NEW
Font size
WorksheetsKUIZ HIJRAH REMAJA
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Definisi “hijrah” dari segi bahasa bermaksud :
Berperang
Bersembunyi
Berpindah
Berkampung
Apakah tema atau slogan sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2021?
Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti
Ummah Rabbani, Negara Harmoni
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
Menyantuni Umat, Membawa Rahmat
Apakah tahun hijrah bagi tahun 2021 masihi?
1441H
1442H
1443H
1444H
Siapakah tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2020 yang lalu?
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Profesor Datuk Dr Zaini Ujang
Sheikh Abdallah Al-Mahfoudh Bayyah
Berapakah jumlah bulan yang ada dalam kalendar Islam Hijriah?
10
11
12
13
Muharam merupakan salah satu daripada empat Bulan Haram di dalam Islam. Manakah yang bukan termasuk dalam Bulan Haram dalam jawapan di bawah?
Zulkaedah
Zulhijjah
Ramadan
Rajab
Dari sudut geografi, Madinah terletak di ___________Mekah.
Utara
Timur
Barat
Selatan
Dari sudut geografi, jarak antara Madinah dan Mekah ialah _______kilometer
688
555
220
436
Berikut adalah sebab berlakunya peristiwa hijrah kecuali :
Jemputan daripada penduduk Yathrib
Tekanan daripada musyrikin Mekah
Perintah Allah s.w.t
Strategi peperangan
Peristiwa ini merupakan titik tolak yang paling signifikan dalam menjayakan misi hijrah umat Islam ke Madinah
Ghazwah al-Badar
Perjanjian Aqabah
Bai’ah al-Ridhwan
Perjanjian Hudaibiah
Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah pada bulan (Ibn Kathir : al-Bidayah wa al-Nihayah) :
Rabiul Awwal
Rajab
Muharam
Safar
Rasulullah s.a.w berhijrah bersama dengan sahabat baginda bernama __________
Ali Bin Abi Talib
Uthman Bin Affan
Umar Bin Al-Khattab
Abu Bakar Al-Siddiq
Sebelum bergerak ke Mekah, Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a bersembunyi di_________ : (Ahmad Bin Hanbal : Musnad Ahmad)
Gua Hira’
Gua Nur
Gua Yaqut
Gua Thur
Rasulullah s.a.w keluar dari rumah pada waktu ____________ untuk memulakan hijrah sebelum bersembunyi di gua : (al-Bukhari : Sahih al-Bukhari)
Malam
Petang
Pagi
Tengahari
Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a bersembunyi di gua tersebut selama __________. (Ahmad Bin Hanbal : Musnad Ahmad)
1 hari
5 hari
10 hari
3 hari
Tarikh Rasulullah s.a.w mula bergerak ke Madinah adalah pada ______________ (Safiy al-Rahman Mubarakfuri : Al-Rahiq Al-Makhtum)
10 Zulhijjah
27 Safar
12 Rabiul Awwal
1 Muharam
Dalam perjalanan ke Madinah, Rasulullah s.a.w telah dikejar oleh seorang musyrikin Mekah. Siapakah beliau? : (Safiy al-Rahman Mubarakfuri : Al-Rahiq Al-Makhtum)
Abdullah Bin Ubai
Abu Jahal
Umayyah Bin Khalaf
Suraqah Bin Malik
Musyrikin Mekah yang mengejar baginda itu akhirnya gagal menangkap baginda kerana: (Safiy al-Rahman Mubarakfuri : Al-Rahiq Al-Makhtum)
Unta beliau mati kepenatan
Kaki kuda beliau terbenam ke dalam tanah
Beliau diserang oleh burung helang
Beliau dipanah oleh Abu Bakar
Dalam masa menetap di perkampungan tersebut, Rasulullah s.a.w mengasaskan sebuah pembinaan masjid. Masjid itu dikenali dengan nama : (Ibn Al-Qayyim Al-Jauziah : Zad al- Ma’ad)
Masjidil Haram
Masjid Qiblatain
Masjid Nabawi
Masjid Quba
Masjid yang diasaskan oleh Rasullulah s.a.w di perkampungan itu merupakan masjid yang __________dibina selepas kenabian baginda : (Ibn Al-Qayyim Al-Jauziah : Zad al- Ma’ad)
Pertama
Ketiga
Kedua
Keempat
Di Madinah, Rasulullah s.a.w mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan __________
Ansar
Quraisy
Ahli Kitab
Yahudi
Kaum Muhajirin bermaksud kaum yang ____________
Tertindas
Berhijrah
Berperang
Bertakwa
Kaum yang dipersaudarakan dengan Muhajirin tersebut terdiri daripada suku kabilah
