wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Persekitaran Perniagaan

Total questions: 12

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah Persekitaran Umum, KECUALI..

a)

Ekonomi

b)

Prasarana

c)

Kerajaan

d)

Antarabangsa

2.

Nyatakan ciri-ciri persekitaran persaingan dan jaringan

a)

Ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti pada pasaran yang sama dehgan produk usahawan

b)

Kerjasama strategik dengan pihak-pihak berkepentingan seperti pembekal dan pembiaya

c)

Hubung kait nilai budaya sosial amalan sesuatu kaum

3.

Nyatakan bagaimana faktor persekitaran teknologi dapat mempengaruhi perniagaan

a)

Penemuan dan ciptaan baharu membantu meningkatkan produktiviti

b)

Perubahan citarasa pengguna boleh mempengaruhi produk yang ditawarkan

4.

Nyatakan bagaimana persekitaran politik dan perundangan mempengaruhi perniagaan

a)

Menjimatkan kos pengeluaran dan mempercepatkan aliran maklumat

b)

undang-undang yang ketat atau longgar mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan

c)

Kestabilan politik memberi jaminan operasi sesebuah perniagaan

5.

Nyatakan bagaimana faktor persekitaran sosiobudaya mempengaruhi perniagaan

a)

kepercayaan dan pegangan atau adat mempengaruhi produk yang ditawarkan supaya tidak menyinggung masyarakat

b)

perubahan gaya hidup boleh mengalakkan penawaran produk baharu

6.

"Blok-blok perdagangan, dasar undang-undang perniagaan melibatkan dua buah negara akan memberi kesan positif dan negatif kepada sesebuah negara".


Pernyataan diatas merujuk kepada faktor persekitaran....

a)

teknologi

b)

politik dan perundangan

c)

Antarabangsa

7.

Nyatakan faktor2 persekitaran tugas

a)

Pelanggan

b)

Pembiaya

c)

Pemodal

d)

Pembekal

8.

"Perubahan citarasa dapat mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti barangan yang dikeluarkan".

Pernyataan diatas merujuk kepada faktor persekitaran..

a)

Pembiaya

b)

Pemodal

c)

Pelanggan

9.

"Pihak berkuasa yang menggubal undang-undang dan menguatkuasakannya". Merujuk kepada faktor persekitaran..

a)

Pekerja

b)

Kerajaan

c)

Pemodal

10.

Nyatakan tanggungjawab perniagaan terhadap pembiaya

a)

membayar pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan

b)

Membayar pinjaman berserta faedah

c)

Memaksimakan kekayaan pemegang saham

11.

Berikut merupakan pihak-pihak berkepentingan kepada perniagaan:

a)

Pesaing

b)

Pengurusan

c)

Pemodal

d)

Pekerja

e)

Politik

12.

Tanggungjawab perniagaan kepada pekerja ialah

a)

mengagihkan untung & dividen secara adil

b)

memastikan perniagaan didaftar

c)

mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat

d)

menyediakn program peningkatan kemahiran pekerja