Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T3 Bab 7.1 - 7.3 sejarah kssm

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Penentangan masyarakat tempatan telah berlaku pada awal kedatangan Britisk ke Tanah Melayu. Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

Mendapatkan kemerdekaan negara

b)

Menjamin perpaduan pelbagai kaum

c)

Mmebuktikan taat setia kepada sultan

d)

Mengekalkan sistem pentadbiran tradisional

2.

Siapakah membantu Dato' Bahaman dalam gerakan penentangan British di Pahang pada tahun 1891?

a)

Datuk Kelana

b)

Mat Kilau

c)

Rosli Dhobi

d)

Penghulu remai

3.

Apakah matlamat perjuangan masyarakat tempatan terhadap British?

a)

Mengembalikan sistem pentadbiran tradisional

b)

Menentang perbezaan warna kulit dan bangsa

c)

Menuntut adat resam orang Melayu dipelihara

d)

Mengabaikan kebajikan penduduk tempatan

4.

British telah berjaya menakluki pusat pentadbiran di Naning. Di manakah pusat pentadbiran tersebut?

a)

Jasin

b)

Taboh

c)

Rembau

d)

Alor Gajah

5.

Apakah tindakan Haji Abdul Rahman Limbong untuk mewakili penduduk Ulu Telemong menentang British?

a)

Bertindak sebagai peguam

b)

Menghantar surat bantahan

c)

Mengadakan pakatan rahsia

d)

Berkumpul mengadakan mogok

6.

Bagaimanakah tindakan British untuk menghilangkan kuasa pemimpin tempatan di negeri Perak, Pahang dan Sarawak?

a)

Mengugut melucutkan jawatan pembesar tempatan

b)

Melakukan pemindahan pusat pentadbiran tempatan

c)

Memaksa sultan melucutkan jawatan pembesar tempatan

d)

Menempatkan pegawai British dalam pentadbiran tempatan

7.

Terdapat persamaan faktor penentangan antara Menteri Ngah Ibrahim dan Dato' Bahaman. Apakah persamaan faktor tersebut?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pemindahan pusat pentadbiran

c)

Pembatalan pembayaran elaun

d)

Pengenalan perundangan barat

8.

Apakah faktor Rentap berjaya mematahkan serangan Dinasti Brooke sebanyak dua kali?

a)

Keutuhan Bukit Sadok

b)

Kekuatan meriam Bujang Sadok

c)

Kesungguhan sokongan dari Acheh

d)

Kerjasama daripada semua pembesar

9.

Barangan mewah orang Iban telah dirampas oleh pegawai British apabila gagal membayar cukai. Apakah barang mewah tersebut?

a)

Mutiara

b)

Kain Pua

c)

Tempayan

d)

Batu Permata

10.

SBUB telah melarang orang Murut membuka tanah baharu untuk pertanian pindah atau penempatan. Apakah kesan tindakan SBUB tersebut terhadap orang Murut?

a)

Menyebabkan kehilangan pekerjaan

b)

Menerima campur tangan pihak luar

c)

Mengalami kekurangan bekalan beras

d)

Melakukan penghijrahan ke hulu sungai

11.

Berikut merupakan bentuk penentangan masyarakat tempatan kecuali...

a)

penentangan bersenjata

b)

melakukan tipu helah

c)

mencabar perjanjian

d)

menggunakan sistem perundangan

12.

Mengambil alih kuasa sultan dan hak memungut cukai serta campur tangan dalam adat resam orang Melayu menjadi punca kepada penentangan di negeri...

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Negeri Sembilan

13.

Nama asal Rentap ialah Libau yang membawa maksud?

a)

penggoncang bumi

b)

penggoncang dunia

c)

raja di darat, raja di laut

d)

pahlawan perkasa

14.

Apakah punca penentangan Dol Said ke atas pihak British di Naning?

a)

menentang bayaran cukai hasil tahunan sebanyak 2/10

b)

supaya Naning menjadi negeri yang bebas dan merdeka

c)

pertahankan peraturan tradisional yang sedia ada

d)

menentang bayaran cukai hasil tahunan sebanyak 1/10

15.

Dalam usaha menentang pentadbiran James Brooke di Sarawak, Shariff Masahor telah berkerjasama dengan seorang lagi tokoh iaitu...

a)

Dato' Bahaman

b)

Dato' Maharaja Lela

c)

Dato' Patinggi Abdul Ghapur

d)

Dato' Kelana

16.

Pada tahun 1898 melalui Rundingan Perdamaian Menggatal, Mat Salleh dibenarkan untuk mentadbir daerah ___________ oleh pihak SBUB.

a)

Menggatal

b)

Tambunan

c)

Inanam

d)

Ambong

17.

Nama sebenar Tok Janggut ialah...

a)

Abdul Rahman bin Imam Noh

b)

Haji Mat Hassan bin Munas

c)

Mohammad Saleh bin Datu Balu

d)

Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid

18.

Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan campur tangan British di ________________ kerana menggugat kedaulatan bangsa.

a)

Sungai Ujong

b)

Sungai Linggi

c)

Sungai Sunsuron

d)

Sungai Skrang

19.

