Font size
WorksheetsSPL QUIZ FEST- BUDAYA MALAYSIA
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Apakah salah satu maksud "budaya" mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat?
Budaya dianggap sebagai konsep utama dalam antropologi, merangkumi pelbagai fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial dalam masyarakat manusia
Budaya sebagai sifat individu telah menjadi tahap yang mereka telah menanam tahap kecanggihan tertentu dalam seni, sains, pendidikan, atau adab-adab
Membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab
Adalah kumpulan adat, tradisi, dan nilai masyarakat atau masyarakat, seperti kumpulan etnik atau negara
Berikan maksud adat?
Tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan.
Pengetahuan bkn kelakuan (tingkah laku) manusia
Peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan,
Kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Adat juga merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undang-undang samudera.
Manakah antara berikut yang menerangkan tentang ADAT TEMENGGUNG?
Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan yang menjadi asas wujudnya suku
Diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka
Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka denga kadar 2/3 berbanding anak perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga.
Kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-barangnya dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
Definisi agama menurut wikipedia, ensiklopedia bebas ialah ___________
Sebagai sistem yang mengatur kepercayaan dan peribadatan Kepada Tuhan serta kaedah yang berhubungan dengan budaya, serta pandangan dunia yang menghubungkan manusia dengan kehidupan
Diertikan sebagai sebuah kumpulan aturan yang dapat mengarah manusia dalam arah dan tujuan tertentu yang baik dan benar.
Kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaanTuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa
Kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Allah, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
Manakah padanan berikut adalah SALAH tentang agama dan rumah ibadahnya.
Buddha - Kuil
Islam - Masjid
Kristian - Gereja
Hindu - Kuil
"Mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar, mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka". Pernyataan berikut merujuk kepada agama _______________
Samawi
Hindu
Animisme
Buddha
Klik pada padanan agama dan kitab yang betul.
Islam - Al Quran
Hindu - Veda
Buddha - Tripitaka
Kristian - Al Maseh
Batu Bersurat Terengganu menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Berikut adalah pernyataan tentang Batu Bersurat :
Sebuah batu bersurat terukir tulisan jawi yang ditemui di Kuala Berang.
Pengislaman Sultan Tererengganu dan rakyatnya
Diperbuat daripada batu marmar yang kuat dan kukuh bagi mengelakkan tulisannya ditelan zaman.
Antara yang tercatat pada Batu Bersurat tersebut ialah Islan sebagai agama rasmi dan hukum hakam Islam terhadap maksiat
Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang mempunyai tiga aliran utama iaitu Theravada, Mahayana dan Vajrayana. Apakah matlamat utama aliran Theravada?
Pencapaian di satu tahap di mana seseorang itu terus berada di kitaran kelahiran semula untuk membantu manusia lain mencapai kesedaran.
Dapat mempelajari dan juga memahami alam semesta nyata yang sebenar seperti Buddha.
Bebas dari kitaran kesengsaraan dan kelahiran semula.
Penemuan dikenali sebagai Bodhi atau "Kesedaran".
Menurut Kamus Pelajar Edisi Dua, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yg terdiri drpd berbagai-bagai (suku) kaum. Klik pada kaum/suku/etnik yang terdapat di Malaysia.
Melanau
Bisaya
Baba dan Nyonya
Orang Asli
Sejarah masyarakat majmuk di Tanah Melayu bermula dengan kedatangan orang China dan India pada zaman pemerintahan British. Apakah faktor utama penghijrahan mereka ke Tanah Melayu?
Ingin melarikan diri dari ketagihan candu
Mengikut jejak langkah saudara mara yang telah berjaya di Tanah Melayu
Bencana alam yang sering melanda negara mereka
Keadaan ekonomi dan politik yang huru hara
Antara berikut, nyatakan kesan positif terhadap Dasar Pecah dan Perintah yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan British?
Pembahagian sumber ekonomi yang seimbang
Pengekalan identiti dan budaya sesuatu kaum
Keseragaman dalam bidang pendidikan
Semua kaum diberikan kuasa dalam bidang politik
Nasi lemak merupakan sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia. Nyatakan bahan asas yang terdapat dalam sebungkus nasi lemak.
Nasi putih, ikan bilis, telor, sambal tumis dan ayam goreng berempah
Nasi bersantan, ikan bilis, telor dan rendang daging
Nasi putih, ikan bilis, kacang tanah, telor, timun dan sambal tumis
Nasi bersantan, ikan bilis, kacang tanah, telor, timun dan sambal tumis
Berikut adalah makanan tradisional masyarakat Cina. Klikkan gambar makanan tradisional bagi masyarakat ini.
Berikan ejaan tepat untuk gambar snek tradisional kaum India yang ditunjukkan.
Maruku
Muruku
Meruku
Maurukku
Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun. Nyatakan antara bahan yang digunakan dalam pembuatan hinava.
