wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Apa yang anda faham tentang Sistem Ekonomi!

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi sebuah negara.

· Wujud persaingan antara firma

· Kerajaan mengawal melalui sistem cukai dan subsidi

a)

Pasaran Bebas

b)

Campuran

c)

Perancangan pusat

2.

Persamaan antara sistem ekonomi campuran dengan sistem sosialis ( perancangan pusat) ialah

a)

kaedah pengeluaran untuk kebajikan masyarakat

b)

penentu kehendak melalui mekanisme harga

c)

kuasa beli mempengaruhi corak agihan barang

3.

Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem pasaran bebas kerana

a)

pilihan pengguna bebas

b)

mengutamakan keuntungan

c)

campur tangan kerajaan mengurangkan pembaziran sumber ekonomi

4.

*Mengimbangi motif keuntungan dan kebajikan

*Menggalakkan persaingan sihat

Apakah sistem ekonomi tersebut?

a)

Pasaran bebas

b)

Campuran

c)

Perancangan pusat

5.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri sistem ekonomi Islam?

a)

Kerajaan menentukan pengeluaran barang untuk mengelakkan penyelewengan

b)

Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat mengikut hukum Islam

c)

Menyediakan barang awam demi meningkatkan kebajikan masyarakat

6.

Pernyataan yang manakah menggambarkan sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Pilihan individu terhad

b)

Wujud sektor kerajaan dan sektor swasta

c)

Harga faktor ditentukan oleh mekanisme harga

7.

Encik Ali hanya dibenarkan menjual barang-barang yang halal sahaja di kedainya.

Sistem ekonomi yang diamalkan di negara Encik Ali ialah

a)

campuran

b)

Islam

c)

pasaran bebas

8.
Apakah kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas dalam penentuan harga barang?
a)
Harga barang adalah tetap
b)
harga barang aadalah dikawal
c)
harga barang adalah minimum
d)
harga barang mengikut kuasa permintaan dan penawaran
9.

Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Mengawal permintaan pengguna

b)

Mengutamakan kebajikan masyarakat

c)

Menggalakkan persaingan bebas antara pengeluar

d)

Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi

10.

Apakah faktor yang mendorong kerajaan untuk campur tangan dalam sistem ekonomi campuran?

a)

Melaksanakan projek pembangunan yang berisiko tinggi

b)

Memastikan pulangan keuntungan yang tinggi

c)

Memaksimumkan kebajikan rakyat

d)

Mengelakkan pembaziran sumber