Berikut merupakan matlamat perjuangan masyarakat tempatan dalam menentang kuasa Barat kecuali...

a)

Menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan rakyat

b)

Mempertahankan hak dan kedudukan pemerintahan tempatan

c)

Menentang salah guna kuasa di kalangan pemerintah Barat

d)

Mengembalikan dan mengekalkan sistempentadbiran tradisional

20.

British berjaya campur tangan dan seterusnya menguasai beberapa daerah di Negeri Sembilan apabila memberi bantuan kepada _____________ dan mengiktiraf beliau sebagai pemerintah Sungai Ujong.

a)

Dato' Syahbandar

b)

Yamtuan Antah

c)

Dato' Kelana

d)

Dato' Muda Linggi

21.

Tujuan utama James Brooke melibat pemimpin tempatan dalam pentadbirannya ialah...

a)

bagi mendapatkan sokongan masyarakat

b)

bagi mengukuhkan kuasa pentadbirannya

c)

bagi menjimatkan perbelanjaan pentadbirannya

d)

bagi menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan

22.

J.W.W. Birch telah memaksa Sultan Abdullah menandatangani satu surat pengisytiharan. Apakah kepentingan surat tersebut kepada beliau?

a)

dapat hak melombong bijih timah

b)

dapat hak membuka tanah untuk pertanian

c)

dapat hak mentadbir hasil negeri atas nama sultan

d)

dapat hak mencampuri adat resam orang Melayu

23.

Apakah punca utama penentangan Dato' Bahaman di negeri Pahang?

a)

Pengenalan cukai yang tinggi

b)

Pembinaan balai polis

c)

Pembatalan pajakan tanah

d)

Pelucutan gelaran beliau

24.

Pelaksanaan undang-undang Barat telah mengganggu sistem perundangan di Naning yang sebelumnya berasaskan....

a)

Adat Temenggung

b)

Adat Istiadat

c)

Adat Perpatih

d)

Adat Resam

25.

Apakah persamaan penentangan oleh Menteri Ngah Ibrahim dan Dato' Bahaman terhadap pihak British?

a)

pembinaan balai polis

b)

pembukaan kawasan pertanian

c)

British memonopoli kawasan lombong

d)

pelaksanaan cukai yang tinggi oleh British

26.

Sebelum kedatangan British di Pasir Puteh, penduduk hanya dikenakan cukai ke atas...

a)

lembu dan kerbau

b)

pokok kelapa berbuah

c)

hasil tanaman

d)

tanah pertanian

27.

Mengapakah orang Iban membantah paksaan berpindah ke petempatan di sepanjang sungai utama oleh Brooke?

a)

tidak suka tinggal di kawasan tersebut

b)

menjejaskan kegiatan tanaman pindah mereka

c)

kerana dikenakan cukai barangan semasa berpindah

d)

sukar untuk mendapatkan hasil hutan

28.

Berikut merupakan tindakan British bagi menindas Orang Murut kecuali...

a)

mengenakan cukai ke atas tanaman

b)

memaksa suami isteri tingga berasingan

c)

melarang pembukaan tanah baharu

d)

mengenakan bayaran menyukat tanah sempadan

29.

Apakah strategi yang digunakan oleh masyarakat di Perak dalam usaha menentang British?

a)

Membina kubu pertahanan

b)

Pakatan sulit

c)

Serangan bersenjata

d)

Perundangan

30.

Pilih DUA sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British menemui kegagalan.

a)

Kelemahan teknologi

b)

Penentangan bersifat setempat

c)

British berpakat dengan Portugis

d)

Perpecahan dalam kalangan pembesar

31.

Apakah yang berlaku sewaktu serangan Sharif Masahor di Kanowit?

a)

Memperoleh banyak senjata

b)

Pembunuhan Residen British

c)

Kanowit dapat dikuasai semula

d)

Pembunuhan dua orang pegawai British

32.

Sultan dan pembesar Perak telah bersumpah merahsiakan pakatan sulit tersebut. Bagaimanakah mereka mengikat taat setia merahsiakan pakatan sulit tersebut?

a)

Menepuk bahu kiri

b)

Meminum air keris

c)

Memakai baju putih

d)

Memakan sirih pinang

33.

Sultan dan pembesar Perak telah bersumpah merahsiakan pakatan sulit tersebut. Bagaimanakah mereka mengikat taat setia merahsiakan pakatan sulit tersebut?

a)

Menepuk bahu kiri

b)

Meminum air keris

c)

Memakai baju putih

d)

Memakan sirih pinang

34.

Apakah DUA faktor Yamtuan Antah gagal dalam penentangan terhadap British di Negeri Sembilan?

a)

Kehabisan peluru

b)

Kekurangan ubat bedil

c)

Kehabisan makanan

d)

Kerosakan meriam tembaga

35.

Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah? Apakah kesalahan beliau?

a)

Membunuh Residen

b)

Menyeludup senjata

c)

Menghasut penduduk

d)

Mencetuskan serangan