NEW
Font size
WorksheetsPEPERIKSAAN AKHIR TEORI CU02 (THREE PHASE WIRING)
Total questions: 38
Worksheet time: 19mins
Manakah antara berikut merupakan definisi bagi pertolongan cemas?
Pertolongan awal yang diberikan kepada seseorang yang ditimpa kemalangan, sakit atau cedera.
Pertolongan latihan yang diberikan kepada seseorang yang ditimpa kemalangan, sakit atau cedera.
Pertolongan sementara yang diberikan kepada seseorang yang ditimpa kemalangan, sakit atau cedera.
Pertolongan kecemasan yang diberikan kepada seseorang yang ditimpa kemalangan, sakit atau cedera.
Berdasarkan peraturan elektrik, berikut adalah beberapa cadangan bagi penempatan suis KECUALI
Suis boleh dipasang di dalam bilik air pada tempat yang tinggi.
Suis jenis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi atau bilik rehat.
Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan dilaluan jala, kaki lima dan tangga.
Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi ia mesti dipasang di luar.
Berapakah kadar nisbah bancuhan motar?
1(simen) : 1(kapur) : 1(pasir halus).
1(simen) : 1(kapur) : 2(pasir halus).
1(simen) : 1(kapur) : 3(pasir halus).
1(simen) : 1(kapur) : 4(pasir halus).
Berdasarkan persamaan Rajah diatas, terbitkan formula bagi kuasa (P)?
P = I x R.
P= I² x R².
P = I² x R.
P = V² x R².
Antara berikut, manakah merupakan kelebihan “Miniature Circuit Breaker” (MCB)?
I. Litar- litar rosak senang dikesan.
II. Sifat terpelantik beban lebihan boleh ditukar ganti.
III. Sifat terpelantik beban lebihan ditatah oleh pihak pengeluar.
IV. MCB juga boleh digunakan sebagai gantian fius bagi mengawal pemasangan domestik.
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Berpandukan Rajah diatas pemasangan suis pertengahan di atas, apakah yang berlaku sekiranya ’striper wire’ pada terminal A ditukar ke terminal B dan terminal B ditukar ke terminal A?
Lampu tidak boleh menyala.
Lampu akan sentiasa menyala.
Tidak memberi kesan pada kawalan litar.
Sambungan menjadi siri dan lampu malap.
Berdasarkan Rajah Q7 diatas, namakan radas yang bertanda I, II, III dan IV mengikut padanan yang betul.
Cut out and neutral link, main switch, SPD, RCD.
RCD, Cut out and neutral link, main switch, SPD.
SPD, RCD, Cut out and neutral link, main switch.
SPD, main switch, RCD, Cut out and neutral link.
Kenyataan manakah yang SALAH bagi perkara-perkara yang difikirkan perlu sebelum memulakan kerja pemasangan.
Pendawaian hendaklah dilakukan mengikut peringkat yang betul selaras dengan pembinaan bangunan peringkat demi peringkat.
Pemasangan hendaklah sesuai dengan struktur bangunan terutamanya tidak akan menyebabkan kerosakan atau gangguan kepada bangunan tersebut.
Ini dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak perlu seperti pemotongan, menggerudi serta mengalihkan fabrik pada bangunan yang telah siapkan.
Kebanyakan bangunan masa kini dipasang siling jenis gantung, terlapis lepa dan salur perkhidmatan. Sudah tentu memerlukan sistem pemasangan jenis permukaan.
Tenaga elektrik yang dihasilkan pada stesen penjanaan kemudiannya akan melalui proses pengagihan sebelum sampai kepada pihak pengguna.
Nyatakan proses pengagihan mengikut urutannya berdasarkan Pernyataan Q9 diatas?
I. Pengagihan
II. Penggunaan
III. Pembekalan
IV. Penghantaran
I , II, III dan IV
II, III, IV dan IV
III, IV, I dan II
IV, I, III dan II
Dalam kerja-kerja pemasangan elektrik mungkin boleh berlaku kemalangan,samaada ke atas diri kita, sahabat ataupun ke atas pemasangan.
Antara berikut manakah BUKAN aspek keselamatan berdasarkan Pernyataan Q10 diatas?
Memakai kasut bertumit rendah.
Kedudukan tangga besudut 30 darjah.
Pakai pakaian yang bersesuaian dengan kerja.
Memakai barang kemas semasa melakukan kerja elektrik.
1. Manakah antara berikut perkara yang perlu diambil kira semasa proses menarik kabel masuk ke dalam konduit?
I. Elakkan permintalan pada kabel.
II. Elakkan persilangan antara kabel.
III. Elakkan kerosakan pada tebatan kabel.
IV. Penolakkan dan penarikkan ke atas kabel haruslah serentak.
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Nyatakan jenis sistem pendawaian yang paling sesuai bagi tempat- tempat yang mengalami masalah mekanikal dan bahan kimia.
