WorksheetsULANGKAJI KATA KERJA, KATA GANDA DAN KATA TERBITAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Kegembiraan ____________ pada wajah pemenang pertandingan pidato itu.
terpancar
terbukti
terlintas
terpantul
Mak Cik Tijah duduk di atas pangkin sambil ___________ lidi untuk dibuat penyapu.
mericik
meraut
menghiris
menggores
Beberapa orang usahawan muda telah terpilih untuk _________ rombongan perniagaan ke luar negara.
mengikuti
merentasi
melewati
menganggotai
Pertandingan berbalas pantun antara zon itu __________ oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
dilakukan
disediakan
dikerjakan
dikelolakan
Berpeluh-peluh Pak Samad ___________ motosikalnya mendaki bukit kerana kehabisan minyak.
menolak
menarik
mengheret
membimbing
Semangat para pemain bola sepak negara __________ semasa menentang pasukan Indonesia.
berpusu-pusu
berbunga-bunga
berbalam-balam
berkobar-kobar
Kereta itu __________ ketika melalui jalan yang dipenuhi lopak itu.
terketar-ketar
terolang-aling
terhinggut-hinggut
terkontang-kanting
Adik yang baru belajar menunggang basikal itu __________ mengayuh basikalnya.
terkedek-kedek
terkial-kial
terkinja-kinja
terkebil-kebil
Cadangan kami ditolak __________ oleh pihak pengurusan tanpa dibincangkan.
mati-mati
hidup-hidup
habis-habis
mentah-mentah
Kehidupan adik-beradik itu __________ setelah ibu bapa mereka meninggal dunia.
teronta-ronta
tersekat-sekat
terumbang-ambing
terhuyung-hayang
Industri kecil dan sederhana perlu _____________ dalam usaha membantu golongan belia yang baru berjinak-jinak dalam lapangan perniagaan.
pemaju
memajukan
dimajukan
kemajuan
Guru disiplin sudah __________ siasatan tentang pelajar yang terlibat dalam gejala buli itu.
melengkapi
dilengkapkan
kelengkapan
melengkapkan
Generasi muda kini sudah mula melupakan unsur-unsur kebudayaan yang ____________ sejak turun-temurun.
amalan
diamalkan
pengamal
mengamalkan
Tindakan yang sewajarnya perlu diambil terhadap peniaga yang suka __________ harga barangan dengan sesuka hati.
kenaikan
dinaiki
menaik
menaikkan
Kerja-kerja ___________ sungai itu terpaksa dilakukan untuk mengelakkan banjir walaupun menelan kos yang tinggi.
kedalaman
mendalami
memperdalam
memperdalamkan
