wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 4 : Jadual Berkala Unsur

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara ahli sains berikut yang manakah TIDAK menyumbang terhadap kemajuan Jadual Berkala?

a)

A. Lothar Meyer

b)

B. John Newlands

c)

C. Michael Faraday

d)

D. Dmitri Mendeleev

2.

Rajah menunjukkan perwakilan piawai bagi unsur X.

Antara berikut, yang manakah benar tentang X?

a)

A. Atom X mempunyai 35 neutron

b)

B. X kekal sebagai pepejal dalam suhu bilik

c)

C. Susunan electron atom X ialah 2.8.8

d)

D. X adalah dalam kumpulan 17 dan kala 3 di dalam Jadual Berkala Unsur.

3.

Neon tidak bertindak balas dengan unsur lain.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai neon?

a)

A. Neon sentiasa bergabung dengan diri sendiri

b)

B. Neon wujud sebagai gas monoatom

c)

C. Neon mempunyai susunan elektron ocktet yang stabil

d)

D. Neon mempunyai susunan elektron duplet yang stabil

4.

Mengapakah kereaktifan unsur-unsur dalam Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan?

a)

A. Saiz atom bertambah

b)

B. Takat didih berkurang

c)

C. Bilangan petala yang mengandungi elektron bertambah

d)

D. Tarikan nukleus terhadap elektron valens berkurang

5.

Bagaimanakah unsur-unsur dalam Jadual Berkala disusun?

a)

A. Mengikut pertambahan jisim molekul relatif

b)

B. Mengikut pertambahan jisim atom relatif

c)

C. Mengikut pertambahan nombor nukleon

d)

D. Mengikut pertambahan nombor proton

6.

Susunan elektron bagi atom gas adi boleh diwakili oleh

a)

2.1

b)

2.8

c)

2.8.4

d)

2.8.7

7.

Pemilik sebuah restoran ingin menggunakan lampu elektrik berwarna-warni untuk menarik pelanggan.


Bahan manakah yang sesuai digunakan dalam lampu itu?

a)

Neon

b)

Argon

c)

Kripton

d)

Xenon

8.

Unsur manakah dalam Jadual Berkala berikut membentuk sebatian berwarna?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Pernyataan manakah benar mengenai unsur dalam jadual?

a)

Q kurang elektropositif daripada P

b)

Saiz atom Q lebih kecil daripada P

c)

Kedua-dua unsur-unsur P and Q tidak dapat mengkonduksi elektrik

d)

P dan Q terletak dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala

10.

Z adalah satu unsur yang boleh bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan gas hidrogen.

Yang manakah antara berikut adalah susunan elektron Z?

a)

2.4

b)

2.8.7

c)

2.8.8.1

d)

2.8

11.

Yang manakah pernyataan berikut adalah benar tentang unsur G?


I. Ianya terletak dalam Kala 3 jadual berkala.

II. Ianya terletak dalam Kumpulan 13.

III. Ion bagi G ialah G3-.

IV. G membentuk sebatian ion dengan formula G2O3

apabila bertindak balas dengan oksigen

a)

I dan II sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

I, II dan IV sahaja

12.

Antara susunan elektron berikut, yang manakah mempunyai elektron valens yang sama dengan atom dalam rajah?

a)
b)
c)
d)
13.

Antara yang berikut, yang manakah mewakili susunan elektron bagi suatu unsur kumpulan satu?

a)
b)
c)
d)
14.

Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa saiz atom unsur-unsur Kala 3 berkurang apabila merentasi kala dalam Jadual Berkala?

a)

Bilangan proton bertambah

b)

Jisim atom relatif bertambah

c)

Bilangan elektron valens bertambah

d)

Bilangan petala yang berisi elektron bertambah

15.

Unsur J mempunyai 9 proton manakala unsur K mempunyai 17 proton.

Pernyataan manakah benar tentang unsur J dan K?


I. Atom J dan K mempunyai 7 elektron valens

II. Unsur J adalah kurang reaktif daripada unsur K.

III. Saiz atom J adalah lebih besar daripada atom K.

IV. Unsur J dan K berada dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala

a)

I dan III sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

II dan IV sahaja

16.

Rajah menunjukkan susunan elektron bagi atom Z. Pasangan yang manakah betul tentang kedudukan unsur Z dalam Jadual Berkala?

a)

Kumpulan 5, Kala 2

b)

Kumpulan 5, Kala 3

c)

Kumpulan 15, Kala 2

d)

Kumpulan 15, Kala 3

17.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang unsur-unsur tersebut?

a)

Saiz atom X adalah terbesar diikuti Y dan Z.

b)

Mempunyai bilangan petala berisi elektron yang sama.

c)

Kereaktifan semakin berkurang dalam turutan X, Y dan Z

d)

Bertindak balas dengan gas oksigen untuk membentuk oksida bes

18.

Unsur Z berada dalam kumpulan yang sama dengan Klorin dalan Jadual Berkala. Antara pernyataan berikut, yang manakah sifat kimia unsur Z?

a)

Bertindak balas dengan air menghasilkan larutan beralkali.

b)

Bertindak balas dengan natrium untuk menghasilkan pepejal hitam

c)

Bertindak balas dengan natrium hidroksida menghasilkan larutan berasid.

d)

Bertindak balas dengan ferum panas menghasilkan pepejal perang.

