WorksheetsBIMBING SAMPAI JAYA
Total questions: 40
Worksheet time: 25mins
Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan?
Meningkatkan imej perniagaan
Mengukuhkan kedudukan perniagaan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Menambahkan pendapatan perniagaan
Maklumat di bawah berkaitan dengan perniagaan Nur Adlina Trading.
Jumlah jualan tahunan: RM 60 juta
Bilangan pekerja 70 orang
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kelebihan bentuk perniagaan tersebut?
Perniagaan mengamalkan pengkhususan
Perniagaan yang lebih fleksibel
Kos upah yang rendah
Kos overhed rendah
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan menjalankan perniagaan berskala tempatan?
Mudah untuk mengendalikan perniagaan
Liputan pasaran meliputi sesebuah negara
Kos menjalankan perniagaan adalah rendah
Mendapat sokongan kewangan daripada syarikat antarabangsa
Maklumat berikut menunjukkan suatu peranan kerajaan di Malaysia.
Bidang kuasa atas bahan galian dan tanah serta mewujudkan kawasan industri untuk memajukan kegiatan ekonomi
Kerajaan manakah yang memainkan peranan bagi pernyataan di atas?
Pihak berkuasa tempatan
Kerajaan negeri
Kerajaan pusat
Kerajaan tempatan
Apakah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah pengangguran bermusim?
Menurunkan kadar cukai
Menurunkan kadar faedah
Menggalakkan penggunaan mesin moden
Memberi insentif kepada perniagaan untuk terus beroperasi
Keadaan yang manakah menyebabkan trend meningkat dalam persekitaran perniagaan?
Sistem perundangan yang tidak stabil
Keadaan ekonomi yang tidak berkembang
Pengurusan yang kurang cekap dan tidak sistematik
Pekerja yang bermotivasi tinggi, rajin serta berdisiplin
Maklumat di bawah ini berkaitan gaya pengurusan.
Pekerja kurang bermotivasi
Tahap disiplin yang rendah
Apakah gaya pengurusan tersebut?
Gaya pengurusan sederhana
Gaya pengurusan sokongan
Gaya pengurusan automatik
Gaya pengurusan laissez-faire
Antara yang berikut, yang manakah adalah contoh kos tetap bagi sebuah restoran?
I Beras
II Minyak masak
III Kerusi dan meja
IV Peralatan memasak
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan pembentukan visi, misi, dan objektif (VMO) sesebuah organisasi?
I Dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi
II Merupakan asas pembentukan strategi perniagaan
III Dijadikan asas untuk mendapat pembiayaan luar
IV Dibentuk untuk mencapai matlamat jangka pendek organisasi
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan berdaya saing sesuatu perniagaan.
Kedudukan kewangan syarikat adalah baik.
Perniagaan mampu terus bertahan dalam industri
Perniagaan melakukan promosi yang berterusan
Jenama perniagaan berkenaan sudah dikenali ramai
Maklumat berikut merupakan tugasan harian Puan Syuhada.
Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang yang dibeli adalah tepat
Memastikan barang pesanan mencukupi dan berkualiti
Bahagian fungsian manakah yang puan Syuhada ditempatkan?
Pengagihan
Pengeluaran
Pembelian
Pentadbiran
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pekerja untuk memastikan risiko kegagalan dapat diminimumkan?
Berbincang dengan pengurus
Berusaha dengan bersungguh-sungguh
Memahami bidang tugas masing-masing
Mematuhi Standard Prosedur Operasi tugas yang ditetapkan
Antara yang berikut yang manakah merupakan faedah bukan berbentuk kewangan yang diberi kepada pekerja?
Komisen
Pinjaman
Cuti rehat
Bonus tunai
Bagaimanakah pekerja ditempatkan dalam organisasi perniagaan?
I Berdasarkan kemahiran
II Mengikut kelayakan akademik
III Mengikut keutamaan kemasukan
IV Mengikut tempat kelahiran pekerja
III dan IV
II dan III
I dan II
I dan IV
Maklumat yang berikut berkaitan dengan rancangan perniagaan.
Menyediakan spesifikasi tugas mengikut jawatan
Apakah bahagian dalam rancangan perniagaan yang melibatkan perkara di atas?
