wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN SET 1 BM T2

Total questions: 40

Worksheet time: 10hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Tuan Puteri Vanessa dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.


Pilih dua jawapan.

a)

Subjek - Tuan Puteri Vanessa

b)

Subjek - Tuan Puteri Vanessa dan dayang-dayangnya

c)

Predikat - sedang memetik bunga di taman istana.

d)

Predikat - dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.

2.

Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Pelakon lelaki yang popular itu sangat kacak.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

3.

Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.

a)

subjek - kepunyaan perenang negara

b)

subjek - Tuala mandi merah

c)

predikat - kepunyaan perenang negara

d)

predikat - Tuala mandi merah itu

4.

Pilih contoh ayat susunan songsang.

a)

Adik menonton drama di saluran televisyen Netflix.

b)

Berkejar-kejaran kucing dan anjing itu di padang.

5.

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang.


Saya buang sampah sarap yang berlonggok itu.

a)

Yang berlonggok itu sampah sarap saya buang.

b)

Sampah sarap yang berlonggok itu dibuang oleh saya.

c)

Sampah sarap yang berlonggok itu saya buang.

6.

Tukarkan ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa.


Masih muda juruterbang yang baru pindah ke Kuala Lumpur itu.

a)

Juruterbang yang masih muda itu baru pindah ke Kuala Lumpur.

b)

Juruterbang yang baru pindah ke Kuala Lumpur itu masih muda.

c)

Juruterbang yang baharu itu masih muda pindah ke Kuala Lumpur.

7.

PILIH PERKATAAN YANG MENJADI KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT BERIKUT


Pencuri itu telah ditangkap oleh penduduk kampung. Beliau akan diserahkan kepada pihak polis.

a)

itu

b)

ditangkap

c)

beliau

d)

kepada

8.

En Halim berasa amat gembira sekali bila mengetahui beliau dinaikkan pangkat.

a)

berasa amat gembira sekali apabila

b)

berasa amat gembira apabila

c)

berasa amat gembira bila

d)

berasa amat gembira sekali bila

9.

Petugas di kaunter itu sentiasa senyum dan layan orang ramai dengan ramah.

a)

sentiasa tersenyum dan layan

b)

sentiasa bersenyum dan melayan

c)

sentiasa tersenyum dan melayan

d)

sentiasa senyum dan layan

10.

Apakah bencana yang berlaku di rumah Mak Piah?

a)

Ribut

b)

Banjir

c)

Kemarau

11.

Pantun merupakan satu

a)

Puisi Tradisional

b)

Puisi Moden

c)

Prosa Tradisional

d)

Prosa Moden

12.

Maksud selera kian menggelepar ialah

a)

kemahuan seseorang yang ingin kebebasan

b)

kemampuan seseorang untuk menikmati makanan

c)

keinginan untuk makan semakin bertambah

d)

kehendak manusia yang mahu makan makanan mahal

13.

Berdasarkan drama "Mahkamah" apakah tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH I ?

a)

Tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH I ialah dia dituduh membunuh seorang kanak-kanak sedang berjoging yang telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh TERTUDUH I.

b)

Tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH I ialah dia dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua iaitu Mak Teh yang telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh TERTUDUH I.

c)

Tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH I ialah dia dituduh membunuh sepupunya yang sedang berjoging yang telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh TERTUDUH I.

d)

Tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH I ialah dia dituduh membunuh Akinomoto yang sedang berjoging yang telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh TERTUDUH I.

14.

TERTUDUH II dibicarakan atas kesalahan mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia. Tertuduh II dikenali sebagai..

a)

Bulat bin Leper

b)

Akiyamokoto

c)

Mak Teh

d)

Akikino-komokotoko

15.

Sebelum membina sebuah karangan, langkah utama yang perlu diambil ialah

a)

Membina perenggan pendahuluan

b)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, dan penutup sahaja

c)

Membina kerangka karangan yang mengandungi isi-isi penting sahaja

d)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, penutup

16.

Setiap karangan perlu mempunyai....

a)

Pendahuluan dan isi

b)

Penutup, pendahuluan dan isi

c)

rangka dan isi

d)

Pendahuluan, isi dan penutup

17.

Selepas tamat kelas tuisyen, saya menuju ke stesen bas untuk pulang ke rumah yang jaraknya empat kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya melihat seorang gadis sedang menuju ke sebuah pasar raya. Gadis itu kelihatan gembira berjalan bersama rakannya sambil menuju ke pasaraya tersebut.


Pendahuluan tersebut merupakan pendahuluan jenis ...

a)

Suasana

b)

Sejarah

c)

Umum

d)

Puisi

18.

Tajuk karangan: Amalan rumah terbuka telah diadakan setiap tahun bagi setiap perayaan di Malaysia. Huraikan kepentingan amalan rumah terbuka ini dalam kalangan masyarakat di Malaysia.


Apakah Isu atau tema perbincangan ini?

a)

Perayaan di Malaysia

b)

Rumah

c)

Amalan rumah terbuka

d)

Masyarakat di Malaysia

19.

Surat kiriman tidak rasmi boleh ditulis kepada _____________ .

a)

pengarah syarikat

b)

abang

c)

guru

d)

ketua kampung

20.

Kebaikan belajar secara berkumpulan. Pilih lebih daripada satu jawapan.

a)

cemerlang dalam peperiksaan

b)

menghargai masa lapang

c)

menyihatkan badan

d)

menambah pendapatan

21.

