Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Sendi Nama Tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk di kawasan perumahan kami menubuhkan rukun tetangga _____ mengatasi kes kecurian yang kian berleluasa.

a)

oleh

b)

untuk

c)

dengan

d)

terhadap

2.

Guru besar dan guru-guru sedang berbincang _____ masalah disiplin para pelajar.

a)

bagi

b)

akan

c)

tentang

d)

dengan

3.

Wang saku yang diberi oleh ibu saya simpan _____ dalam kocek seluar.

a)

di

b)

oleh

c)

pada

d)

kepada

4.

Rumah Pak Samad dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat _____ kerjasama penduduk kampung.

a)

bagi

b)

sejak

c)

pada

d)

dengan

5.

Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.

a)

dari

b)

demi

c)

dengan

d)

daripada

6.

Bunga-bunga yang cantik akan dihadiahkan ______ cikgu sempena sambutan Hari Guru.

a)

ke

b)

oleh

c)

kepada

d)

daripada

7.

Kapal terbang WX773 akan berlepas ____ Taiwan sebentar lagi.

a)

dengan

b)

ke

c)

pada

d)

di

8.

Buku perubatan lama itu menerangkan _____ kaedah akupunktur.

a)

di

b)

untuk

c)

pada

d)

tentang

9.

Soalan peperiksaan Bahasa Malaysia tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.

a)

di

b)

dari

c)

pada

d)

daripada

10.

Mariani mengenali Junita ______ mereka kecil lagi.

a)

ke

b)

daripada

c)

dari

d)

sejak

11.

Rombongan murid sekolah ke Pulau Langkawi telah pun bertolak _______pada pukul 8.00 pagi tadi.

a)

di

b)

pada

c)

seperti

d)

hingga

12.

Hadi mengucapkan tahniah ________ Lim kerana menjuarai pertandingan itu.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

13.

Apakah nama bangunan yang terletak bersebelahan ___________ pejabat pos itu?

a)

di

b)

ke

c)

oleh

d)

dengan

14.

Pejabat pos akan dibuka__________pukul 9.00 pagi ______ 6.00 petang.

a)

di ... pada

b)

dari ... hingga

c)

sejak... kepada

d)

daripada ... dengan

15.

" Bilakah kamu akan bercuti ____ Australia?" tanya Krishnan kepada Mardhiah.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

hingga

16.

Hadiah itu diberikan oleh ayah ___________ ibu.

a)

ke

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

17.

Kamarul terpaksa bekerja __________ pagi hingga lewat petang kerana syarikatnya tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi.

a)

di

b)

dari

c)

pada

d)

daripada

18.

Pemain bola sepak yang berasal __________ Negeri Sembilan itu handal sekali.

a)

dari

b)

oleh

c)

dengan

d)

daripada

19.

Siti akan menyerahkan surat perletakan jawatan itu __________ majikannya hari ini.

a)

ke

b)

pada

c)

untuk

d)

kepada

20.

Yi Mei menjadi periang semenjak dia mengikut ibu dan ayahnya berpindah _________ bandar.

a)

di

b)

ke

c)

kepada

d)

daripada