Kunyit hidup
Limau (air perahan)
Isi ikan segar
Buah bambangan
Setiap negeri mempunyai makanan tradisional yang tersendiri. Manakah antara berikut BUKAN padanan makanan dan negeri yang betul?
Gulai tempoyak ikan patin - Negeri Sembilan
Mee kolok - Sarawak
Kacang Phool - Johor
Rendang tok - Perak
Padankan perayaan dan amalan yang dilakukan ketika menyambutnya.
Hari Raya Aidilfitri - bertakbir , mandi sunat hari raya, bermaaf-maafan, saling berziarah
Tadau Kaamatan - Upacara ranyai,pertandingan Kumang dan Keling
Deepavali - Mandi minyak bijan, bersembahyang di kuil, menyalakan pelita, membuat kolam
Tahun Baru Cina - Makan besar keluarga, bertukar-tukar hadiah, mengadakan upacara memuja semangat dan roh
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian ini- sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Namakan tarian ini.
Joget
Mak yong
Zapin
Kuda kepang
Tarian klasik India, bharatanatyam mempunyai 3 elemen penting, iaitu ___________
Tarian yang mempunyai perasan (nritya), ritma (tala), kesetiaan kepada dewa (dasi Attam)
Ekspresi (bhava), melodi (raga) dan tarian (natyam)
Tarian tulen tanpa perasaan (nritta), debut (arangetram), ritma (tala)
Ekspresi (bhava), melodi (raga) dan ritma (tala)
Tarian Sumazau adalah tarian tradisi rakyat Sabah. Berikut adalah pernyataan BENAR tentang tarian Sumazau :
Pasangan penari lelaki dan wanita menari secara berhadapan dan menggerak kaki dengan langkah kecil, dan berenjut mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
Tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba merah yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna putih.
Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’. Semasa menari, penari-penari akan memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’ ataupun baju burung.
Permainan tradisional masyarakat di Malaysia terbahagi kepada 3 jenis, iaitu ________________
Permainan dalam, permainan luar, permainan air
Permainan anjung, permainan halaman, permainan air
Permainan anjung, permainan halaman, permainan lasak
Permainan dalam, permainan air, permainan fizikal
Nama lain bagi permainan tradisional batu seremban ialah ____________
Selambut
Selembat
Serabut
Segambut
Manakah antara berikut kesan positif permainan tradisional?
Mengukuhkan perpaduan
Meningkatkan rasa menyerang lawan yang tinggi
Menggalakkan perasaan tidak boleh kalah
Berani ke hadapan
Gasing dimainkan dalam dua cara dan melibatkan aktiviti melilit tali, melilit gasing, memusing gasing, memangkah dan mengangkat gasing. Padankan cara gasing dimainkan.
Gasing uri - dimainkan dengan memangkah gasing lawan supaya ia pecah atau berhenti berpusing
Gasing pangkah - dimainkan oleh dua pasukan dan pasukan yang berjaya menolak gasing lawan keluar dari sempadan, diberikan mata
Gasing uri - dimainkan untuk melihat dan menguji ketahanan gasing berpusing
Gasing pangkah - pemain dalam kumpulan akan cuba mengekalkan gasing ahli kumpulan sendiri dengan mencuba memangkah gasing lawan
Namakan permainan tradisional yang ditunjukkan di dalam gambar dan nyatakan negeri asal permainan tersebut
Sepak Manggis - Sabah
Tibau - Sarawak
Lompat galah - Pulau Pinang
Ketingting - Perak
Cerita rakyat merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita lisan dan disampaikan secara turun temurun. Antara jenis cerita rakyat di bawah, manakah yang menepati ciri berikut :
- bersifat dongeng
- mengandungi unsur konsep dan kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan suku bangsa dan kejadian alam
Hikayat
Mitos
Lagenda
Jenaka
Rukun Negara menjadi idealogi yang dipegang oleh seluruh rakyat Malaysia dan mempunyai 5 prinsip. Nyatakan prinsip Rukun Negara yang ketiga.
Kepercayaan kepada Tuhan
Keluhuran Perlembagaan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Kesopanan dan Kesusilaan
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dan termaktub dalam Perlembagaan di bawah Perkara ______________
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan - Kuasa Eksekutif Persekutuan.
Perkara 152 - Bahasa Kebangsaan
Perkara 181(1) - Perlembagaan Persekutuan
Perkara 153 - Hak Perlembagaan Malaysia dipinda
Nyatakan etika menyanyikan Lagu Negaraku
Berdiri tegak dengan tangan diletakkan di sisi dan lurus ke bawah
Tidak bermain-main atau berborak ketika Lagu Negaraku dinyanyikan
Bagi orang kelainan upaya (OKU) berkerusi roda, tegakkan kepala dan memandang ke arah bendera dengan kedua tangan dan paha dirapatkan
Sekiranya terlewat memasuki kumpulan, sila percepatkan langkah dan terus berdiri tegak ketika Lagu Negaraku dimainkan