Faedah membaca akhbar. Pilih lebih daripada 1 jawapan.

a)

menambah pengetahuan

b)

menyihatkan badan

c)

memberi hiburan

d)

mengisi masa lapang

22.

Mengapa dadah dianggap sebagai musuh nombor SATU negara berbanding jenayah lain?

a)

Dadah menjadi punca kepada masalah gejala sosial dan jenayah.

b)

Penglibatan remaja dan belia di dalam penyalahgunaan dadah meningkat setiap hari

c)

Penyalahgunaan dadah masih tidak dapat diatasi oleh pihak kerajaan walaupun telah memakan masa yang cukup lama.

d)

Kerajaan telah mengeluarkan kos yang cukup tinggi bagi menangani isu dadah sedangkan ini dianggap sebagai perbelanjaan yang tidak patut.

23.

Di antara berikut, yang manakah TIDAK menunjukkan sikap prihatin terhadap alam sekitar?

a)

Menanam pokok

b)

Membiarkan sungai tercemar

c)

Membuang sampah di tempat yang disediakan

d)

Mementingkan tanggungjawab bersama

24.

Kesan penagihan dadah terhadap individu ialah .

I. kemurungan

II. menambahkan tenaga

III. tingkah laku semakin buruk

IV. kekurangan daya tahan penyakit

a)

I,II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II,III dan IV

25.

Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?


ayat tema ialah

a)

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam.

b)

Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam.

c)

Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya.

d)

Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan.

26.

Pilih ayat tema yang paling tepat bagi gambar berikut.

a)

Amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup

b)

Terdapat banyak cara pengamalan gaya hidup sihat.

c)

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu gaya hidup yang memberi kebaikan kepada kehidupan manusia.

d)

Sesungguhnya minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan hidup kini

27.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Komputer sebagai sumber pembelajaran.

a)

Memudahkan pelajar menyiapkan kerja kursus dan folio

b)

Membolehkan pelajar mendapat tip atau motivasi belajar

c)

Membaiki kelemahan pelajar dalam subjek tertentu

d)

Merangsang pembelajaran pelajar

e)

Kos yang tinggi untuk memiliki komputer

28.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Cara-cara meningkatkan industri pelancongan negara.

a)

Meningkatkan prasarana

b)

Meningkatkan kebersihan

c)

Mendidik masyarakat agar melayan pelancong dengan baik

d)

Menyelenggara kenderaan dengan baik

e)

Meningkatkan tahap keselamatan negara

29.

(Pilih isi-isi penting yang sesuai berdasarkan tajuk karangan di bawah)


Kesan-kesan positif penggunaan Internet kepada remaja.

a)

Ilmu pengetahuan remaja bertambah

b)

Bakat dan kemahiran remaja terserlah

c)

Gejala sosial mudah menular

d)

Remaja luas bergaul dan berhubungan

e)

Remaja semakin bersikap individualistik

30.
Mat Jenin _______________ untuk memperisterikan puteri raja.
a)
iri hati
b)
hati kering
c)
makan hati
d)
ada hati
31.
Puan Lily  _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
a)
membuang garam ke laut
b)
makan hati berulam jantung
c)
menangguk di air keruh
d)
hidup segan, mati tak mahu
32.
Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.
a)
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
b)
biar putih tulang, jangan putih mata
c)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d)
lembu punya susu, sapi dapat nama
33.
Walaupun berlainan bangsa, hubungan Wong dan Ramesh sungguh akrab.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti kucing dibawakan lidi
c)
seperti pahat dengan penukul
d)
seperti gergaji dua mata
34.
Mak Munah memarahi anaknya kerana terlalu lambat menyiapkan kerja yang mudah itu.
a)
liat seperti getah
b)
lambat seperti kura-kura
c)
degil seperti keldai
d)
ringan seperti kekabu
35.

"Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim

a)

Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

b)

Mak Chan menyuruh Cik Lim supaya makan kuih itu.

36.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya sambil tersenyum gembira.

a)

Pelakon itu sedang berucap gembira.

Pelakon itu tersenyum gembira di hadapan peminatnya.

b)

Pelakon itu sedang berucap di hadapan.

Pelakon itu dan peminatnya tersenyum gembira.

c)

Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya.

Pelakon itu tersenyum gembira.

37.

Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Jalan itu dinaiki air.

Jalan itu ditutup sementara waktu.

a)

Jalan yang dinaiki air itu ditutup sementara waktu.

b)

Jalan disana itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

c)

Jalan itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

38.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat jawapan di bawah.


Ya, kucing hitam itu kepunyaan Anis.

a)

Kucing siapakah itu?

b)

Kucing hitam siapakah itu?

c)

Adakah kucing itu kepunyaan Anis?

d)

Adakah kucing hitam itu kepunyaan Anis?

39.

Pemain badminton handalan itu berjaya merangkul kejuaraan hasil daripada latihan intensif dan disiplin diri yang tinggi.

a)

Siapakah pemain badminton itu?

b)

Mengapakah pemain itu berjaya?

c)

Bagaimanakah pemain badminton handalan itu berjaya merangkul kejuaraan?

d)

Di manakah pemain badminton itu berjaya?

40.

Terdapat satu kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.


Pelajar itu dikenakan tindakan tata tertib kerana didapati merokok di dalam tandas

a)

tatatertib

b)

di kenakan

c)

didalam