wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK TAHUN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan kita melakukan regangan badan sebelum menjalankan aktiviti?

supaya dapat bermain dengan seronok memastikan badan kita bersedia untuk meneruskan aktiviti supaya kaki dan tangan tidak sakit agar aktiviti selamat dijalankan

a)

supaya dapat bermain dengan seronok

b)

memastikan badan kita bersedia untuk meneruskan aktiviti

c)

supaya kaki dan tangan tidak sakit

d)

agar aktiviti selamat dijalankan

2.

Yang manakah aktiviti berikut tidak meningkatkan daya tahan kardiovaskular?

a)

Naik turun bangku

b)

Berbasikal

c)

Menyanyi

d)

Berjogging

3.

Semua aktiviti di bawah melibatkan koordinasi anggota badan, kecuali

a)

menaiki basikal.

b)

meniup belon.

c)

meniti atas bangku kayu panjang.

d)

melambung dan menangkap pundi kacang.

4.

Soalan 4 berdasarkan pernyataan di bawah


Menangkis pukulan smesy badminton

• Memulakan acara larian

• Menghalang jaringan bola sepak


Aktiviti di atas memerlukan masa tindak balas yang

a)

berirama.

b)

panjang.

c)

pantas.

d)

perlahan.

5.

Fleksibiliti ialah keupayaan seseorang meregangkan

a)

nadi.

b)

lengan.

c)

mata.

d)

otot.

6.

Sebelum melakukan sesuatu aktiviti sukan, pastikan kita lebih dahulu melakukan aktiviti

a)

lipatan.

b)

imbangan.

c)

kecergasan.

d)

regangan.

7.

Antara berikut merupakan aktiviti imbangan kecuali

a)

Berbaring.

b)

Dirian Kepala.

c)

Imbangan Bersandar.

d)

meniti atas hujung kaki atas bangku gimnastik

8.

Acara 4 X 100 meter lari berganti-ganti disertai oleh _______ peserta.

a)

Dua

b)

Tiga

c)

Empat

d)

Lima

9.

Semasa bersenam kita perlu berpakaian seperti berikut kecuali

a)

berstoking.

b)

memakai kasut sukan yang sesuai.

c)

memakai topi keselamatan semasa berbasikal.

d)

memakai baju T shirt dan seluar jeans.

10.

Semangat kesungguhan boleh dipupuk dengan cara-cara berikut kecuali

a)

berkeyakinan.

b)

mudah berputus asa.

c)

berazam untuk berjaya.

d)

berlatih mengikut jadual.

11.

Mengapakah kita perlu melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular?

a)

Untuk melancarkan sistem penghadaman

b)

Untuk menguatkan otot jantung

c)

Untuk membina ketahanan otot

d)

Untuk meningkatkan daya tindak balas

12.

Aktiviti-aktiviti yang berikut dapat meningkatkan daya tahan otot kecuali

a)

skiping.

b)

mendagu.

c)

bangkit tubi

d)

bermain catur.

13.

Apakah aktiviti yang dapat membina kekuatan otot tangan?

a)

Gayut palang

b)

Lari berpagar

c)

Menaiki tangga

d)

Bermain bola sepak

14.

Berikut ialah aktiviti yang memerlukan masa tindak balas yang pantas kecuali

a)

memulakan acara larian.

b)

berjoging atau lari jarak jauh.

c)

menghadang rejaman dalam permainan bola tampar.

d)

menghalang jaringan gol dalam permainan bola sepak

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan?

a)

Kebolehan mengawal atau mengekalkan kestabilan diri semasa melakukan aktiviti

b)

Kebolehan mengawal diri daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat

c)

Kebolehan mengawal perasaan daripada melakukan kerja yang berfaedah

d)

Kebolehan seseorang mengawal diri semasa berada dalam keadaan kecemasan

16.

Aktiviti berlari naik turun tangga adalah untuk menguatkan kecergasan fizikal dari segi

a)

fleksibiliti.

b)

imbangan.

c)

kardiovaskular.

d)

komposisi tubuh badan.

17.

