WorksheetsPENILAIAN AKHIR PERNIAGAAN TINGKATAN 4
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagan.
* barang dan perkhidmatan
* pertukaran nilai
* keuntungan perniagaan
* memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
Apakah yang berkaitan dengan senarai tersebut?
Trend pasaran
Konsep perniagaan
pemilikan perniagaan
Tanggungjawab sosial
Pernyataan berikut berkaitan dengan konsep perniagaan.
Sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan perniagaan.
Apakah yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?
Barang
Perniagaan
Pengeluaran
Perkhidmatan
Apakah kepentingan untung kepada perniagaan?
Menamatkan perniagaan
Mengembang perniagaan
Menyediakan peluang pekerjaan
Meningkatkan pembayaran cukai pendapatan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan?
I Perbankan
II Pendidikan
III Pengeluaran pakaian
IV Pengilangan air minuman
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah langkah pertama untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal?
Mendapatkan borang D
Mengisi borang carian nama
Menghantar borang pendaftaran
Membuat pembayaran yuran pendaftaran
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan perkongsian.
Bilangan rakan kongsi
Minimum = 2 orang
Maksimum = Tidak terhad
Apakah jenis perniagaan perkongsian di atas?
Perkongsian biasa
Perkongsian aktif
Perkongsian berhad
Perkongsian liabiliti terhad
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan.
* Liabiliti terhad
* Penawaran syer terhad
* Modal besar
Perniagaan manakah yang mempunyai ciri-ciri di atas?
Kedai Kasut Moden
Tian Eng Batik Merbok berhad
Saujana Perdana Hartanah Berhad
Warisan Ekspres Sendirian Berhad
Apakah kelebihan usaha sama?
I Perkongsian risiko perniagaan
II Kewujudan perniagaan adalah kekal
III Dikecuali daripada pembayaran cukai
IV Perkongsian modal perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan perniagaan bersaiz besar.
Aktiviti perniagaan yang dijalankan secara besar-besaran membolehkan kos seunit pengeluaran dikurangkan ke tahap minimum
Apakah kelebihan tersebut?
Wujud pengkhususan
Penguasaan pasaran
Menikmati ekonomi bidangan
Memperoleh keuntungan tahunan
Pernyataan manakah yang menerangkan sektor primer?
Memproses bahan mentah
Mengekstrak sumber semula jadi
Aktiviti pembuatan dan pengilangan
Aktiviti menyediakan perkhidmatan
Perniagaan manakah yang berskala global?
Pasar Raya Ten ten
Warung Burger Syafiq
Petroliam Nasional Berhad
Gardenia Bakeries Sdn. Bhd.
Pernyataan berikut berkaitan dengan sejenis isu.
Melibatkan hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam.
Apakah jenis isu tersebut?
Isu global
Isu negara
Isu serantau
Isu tempatan
Mkaklumat berikut berkaitan dengan peranan sesuatu pihak.
* Menggubal undang-undang perniagaan
* Menyediakan pembiayaan perniagaan
* Menyediakan latihan dan pembangunan
Siapakah pihak tersebut?
Kerajaan pusat
Kerajaan negara
kerajaan daerah
Kerajaan tempatan
Rajah di bawah menunjukkan satu situasi di sebuah negara.
Pendapatan isi rumah meningkat ------> Kuasa beli pengguna meningkat -------> Pendapatan negara meningkat
Apakah yang berkaitan dengan situasi di atas?
Pertumbuhan perniagaan
Pertumbuhan ekonomi
Pertumbuhan teknologi
Pertumbuhan prasarana
Apakah keadaan ekonomi yang menyebabkan pengangguran kitaran?
Ekonomi stabil
Ekonomi meleset
Ekonomi mendatar
Ekonomi meningkat
Maklumat berikut berkaitan dengan pekerja X.
Pekerja X merupakan seorang pekerja yang selalu ponteng kerja dan suka mengelak memikul tanggungjawab.
Apakah gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan bagi situasi di atas?
Autokratik
Demokratik
Laissez-faire
Sederhana
Maklumat berikut berkaitan dengan analisis faktor dalaman.
Faktor dalaman sesebuah perniagaan yang dapat membawa kesan positif kepada pencapaian objektif perniagaan.
Apakah faktor dalaman tersebut?
Peluang
Ancaman
Kekuatan
Kelemahan
X merupakan satu pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan utama sesebuah perniagaan. Apakah X?
Visi
Misi
Objektif
Prosedur
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis perniagaan.
* Bercorak kebajikan atau faedah bersama
* Fokus kepada perkhidmatan yang disediakan untuk ahli dan masyarakat
Apakah jenis perniagaan tersebut?