Bani Adi dan Bani Tamim
Quraizah dan Nadhir
Aus dan Khazraj
Muslimin dan Mu’ahad
Nama lama bagi Madinah ialah __________
Yaman
Hijaz
Yamamah
Yathrib
Sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah, ekonomi dan pentadbiran kota tersebut dikuasai oleh kaum __________
Ansar
Muhajirin
Yahudi
Arab Yaman
Di Madinah, sebelum siap pembinaan rumah Rasulullah s.a.w, baginda menumpang menginap di rumah_______________________(Safiy al-Rahman Mubarakfuri : Al-Rahiq Al-Makhtum)
Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam
Abu Ayyub Al-Ansari
Abu Musa Al-Asy’ari
Zaid Bin Thabit
Penetapan tarikh kalendar Islam Hijriah dimulai dengan bulan Muharam merupakan idea:
Abu Bakar Al-Siddiq
Uthman Bin Al-‘Affan
Ali Bin Abi Talib
Umar bin Khattab
Setelah berhijrahnya Rasullulah s.a.w ke Madinah, baginda menetap di Madinah selama _______ sehinggalah kewafatan baginda. (al-Bukhari : Sahih al-Bukhari)
5 tahun
20 tahun
15 tahun
10 tahun
__________________ adalah orang yang pertama dilahirkan dalam kalangan Muhajirin setelah mereka berhijrah ke Madinah (al-Bukhari : Sahih al-Bukhari)
Abdullah Bin Zubair
Abdullah Bin Umar
Abdullah Bin Mas’ud
Abdullah Bin Abbas
Tarikh Rasulullah s.a.w sampai ke Madinah adalah : (Ibn Al-Qayyim Al-Jauziah : Zad al- Ma’ad)
10 Zulkaedah
29 Syawwal
12 Rabiul Awwal
1 Muharam
Tempoh perjalanan hijrah Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a dari Mekah ke Madinah mengambil masa selama : (Safiy al-Rahman Mubarakfuri : Al-Rahiq Al-Makhtum)
30 hari
15 hari
5 hari
40 hari
Madinah Al-Munawwarah kota hijrah Rasulullah s.a.w itu bermaksud _____________
Kota Keimanan
Kota Kejayaan
Kota Bercahaya
Kota Kegemilangan
Sebelum hijrah, Rasulullah s.a.w menetap di Mekah selama _________ selepas kenabian.
13 tahun
11 tahun
12 tahun
10 tahun
Sahabat Nabi s.a.w ini merupakan orang yang pertama berhijrah dan sampai ke Madinah seterusnya menjadi tenaga pengajar al-Quran di sana, sebelum para sahabat lain dan rombongan hijrah Rasulullah s.a.w tiba. Siapakah beliau? : (al-Bukhari : Sahih al-Bukhari)
Amar Bin Yassir
Bilal Bin Rabah
Mus’ab Bin Umair
Saad Bin Abi Waqqas
Rasulullah s.a.w dan juga Abu Bakar r.a telah mengupah seorang bernama ______________ daripada kalangan musyrikin sebagai penunjuk jalan agar tidak dapat dikesan oleh kaum musyrikin Makkah. (Ibn Hajar Al-Asqalani : Al-Isobah)
Umayyah Bin Khalaf
Walid Bin Al-Mughirah
Abdullah Bin ‘Uraiqit
Suhail Bin Amru
Golongan Yahudi ini merupakan penduduk yang menetap di Madinah dan menguasai pentadbiran serta ekonomi Madinah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Manakah golongan yang bukan dimaksudkan dalam senarai jawapan di bawah?
Bani Qainuqa’
Bani Quraizah
Bani Nadhir
Bani Tamim
Pemilihan Madinah sebagai tempat hijrah Rasullulah s.a.w dan orang Islam merupakan _____________
Wahyu Allah s.w.t
Undian dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.w
Hasil mesyuarat kaum muslimin
Paksaan daripada musyrikin Mekah
Beliau digelar “Daztin Nithaqain” kerana terlibat dalam menjayakan misi hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah. Siapakah beliau? (al-Bukhari : Sahih al-Bukhari)
Abdullah Bin Abu Bakar
Asma Binti Abu Bakar
Aishah Binti Abu Bakar
Abu Bakar Al-Siddiq
Beliau berperanan membekalkan susu kambing pada waktu malam kepada Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar ketika mereka bersembunyi di gua. Dia melaksanakan perkara ini selama 3 malam. Siapakah beliau? (al-Bukhari : Sahih al-Bukhari)
Aishah Binti Abu Bakar
Ali Bin Abi Talib
Asma Binti Abu Bakar
Amir Bin Fuhairah
Rasulullah s.a.w sampai ke Madinah pada hari ___________ (Ahmad Bin Hanbal : Musnad Ahmad) :
Jumaat
Isnin
Rabu
Selasa