19.

Sifat unsur akan berubah apabila merentasi kala dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala. Yang manakah benar tentang perubahan tersebut?

a)

Takat didih meningkat

b)

Sifat oksida bes meningkat

c)

Kekonduksian elektrik meningkat

d)

Keelektronegatifan meningkat

20.

Antara berikut, yang manakah adalah susunan saiz atom yang betul dalam urutan menurun?

a)

R, Q, P

b)

R, P, Q

c)

P, Q, R

d)

Q, R, P

21.

Antara unsur A,B,C dan D dalam Jadual Berkala. Yang manakah wujud sebagai gas monoatom?

a)

A.

b)

B.

c)

C.

d)

D.

22.

Antara berikut, unsur manakah membentuk oksida yang boleh bertindak balas dengan kedua-dua asid hidroklorik dan juga larutan natrium hidroksida?

a)

S

b)

P

c)

Si

d)

Al

23.

Susunan saiz atom bagi unsur-unsur W, X, Y dan Z secara menaik ialah

a)

W, X, Y, Z

b)

W, Z, Y, X

c)

X, Y, Z , W

d)

Z, Y, X, W

24.

Atom unsur X mempunyai nombor proton 13. Dimanakah kedudukan X di dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

25.

Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa kereaktifan unsur Kumpulan 17 berkurang apabila menuruni kumpulan itu.

a)

Keadaan fizik bagi unsur berubah daripada gas kepada cecair dan kemudian kepada keadaan pepejal pada suhu bilik

b)

Daya tarikan antara elektron valens dengan nukleus semakin lemah

c)

Elektron valens semakin dekat dengan nukleus

d)

Takat lebur bagi unsur menurun

26.

Antara berikut, yang manakah adalah satu logam alkali?

a)

Helium

b)

Litium

c)

Kalsium

d)

Magnesium

27.

Antara berikut, unsur manakah terdapat dalam kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Fluorin dan iodin

b)

oksigen dan bromin

c)

hidrogen dan klorin

d)

hidrogen dan bromin

28.

Jadual di atas menunjukkan nombor proton bagi unsur dalam Kala 3. Manakah antara berikut mewakili perubahan merentasi kala dari kiri ke kanan?

a)

Pengurangan keelektronegatifan

b)

Pengurangan sifat logam

c)

Pertambahan sifat kealkalian

d)

Pertambahan saiz atom

29.

Fluorin, klorin dan bromin berada dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala Unsur.

Apakah nama kumpulan itu?

a)

logam alkali

b)

halogen

c)

gas adi

d)

unsur peralihan

30.

Ciri manakah yang sama bagi semua unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Boleh bertindak sebagai mangkin

b)

Takat lebur dan takat didih yang rendah

c)

Wujud sebagai gas pada suhu bilik

d)

Larut dalam air untuk membentuk larutan berasid

31.

Rajah menunjukkan kaedah menyimpan suatu unsur Kumpulan 1. Antara berikut yang manakah menerangkan mengapa kaedah ini digunakan?

a)

Untuk mengelakkan tindak balas dengan cahaya matahari.

b)

Untuk mengelakkan unsur tersebut bertindak balas dengan oksigen

c)

Unsur itu adalah berasid.

d)

Unsur itu mudah meruap.

32.

Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa saiz atom unsur-unsur Kala 3 berkurang apabila merentasi kala dalam Jadual Berkala?

a)

Bilangan proton bertambah

b)

Jisim atom relatif bertambah

c)

Bilangan elektron valens bertambah

d)

Bilangan petala yang berisi elektron bertambah

33.

Unsur peralihan berbeza daripada logam alkali dalam kumpulan 1. Hal ini adalah disebabkan oleh unsur peralihan

a)

boleh mengalirkan elektrik

b)

membentuk sebatian berwarna

c)

keelektronegatifan yang rendah

34.

Yang manakah simbol bagi magnesium?

a)

Ma

b)

Mg

c)

Mag

d)

Mn

35.

Baris mengufuk dalam Jadual Berkala Unsur dinamakan sebagai

a)

kumpulan

b)

kala

36.

Manakah antara berikut merupakan logam yang lebih reaktif dalam Kumpulan 1?

a)

K

b)

Ca

c)

Na

d)

Li

37.

Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron

a)

Benar

b)

Palsu

38.

Apabila merentasi Kala 3, sifat oksida berubah daripada oksida bes kepada oksida amfoterik dan kemudian oksida asid. Antara berikut yang manakah merupakan oksida amfoterik?

a)

Na2O

b)

MgO

c)

Al2O3

d)

P4O10

39.

Apakah salah satu kegunaan unsur separa logam atau metaloid?

a)

mikrocip elektronik dalam pembuatan komputer dan telefon bimbit

b)

alatan perhiasaan

c)

untuk pembinaan jambatan dan landasan keretapi

40.

Berikut ialah penggunaan unsur peralihan dalam industri. Yang manakah pasangan yang salah

a)

Ferum digunakan untuk Proses Haber

b)

Platinum digunakan dalam Proses Ostwald

c)

Vanadium(V) oksida digunakan dalam Proses Sentuh

d)

Nikel digunakan dalam Proses Pengesteran