Ringkasan eksekutif
Rancangan pentadbiran
Rancangan kewangan
Rancangan pemasaran
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan pengangkutan barang.
34 orang pekerja tetap
Jualan tahunan sebanyak RM 3.2 juta
Manakah klasifikasi yang betul bagi perniagaan tersebut?
Saiz Kecil, Sektor Sekunder
Saiz Kecil, Sektor Tertier
Saiz Sederhana, Sektor Sekunder
Saiz Sederhana, Sektor Tertier
Antara yang berikut, manakah yang berkaitan skala negeri?
I Syafik menggunakan perkhidmatan lori untuk menghantar barang ke sekitar kawasan di Pahang
II Trak makanan Mee Rebus Jempol beroperasi di tapak pasar malam Senawang, Negeri Sembilan
III Barangan kraftangan Sarawak yang dihasilkan oleh Gilbert dijual melalui laman sesawang
IV Syarikat Megah mempunyai tiga buah pasar raya yang beroperasi di Rembau dan Seremban
II dan III
I dan IV
III dan IV
I dan II
Pernyataan berikut berkaitan trend persekitaran perniagaan.
Trend menurun menunjukkan operasi perniagaan semakin merosot disebabkan oleh faktor dalaman.
Manakah yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?
Situasi banjir menyebabkan kesukaran mendapatkan bahan mentah
Permintaan berkurang akibat perubahan cita rasa pengguna
Keadaan ekonomi yang lembab disebabkan penularan wabak covid-19
Pengambilan pekerja yang kurang berkemahiran menjejaskan produktiviti
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan misi?
I Pernyataan matlamat sesebuah perniagaan
II Penetapan perancangan aktiviti perniagaan
III Panduan dalam membuat keputusan
IV Perancangan jangka masa panjang
I dan IV
II dan III
III dan IV
I dan II
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
Keuntungan yang diperoleh daripada hasil pelaburan
Digunakan oleh perniagaan sebagai modal pusingan
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
Syer
Rizab
Overdraf
Pajakan
Maklumat berikut berkaitan dengan kekuatan diri usahawan.
Usahawan perlu bijak menetapkan visi dan misi serta memberi perhatian sepenuhnya untuk menjayakan perniagaan.
Apakah kekuatan tersebut?
Fokus tenaga dan tumpuan
Keupayaan membina jenama
Perhubungan baik dengan pasangan
Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
Apakah urutan prosedur pemerbadanan syarikat persendirian?
I Mengisi borang pendaftaran syarikat
II Membuat pelantikan setiausaha syarikat
III Mendapatkan notis pemerbadanan syarikat
IV Membuat permohonan carian nama syarikat
I, II, III dan IV
III, IV, I dan II
IV, I, III dan II
II, III, IV dan I
Pernyataan manakah yang menerangkan tentang koperasi?
Menanggung liabiliti tidak terhad
Semua anggota terlibat dalam pembuatan keputusan
Kawalan perniagaan secara demokratik
Pulangan syer dalam bentuk elaun
Maklumat di bawah berkaitan dengan perniagaan perkongsian.
Encik Amirul menyumbangkan modal dalam perniagaan, Beliau tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengurusan perniagaan. Beliau juga menanggung liabiliti tidak terhad
Berdasarkan pernyataan di atas, Encik Amirul merupakan
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi biasa
Rakan kongsi nominal
Rakan kongsi aktif
Apakah matlamat penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?
Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
Menawarkan produk berkualiti tinggi
Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
Melibatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan
Manakah antara berikut merupakan kesan trend menurun kepada ekonomi negara?
Perbelanjaan mengurus perniagaan meningkat
Peningkatan kawalan kuantiti pengeluaran produk
Peningkatan pembayaran cukai kepada kerajaan
Permintaan barangan pengguna meningkat
Nyatakan langkah yang sesuai diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah trend menurun dalam persekitaran perniagaan ?
Menaikkkan kadar cukai
Menaikkan kadar faedah simpanan
Melakukan kempen berjimat-cermat
Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
Berapakah bilangan rakan kongsi yang dibenarkan bagi perkongsian biasa?
