintahan dimiliki oleh Kerajaan Pusat
II. Kerajaan Negeri melaksanakan kebanyakan pentadbiran Negara
III. Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan
IV. Setiap peringkat kerajaan mempunyai kedudukan dan kuasa masing-masing
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
1. Semua penyataan yang berikut adalah benar tentang sistem kerajaan kecuali
A. Kerajaan Kesatuan merupakan penyusunan politik yang membolehkan Kerajaan Pusat politik yang membolehkan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pentadbiran
B Kebanyakan kuasa pemerintahan dikekalkan oleh negeri-negeri dalam system Kerajaan Konfederasi
C. Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan tertentu dalam system Kerajaan Persekutuan
D. Kerajaan Kesatuan lebih kukuh dan stabil pertahanannya
4. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri negara demokrasi?
I. Segala kuasa pemerintahan terletak pada Kerajaan Pusat
II. Presiden ialah ketua negara
III. Hak dan kebebasan rakyat terjamin
IV. Pilihan raya yang bebas dijalankan untuk memilih kerajaan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
1. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia?
I. Sistem Parlimen Malaysia berasaskan sistem Parlimen Westminster
II. Parlimen Malaysia berbentuk dwidewan
III. Perdana Menteri dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
IV. Badan eksekutif mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan negara
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
Yang manakah antara yang berikut benar tentang konsep Kerajaan Konfederasi?
A. Kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri adalah seimbang dalam semua aspek pemerintahan Negara
B. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang lebih rendah
C. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa autonomi masing-masing dalam bidang tertentu
D. Kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat terhad dan kebanyakan kuasa terletak dalam tangan Kerajaan Negeri
Antara yang berikut, yang manakah cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold?
I. Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk menentukan dasar imigresennya
II. Jaminan tentang hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak
III. Sabah dan Sarawak diberi kuasa dalam urusan hal ehwal luar
IV Agama Islam ialah agama rasmi di Sabah dan Sarawak
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah faktor-faktor pembentukan Malaysia?
I. Menghalang penyebaran ideologi komunis
II. Meningkatkan jumlah penduduk di Tanah Melayu
III. Mempercepat proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura
IV. Membolehkan pilihan raya diadakan di Sabah, Sarawak dan Singapura
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa?
I. Badan yang sama melaksanakan kuasa kerajaan
II. Sesuatu pihak tidak boleh terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu bidang kuasa pemerintahan
III. Pihak berkuasa yang lain tidak boleh mengganggu tindakan yang diambil oleh sesuatu komponen kerajaan
IV. Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa yang dimiliki oleh pihak yang lain
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
1. Konsep terpenting tentang Doktrin Pengasingan Kuasa ialah
A. badan eksekutif mesti mempunyai kuasa membuat undang-undang dan menguatkuasakannya
B. badan perundangan mesti mempunyai kuasa untuk menghukum individu atau pihak yang
melanggar undang-undang yang digubal
C badan kehakiman mesti mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan melaksanakan
dasar-dasar awam
D. badan yang sama tidak harus berperanan membuat undang-undang , menguatkuasa dan menghukum pihak yang melanggar undang-undang
Seseorang warganegara asing yang ingin memperoleh kewarganegaraan Persekutuan dengan cara KEMASUKAN mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
I. Berumur lebih daripada 18 tahun
II. Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu
III. Telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki
IV. Tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
1. Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kecuali
A. Dia membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu
B. Ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam perbuatan yang mengkhianati Negara
C. Dia tidak setia kepada raja dan Negara
D. Dia menolak kewarganegaraannya secara sukarela
Dengan cara apakah isteri seorang warganegara Malaysia atau anak berumur 15 tahun yang salah seorang ibu atau bapanya warganegara Malaysia dapat memperoleh kewarganegaraan Malaysia?
A. Kuat kuasa undang-undang
B. Pendaftaran
C. Kemasukan
D. Percantuman wilayah
Dengan cara apakah kewarganegaraan dapat diperoleh oleh kategori yang berikut?
· Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu
· Orang yang dilahirkan di Negara Malaysia pada 6 Julai 1982
A. Kuat kuasa undang-undang
B. Pendaftaran
C. Kemasukan
D. Percantuman wilayah
Apakah syarat-syarat yang harus dipenuhi seseorang warganegara Malaysia jika dia mahu menolak kewarganegaraannya?
I. Mesti mencapai umur melebihi 21 tahun
II. Mesti menguasai sesuatu bahasa asing
III. Sudah mendapat kewarganegaraan Negara lain
IV. Berniat dan merancang untuk berkhidmat di Negara lain
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
Lee Lian Hua, seorang warganegara HongKong, berkahwin dengan Donald Wong, seorang warganegara Malaysia.
Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Lee Lian Hua dapat menjadi warganegara Malaysia?
I. Dia mesti bermastautin di Malaysia bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun
II. Dia mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia
III. Dia membuat permohonan melalui cara kemasukan
IV. Dia berkelakuan baik
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
Kerajaan boleh memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera dengan
I. Menyuruh pegawai kerajaan bukan Melayu bersara awal untuk memberikan peluang kepada bumiputera
II. Menarik balik lesen dan biasiswa bukan bumiputera untuk diserahkan kepada bumiputera
III. Mengadakan system kuota bagi bumiputera memegang jawatan perkhidmatan awam
IV. Memperuntukkan peluang khas bagi bumiputera mendapatkan lesen-lesen tertentu
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu ditetapkan sebagai Bahasa Kebangsaan bagi maksud rasmi. Yang manakah antara pernyataan yang berikut tidak benar?
I. Apa-apa bahasa lain boleh digunakan, diajarkan, atau dipelajari bagi maksud bukan rasmi.
II. Bahasa ibunda kaum-kaum yang lain tidak disekat perkembangannya
III. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua.
IV. Bahasa pengantar dalam semua sekolah mesti bahasa Melayu.
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
Menurut Perkara 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu mestilah
I. Menganut agama Islam
II. Bertutur dalam bahasa ibunda
III. Mengamalkan adat istiadat Melayu
Dilahirkan di Persekutuan atau Singapura selepas Hari Merdeka
iV Dilahirkan di Persekutuan atau Singapura selepas Hari Merdeka
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
Yang manakah antara berikut benar jika terhadap percanggahan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang negeri?
A. Undang-undang persekutuan akan dibatalkan
B. Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan
C. Undang-undang persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggahan sahaja
D. Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