Apakah cara yang paling baik melakukan aktiviti senaman secara berterusan?

a)

Bersenam pada masa lapang

b)

Bersenam sebanyak 2 kali seminggu

c)

Menyediakan jadual senaman sebulan sekali

d)

Bersenam pada waktu pendidikan jasmani di sekolah

18.

Otot jantung yang kuat dapat

a)

mengepam darah ke seluruh badan dengan efisien.

b)

meningkatkan kadar nadi.

c)

mengelakkan jantung berlubang.

d)

membuat jantung membesar dengan cepat.

19.

Aktiviti mengelecek, menahan dan menendang bola terdapat dalam permainan

a)

hoki.

b)

sepak takraw.

c)

bola sepak.

d)

bola baling.

20.

Apakah posisi untuk pemain ini?

a)

Penyerang

b)

Pertahanan

c)

Pemain tengah

d)

Penjaga gol

21.

Aktiviti seperti berlari, bermain bola dan menunggang basikal dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan kita.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Kita tidak perlu melakukan aktiviti memanaskan badan dan meregangkan otot sebelum memulakan senaman.

a)

Betul

b)

Salah

23.

Setiap kali bersenam, saya memakai pakaian dan alatan yang sesuai demi keselamatan diri.

a)

Betul

b)

Salah

24.

Ewan Azrai, Zainal, Muniandy dan Wong Fei Mok menggunakan bola tampar dalam permainan bola sepak semasa kelas pendidikan jasmani di sekolah.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Permainan futsal adalah sejenis permainan berpasukan yang diubahsuai daripada permainan ragbi.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Dalam permainan bola sepak, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memegang bola dengan tangan.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Kemahiran menghantar dan menyambut bola adalah amat penting dalam permainan bola jaring.

a)

Betul

b)

Salah

28.

Amin Maula suka menunggang basikal dengan laju dan sering tidak memakai topi keledar.

a)

Betul

b)

Salah

29.

Kita perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk mengelakkan badan kita kekurangan air.

a)

Betul

b)

Salah

30.

Selepas aktiviti bersenam, peralatan sukan hendaklah diletakkan dan disusun di tempat yang betul.

a)

Betul

b)

Salah

31.

Namakan jenis pergerakan irama di bawah dengan betul.


i. Untuk menukar posisi ayunan.

(a)  

32.

Namakan jenis pergerakan irama di bawah dengan betul.


ii. Untuk ayunan ke belakang

(a)  

33.

Namakan jenis pergerakan irama di bawah dengan betul.


iii. Untuk hayunan ke hadapan

(a)  

34.

Pilih 3 kesan kesihatan emosi akibat daripada pengambilan alkohol secara berlebihan.

a)

Sakit kepala

b)

Kemurungan

c)

Kecelaruan tingkah laku

d)

Cepat marah dan agresif

35.

Pilih 3 perubahan fizikal yang dialami oleh lelaki apabila sudah mencapai akil baligh.

a)

Dada membidang

b)

Bersuara lunak

c)

Tumbuh misai

d)

Bersuara garau

36.

Pilih 3 perubahan fizikal yang dialami oleh perempuan apabila mencapai akil baligh

a)

Suara garau

b)

Suara lunak

c)

Punggung melebar

d)

Tumbuh jerawat dimuka

37.

Pilih 3 punca yang boleh menyebabkan konflik di dalam diri murid-murid

a)

Persaingan

b)

Salah faham

c)

Dendam

d)

Pendapat tidak diterima

38.

Pilih 2 kesan akibat daripada konflik

a)

Keganasan

b)

Kemurungan

c)

Cepat mengalah

d)

Suka bersendirian

39.

Pilih 2 punca yang boleh menyebabkan stres

a)

Prasangka

b)

Prestasi akademik menurun

c)

Beban tugas yang banyak

d)

Cuba memenuhi kehendak orang lain

40.

Pilih 3 cara yang betul bagaimana kita boleh meluahkan kasih sayang kepada orang lain.

a)

Berkongsi bekal makanan

b)

Menghargai pengorbanan guru

c)

Mengambil buku cerita kawan tanpa kebenaran

d)

Menolong nenek menyiram pokok bunga