Pendawaian konduit.
Pendawaian kateneri.
Pendawaian talian atas.
Pendawaian permukaan.
Antara berikut manakah kebaikan pendawaian menggunakan pembuluh logam?
I. Murah.
II. Tahan lama.
III. Sebagai pengalir perlindungan tambahan.
IV. Memberi perlindungan mekanikal yang baik.
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Didalam bilik mandi pemasangan soket alur keluar bagi pencukur dibenarkan jika jarak soket tersebut dengan pili pancuran mandi adalah sekurang-kurangnya
2.5 meter
3.5 meter
4.5 meter
5.5 meter
Apakah fungsi pemutus litar bocor kebumi (ELCB) atau pemutus arus baki (PAB)?
Melindungi pepasangan elektrik pengguna dari bahaya arus lebih.
Melindungi pepasangan elektrik pengguna dari bahaya voltan lampau.
Melindungi pepasangan elektrik pengguna dari bahaya rintangan tinggi.
Melindungi pepasangan elektrik pengguna dari bahaya arus lebih dan arus bocor ke bumi.
Apakah tujuan pembumian pada pembuluh logam yang dilakukan ke atas sesuatu pepasangan elektrik?
Mengelakkan peralatan elektrik dan pengguna.
Mengelakkan beban lampau bagi peralatan elektrik.
Mengelakkan bahaya litas pintas bagi peralatan elektrik.
Mengelakkan bahaya renjatan arus bocor pada peralatan elektrik ke pengguna.
Manakah antara berikut bukan kebaikan sistem pendawaian sesalur?
Memerlukan pendawaian sokongan.
Dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar.
Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu.
Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan.
Dalam sistem tiga fasa empat dawai, talian neutral adalah pengalir sepunya bagi beban fasa tunggal.
Apakah kesan jika dawai atau pengalir neutral dalam sistem tersebut terputus berdasarkan Pernyataan Q18 diatas?
Pengguna satu fasa menerima arus tinggi.
Pengguna satu fasa menerima voltan tinggi.
Pengguna satu fasa menerima frekuensi tinggi.
Pengguna satu fasa menerima arus, voltan dan frekuensi tinggi.
Labelkan bahagian X, Y dan Z mengikut tertib, berdasarkan Rajah Q19 diatas?
Pengalir perlindung, Pengalir bumi, Elektrod bumi.
Pengalir perlindung, Punca bumi utama pengguna, Pengalir bumi.
Pengalir bumi, Punca bumi utama pengguna, Pengalir perlindung.
Punca bumi utama pengguna, Pengalir perlindung, Elektrod bumi.
Apakah maksud Kepekaan PAB ( Io ) 100 mA?
Jumlah arus maksima yang boleh melalui PAB tersebut ialah 100 mA.
Jumlah arus yang minima yang boleh melalui PAB tersebut ialah 100 mA.
Jumlah arus kebocoran ke bumi yang kurang 100 mA akan meyebabkan PAB terpelantik.
Jumlah arus kebocoran ke bumi yang melebihi 100 mA akan menyebabkan PAB terpelantik.
Apakah fungsi bagi pemotong fius dan perangkai neutral?
Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus bumi dan pengasing litar.
Berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar dan perlindungan arus lebihan.
Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.
Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan voltan pengguna.
Manakah antara berikut adalah faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan sistem pendawaian?
I. Ketahanan.
II. Suhu ambient.
III. Kekemasan pemasangan.
IV. Jenis pembinaan bangunan.
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Nyatakan fungsi komponen berdasarkan Rajah Q23?
Merupakan sejenis pengesan haba. Ia digunakan untuk menggantikan suis dan bertindak secaa automatik apabila mengesan haba.
Merupakan satu mekanikal yang boleh memutus, membawa dan menyambung arus litar secara manual dalam keadaan normal.
Merupakan sejenis pengesan cahaya. Ia digunakan untuk menggantikan suis dan bertindak secaa automatik apabila mengesan cahaya.
Merupakan satu mekanikal yang boleh memutus, membawa dan menyambung arus litar secara automatik dalam keadaan normal.
Antara berikut, manakah BUKAN peraturan elektrik bagi pemasangan pemegang lampu?
Pemegang lampu berfilamen hanya digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan yang melebihi 500 volt.
Pemegang lampu yang mempunyai sentuhan luar atau berskru punca sentuhan luar hendaklah disambungkan ke punca neutral.