Perkongsian
Syarikat berhad
Milikan tunggal
Pertubuhan sukarela
Encik Haziq ingin ingin memulakan perniagaan dengan membuka sebuah restoran makanan segera kerana didapati ramai rakyat Malaysia suka makan makanan segera. Apakah yang berkaitan dengan situasi tersebut?
Peluang perniagaan
Ancaman perniagaan
Kekuatan perniagaan
Kelemahan perniagaan
Bagaimanakah kemajuan teknologi membantu sesebuah organisasi mencapai visi, misi, dan objektif organisasi?
I Membangun modal insan
II Proses pengeluaran lebih cekap
III Perniagaan lebih berdaya saing
IV Menjamin keuntungan berterusan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tujuan penubuhan bahagian fungsian?
Menjamin keuntungan berterusan
Meningkatkan syer pasaran perniagaan
Memastikan kelancaran proses pengeluaran
Membolehkan pengkhususan kerja dijalankan
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan sebuah bahagian fungsian.
# Menyediakan dokumen syarikat
# Pengurusan syarikat
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Pengeluaran
Pemasaran
Pengagihan
Pentadbiran
Apakah peranan bahagian fungsian pengurusan kewangan syarikat?
Menggalakkan pembelian pembeli
Mengawal segala pembiayaan perniagaan
Memastikan perbelanjaan berdasarkan bajet
Menguruskan aktiviti perancangan sumber manusia
Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menyediakan sebut harga kepada pelanggan?
Belian
Jualan
Kewangan
Sumber manusia
Apakah proses memilih idea yang terbaik dan menggugurkan idea yang kurang berpotensi?
Penjanaan idea
Penyaringan idea
Pembangunan produk
Pembangunan strategi pemasaran
Pernyataan manakah yang benar tentang objektif perniagaan?
Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi
Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor sesebuah perniagaan bertahan dalam industri?
I Kewangan
II Pengeluaran
III Ekonomi negara
IV Sumber manusia
I DAN II
I DAN IV
II DAN III
III DAN IV
Bagaimanakah peniaga dapat meningkatkan keuntungan syarikat?
Menjual barang pada harga di bawah kos
Mengurangkan kos dalam pengeluaran
Meningkatkan perbelanjaan dalam pembelian input
Menambahkan bilangan pekerja dalam pengeluaran
Butiran manakah yang diklasifikasikan sebagai kos tetap?
Insurans kilang
Belanja alat-alat kecil
Upah pekerja produktif
Kos belian bahan mentah
Pernyataan manakah yang merupakan kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif?
gagal dalam persaingan
kualiti produk terjejas
produktiviti pekerja menurun
pengeluaran produk berkurang
Keadaan manakah yang menyebabkan trend menurun dalam persekitaran perniagaan?
politik yang stabil
pekerja yang inovatif dan kreatif
sistem pengurusan yang cekap
aktiviti pemasaran yang kurang berkesan
Apakah kelebihan pengambilan sumber manusia dalaman?
melahirkan idea baharu
dapat memotivasikan pekerja
mempunyai kemahiran baharu
bersemangat dalam menjalankan tugas
Trend persekitaran pertumbuhan ekonomi boleh dibahagikan kepada dua. Apakah kedua-dua trend itu?
I Kemerosotan
II Perkembangan
III Pembangunan
IV Kecemerlangan
I DAN II
I DAN IV
II DAN III
III DAN IV
Encik Marwan menggaji Noraini yang baharu tamat pelajaran di universiti sebaagi seorang kerani. Apakah kekurangan pengambilan sumber manusia tersebut?
kos merekrut yang tinggi
tidak membawa idea yang baharu
mempunyai pengetahuan stereotaip
tidak mempunyai kemahiran baharu
Pernyataan manakah yang merupakan aspek penting yang ditunjukkan oleh carta organisasi?
pembahagian kuasa
pengasingan kuasa
pembahagain kerja
pengkhususan kerja
Pernyataan manakah yang merupakan makssud pembanguna produk baharu?
mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada
memperkenalkan produk baharu untuk pasaran lama
memasuki pasaran yang berlainan dengan pasaran lama
meningkatkan jalan produk sedia ada dalam pasaran lama
Bahagian fungsian manakah yang mungkin wujud dalam sebuah koperasi yang menjual alat tulis?
I Jualan
II Pembelian
III Khidmat pelanggan
IV Penyelidikan dan pembangunan
I DAN II
I DAN IV
II DAN III
III DAN IV
Bahagian fungsian manakah yang yang hanya wujud di dalam perniagaan besar?
pentadbiran
Khidmat pelanggan
Pengurusan sumber manusia
Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Maklumat berikut berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat terhadap bahagian fungsian X dalam sesebuah organisasi.
# Laman web
# Blog
# Laman sosial seperti facebook dan twitter
Apakah bahagian fungsian X?
Jualan
Pembelian
Pemasaran
Pengeluaran
