WorksheetsBahasa Melayu form 2
Total questions: 34
Worksheet time: 18mins
"___________ akan berjumpa dengan Cikgu Eeda pada petang nanti," kata Carol kepada Ain.
Saya
Beta
Patik
Kami
"___________ akan menurut perintah, tuanku," kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Iskandar Syah.
Hamba
Beta
Baginda
Patik
Cikgu Amlee sangat baik dan peramah. Oleh itu, _______________ sangat disayangi oleh murid-muridnya.
mereka
beliau
kamu
dia
Walaupun Ramesh anak orang kaya, namun _________________ tidak sombong.
dia
baginda
beliau
mereka
7) Para pelajar kelihatan ................ sehingga berpeluh apabila warden memeriksa almari mereka.
curiga
gelisah
gembira
pasrah
Buku itu dibeli oleh abang ________ adik.
kepada
di
untuk
dari
Habibah menerima sebentuk cincin emas ___________ suaminya.
ke
dari
daripada
dengan
Buku kerja Sains ada ________ Omar.
dengan
pada
kepada
untuk
Dia memotong rumput ___________ sebilah parang.
dari
dengan
ke
pada
Saya akan berusaha gigih __________ mendapat keputusan cemerlang.
dengan
untuk
dari
oleh
Siapakah tertuduh 1 yang terlibat dalam drama mahkamah?
Zahar
Bulat bin Leper
Abu bin Ali
Mek Teh binti Jali
Drama mahkamah memaparkan sesi perbicaraan yang melibatkan _________ kes.
tiga
empat
dua
satu
Apakah kes yang didakwa terhadap Bulat bin Leper?
membuang kulit pisang
kematian seorang warga emas
mencuri ibu beruk subsidi
merompak
Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam drama Mahkamah kecuali
Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan
Masyarakat hakim dan peguam yang tidak menjalankan tugas
Masyarakat miskin yang tidak menyedari hak mereka
Masyarakat yang tidak menitikberatkan bahasa Melayu
Mengapakah seseorang itu dianggap sebagai orang yang beriman?
Membantu seseorang yang berada dalam kesusahan
Menghulurkan derma kepada orang yang susah
Memikirkan nasib orang yang kelaparan
Memberikan sokongan moral kepada orang susah
Apakah tema bagi Sajak Roti?
Cara membuat roti
Orang yang meminta-minta makanan
Orang yang beriman ketika kenyang tidak melupakan golongan miskin
Menjual roti
Siapakah watak utama dalam Novel Meniti Impian?
Pak Yusof
Suhaili
Zahar
Bakar
Apakah tema bagi Novel Meniti Impian?
Keazaman dan kegigihan seorang remaja untuk mencapai cita-cita menjadi pemuda yang hebat di kampungnya.
Keazaman dan kegigihan seorang remaja untuk mencapai cita-cita menjadi usahawan perabot yang berjaya
Keazaman dan kegigihan seorang remaja untuk mencapai cita-cita menjadi anak yang membanggakan ibu bapa
Keazaman dan kegigihan seorang remaja untuk mengejar cinta yang ditolak
Siapakah Pak Yusof kepada Zahar?
Bapa saudara
Bapa angkat
Sepupu
Ayah
Suhaili menolak perasaan cinta Zahar terhadapnya disebabkan taraf pendidikan mereka yang berbeza. Suhaili juga memandang rendah terhadap penuntut Institut Kemahiran Mara kerana tidak menjanjikan pekerjaan setelah tamat belajar.
Berdasarkan peristiwa di atas, apakah persoalan yang dipaparkan dalam novel ini?
Kegigihan membuahkan kejayaan
Minat dan kebolehan membuahkan hasil
Konflik percintaan dalam kalangan remaja
Keharmonian hidup masyarakat di kampung
Keikhlasan dalam persahabatan