Dua orang sehingga tiada had maksimum rakan kongsi
Dua orang sehingga 100 orang rakan kongsi
Dua orang sehingga 50 orang rakan kongsi
Dua orang sehingga 20 rakan kongsi
Antara yang berikut, yang manakah kelebihan perniagaan bersaiz besar berbanding dengan perniagaan bersaiz kecil?
I Wujud pengkhususan
II Kos overhed lebih rendah
III Cepat menyelesaikan masalah
IV Menikmati ekonomi bidangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tanggungjawab francaisor kepada perniagaan francais?
Membuat bayaran permulaan kepada francaisi
Menerima produk baru yang dicadangkan oleh francaisi
Memberi sokongan promosi dan pentadbiran kepada francaisi
Membayar fi tertentu kepada francaisi
Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor ketiga?
I Ahmad menghantar bungkusan syarikat kurier
II Muthu menoreh getah di ladang miliknya
III Chong memproses ikan dijadikan keropok
IV Maria bekerja sebagai ejen insurans
III dan IV
I dan IV
II dan III
I dan II
Bagaimanakah kerajaan mengatasi inflasi?
I Mengawal kenaikan harga barangan
II Memberi subsidi kepada pengeluar
III Menurunkan kadar faedah
IV Menurunkan kadar cukai
I dan IV
I dan II
III dan IV
II dan III
Maklumat berikut berkaitan dengan gaya pengurusan
Encik Aziz merupakan seorang majikan di Syarikat Murni Jaya Sdn. Bhd. Beliau terlalu memberi kebebasan kepada pekerja. Hal ini mewujudkan masalah tingkah laku yang sukar dikawal dan boleh menyebabkan organisasi gagal mencapai matlamat.
Apakah gaya pengurusan tersebut?
Gaya pengurusan demokratik
Gaya pengurusan sederhana
Gaya pengurusan laissez-faire
Gaya pengurusan sokongan
Pernyataan manakah merupakan faktor dalaman yang boleh menjayakan sesebuah perniagaan?
Teknologi terkini dapat meningkatkan produktiviti
Sumber kewangan mencukupi untuk membiayai kos pembangunan
Pembekal bahan mentah dapat memberikan kemudahan kredit
Ekonomi yang berkembang dapat meningkatkan permintaan pengguna
Maklumat berikut tentang ciri-ciri suatu produk
Perlu tempahan khas
Produk yang bernilai tinggi
Produk tidak tahan lama perlu dijual segera
Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai untuk memasarkan produk tersebut?
Pengeluar - Pengguna
Pengeluar - Pemborong - Ejen
Pengeluar - Pemborong - Pengguna
Pengeluar - Pemborong - Peruncit - Pengguna
Apakah kepentingan mewujudkan pasaran baharu?
Mengguna teknologi moden
Menguasai pasaran baharu
Meningkatkan jumlah pekerja
Membuat ujian pemasaran
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan?
I Kecekapan penempatan pekerja dan fasiliti
II Kemahiran penyelesaian masalah
III Keupayaan pembelajaran
IV Kerja berpasukan
II dan III
III dan IV
I dan II
I dan IV
Apakah jenis struktur organisasi yang sesuai untuk perniagaan bersaiz kecil?
Struktur organisasi berdasarkan fungsi
Struktur organisasi berdasarkan geografi
Struktur organsasi berdasarkan pelanggan
Struktur organisasi berdasarkan matriks
Maklumat berikut berkaitan dengan sumber teknologi
Seorang pelukis profesional telah menghasilkan beberapa buah lukisan untuk tujuan komersial
Hasil beliau dikenali sebagai
Kemahiran dan pengalaman
Hak cipta terpelihara
Harta persendirian
Harta intelek
Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Hiliran Bandar Sdn. Bhd.
Nisbah semasa Hiliran Bandar Enterprise ialah 7.5 : 1
Apakah taksiran yang boleh dibuat mengenai nisbah tersebut?
Setiap RM 1 dilaburkan, syarikat ini mempunyai keuntungan sebanyak RM 7.50
Setiap RM 1 liabiliti semasa, syarikat mempunyai aset semasa sebanyak RM 7.50 untuk menjelaskannya
Harga jualan diperoleh dengan menambahkan 75% pada kosnya
Separuh daripada jumlah aset syarikat adalah aset semasa
