wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pendidikan Moral Ting. 4 (Unit 1 - Unit10)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Norma masyarakat terdiri daripada seperti berikut kecuali

a)

Amalan agama

b)

peraturan sosial

c)

Tingkah laku yang dianggap wajar

d)

Budaya

2.

Antara cara mengeratkan hubungan antara komuniti setempat ialah ....

a)

selalu bertegur sapa

b)

hidup bersendirian

c)

tidak ramah dengan jiran

d)

Menziarahi rumah jiran setiap hari

3.

Moral berasal daripada perkataan 'mores' dalam bahasa...

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Latin

d)

Yunani

4.

Sey Hong telah menjumpai dompet di kantin dan menyerahkan kepada guru bertugas. Tindakan Sey Hong merupakan tingkah laku yang...

a)

baik

b)

benar

c)

sesuai

d)

patut

5.

Insan bermoral ialah individu yang berfikiran, berperasaan dan mengamalkan perlakuan baik dalam semua tindakannya. Simpati merupakan ciri insan bermoral daripada aspek...

a)

Pemikiran

b)

Perasaan

c)

Perlakuan

d)

Tindakan

6.

Rajin ke sekolah untuk menimba ilmu ialah ciri insan bermoral daripada aspek...

a)

Pemikiran

b)

Perasaan

c)

Perlakuan

d)

Tindakan

7.

MERCY Malaysia merupakan badan NGO yang memberikan bantuan kemanusiaan berbentuk makanan, pakaian, perkhidmatan perubatan, mendirikan klinik dan sekolah. Siapakah pengasas MERCY Malaysia?

a)

Mother Teresa

b)

Pendeta Za'ba

c)

Mahatma Ghandi

d)

Tan Sri Dr. Jemilah

8.

Pilih kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika

a)

Maklumat diri tidak akan digodam

b)

Serangan pelbagai virus

c)

Menimbulkan fitnah

d)

Memudahkan kerja orang lain

9.

Apakah penekanan tentang contoh integriti menurut agama Buddha?

a)

Jujur dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

b)

Setia pada keluarga, tidak melakukan penipuan dan giat melakukan kerja kebajikan.

c)

Mengaku kesilapan diri walaupun berasa bersalah daripada berbohong.

d)

Jujur dan amanah dalam mencari nafkah hidup.

10.

Apakah cara memberikan penghargaan kepada anggota keluarga ?

a)

Meraikan hari isitimewa dalam keluarga

b)

memberi hadiah yang berharga mahal kepada anggota keluarga

c)

Memberikan sokongan moral dan psikologi kepada anggota yang ditimpa masalah

d)

membandingkan sumbangan atau kejayaan mereka dengan orang lain

11.

Yang manakah merupakan gaya keibubapaan yang permisif

a)

Memberi peraturan dan tuntutan

b)

Anak anak disekat dalam membuat keputusan

c)

Setiap permintaan dituruti tanpa memikirkan kesannya

d)

Anak anak diberi kebebasan dalam membuat keputusan

12.

Apakah maksud perikemanusiaan?

a)

Sifat wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa,tolong menolong dan mengasihani.

b)

Perilaku atau tindakan yang diterima sebagai amalan.

c)

Sifat baik dan terpuji yang dimiliki oleh individu.

13.

Apakah badan kerajaan yang telah mengambil inisiatif dalam membantu golongan gelandangan?

a)

Rukun Tetangga

b)

MERCY

c)

Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Soup Kitchen

d)

Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat

14.

Apakah perlakuan berperikemanusiaan yang boleh dilakukan oleh masyarakat terhadap petugas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

a)

Menyumbang makanan dan minuman kepada petugas PKP

b)

Menemani petugas PKP

c)

Memindahkan khemah bertugas petugas PKP

d)

Menyumbang pelitup mulut dan hidung

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan terma kesamaratan?

a)

Semua orang adalah sama tanpa mengira latarbelakang kaum, agama dan jantina.

b)

Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

c)

Hak dan tanggungjawab rakyat Malaysia adalah sama tanpa mengira perbezaan fahaman dan ideologi.

d)

Hak dan tanggungjawab rakyat Malaysia adalah sama tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan jantina.

16.

Gambar rajah tersebut merujuk kepada Perkara 10 iaitu Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.


Apakah pernyataan yang tepat yang harus diaplikasikan oleh warganegara dalam perkara tersebut:

a)

Mendapatkan kebenaran daripada parti politik untuk mengadakan perhimpunan awam.

b)

Mendapatkan permit daripada pihak kerajaan untuk membuat bantahan.

c)

Mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum mengadakan perhimpunan.

d)

Mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa selepas mengadakan perhimpunan.

17.

Manakah antara pernyataan berikut berkitan dengan tanggungjawab ?

a)

Merapatkan jurang antara kaum

b)

Meningkatan taraf hidup sosial

c)

Melicinkan pentadbiran kerajaan dalam semua aspek

d)

Tidak membuat sebarang tindakan

18.

Apakah peranan agensi kerajaan iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional di Malaysia

a)

Menyokong pertumbuhan pelancongan negara melalui aktiviti seni dan budaya

b)

Program kerajaan ke arah pembinaan negara bangsa yang bermaklumat, progresif, berintergriti, sejahtera serta bersatu padu

c)

Mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan

d)

Bermatlamat untuk menjaga keamanan

19.

Berikut merupakan aktiviti masyarakat yang dapat mengekalkan perpaduan kaum KECUALI

a)
b)
c)
d)
20.

Kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada negara ialah

a)

nama disenaraihitam oleh pihak bank

b)

meningkatkan kadar barangan import

c)

meningkatkan kadar inflasi

d)

muflis dan tekanan perasaan