Pemegang lampu pangkal kilas jenis acuan penebat mestilah daripada jenis tahan panas apabila digunakan pada sushu lebih daipada 135°C.
Semua jenis pemegang lampu pangkal kilas yang digunakan ditempat lembab atau boleh dicapai semasa berdiri dari atas logam hendaklah dibumikan.
Sekiranya kawalan lampu dikawal dari lima tempat yang berasingan seperti di koridor, berapa jumlah suis pertengahan dan suis dua hala diperlukan?
2 suis pertengahan dan 3 suis dua hala
3 suis pertengahan dan 2 suis dua hala
4 suis pertengahan dan 1 suis dua hala
5 suis pertengahan dan 1 suis dua hala
Berapakah usia kipas siling yang perlu diperiksa braket, getah bolt dan nut, pin keselamatan dan tali keselamatan (safety rope)?
3 tahun.
5 tahun.
7 tahun.
9 tahun.
Nyatakan jenis gas yang terdapat dalam tiub lampu kalimantang.
Argon.
Oksigen.
Hidrogen.
Karbon dioksida.
Manakah antara berikut benar tentang pendawaian tersembunyi?
Pendawaian tersembunyi menyebabkan kabel mudah luka.
Kabel atau pembuluh dipasang di dalam dinding atau siling.
Pendawaian tersembunyi memerlukan alat-alat tambahan khas.
Warna bagi sistem pendawaian tersembunyi dalam pemasangan elektrik ialah oren.
Apakah yang dimaksudkan dengan faktor ruang?
Suatu bahan bukan pengalir yang mengurungi, melindungi atau menanggung pengalir.
Memotong pepasangan elektrik, litar atau butir kelengkapan dari mana-mana punca tenaga elektrik.
Nisbah jumlah keseluruhan kawasan keratan rentas kabel kepada kawasan dalam keratan rentas pembuluh atau penutup kabel dalam mana ia dipasang.
Suatu bahagian yang memberi perlndungan yang memadai terhadap pengaruh luaran yang tertentu dan perlindungan yang khusus terhadap sentuhan dengan bahagian hidup dari mana-mana arah.
Manakah antara berikut ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian tersembunyi?
I. Kadar kuasa yang tinggi.
II. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.
III. Perlukan suasana yang kemas dan cantik.
IV. Bangunan diperbuat daripada simen atau batu sahaja.
I dan III.
III dan IV.
I, II dan III.
II,III dan IV.
Secara amnya, berapakah nilai voltan bagi kediaman tiga fasa?
250 voltan.
300 voltan.
400 voltan.
450 voltan.
Pasangan kod warna pengalir manakah salah?
Biru – neutral.
Kuning – bumi.
Merah – hidup.
Hitam – neutral.
Berapakah saiz kabel utama bagi pepasangan elektrik tiga(3) fasa?
6mm2 ~ 10mm2.
10mm2 ~ 25mm2.
10mm2 ~ 25mm2.
25mm2 ~ 25mm2.
Bahagian manakah yang tidak perlu dibumikan?
Punca soket alir keluar yang ditambah.
Rangka bumbung yang diperbuat dari logam.
Semua struktur logam dalam sistem pendawaian.
mengenalpasti samada pemasangan sesuai secara sistem pendawaian permukaan atau pendawaian tersembunyi.
Apakah alatan yang digunakan bagi membuat bengkokan pada konduit PVC?
Puller.
Bender.
Spring bender.
Stock and dies.
Manakah antara berikut merupakan cara paling berkesan mengurangkan rintangan elektrod bumi?
Bubuh larutan sulfat.
Tanam pada tempat yang lembap.
Tabur arang batu di sekeliling elektrod.
Tanam dua batang elektrod secara selari.
Bagaimanakah peranti arus baki (Residual Current Device) berkendali?
Arus elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar bumi.
Arus elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar hidup.
Arus elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar neutral.
Arus elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar neutral dengan arus pada wayar neutral.
Apakah tujuan ujian turutan fasa?
Untuk mengetahui urutan bekalan tiga fasa itu adalah seperti yang telah ditetapkan
Menguji boleh memberikan nilai arus yang agak besar lebih kurang 1.5 kali lebih besar dari arus biasa litar, tetapi tidak melebihi 25 amp.
Mengukur rintangan konduktor pelindungan yang mana konduit dan penutup keluli bukan merupakan sebahagian daripada konduktor pelindungan itu.
Menentukan sesuatu rccb / elcb yang dipasang dalam keadaan baik dan mempunyai kepekaan yang sepatutnya , seperti yang terdapat dalam peraturan dan yang tertera pada alat tersebut .
