wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF (2)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Bahkan, ketika angin mencuri-curi masuk

Sang Pelita berdiam sahaja

Nyatakan gaya bahasa yang berwarna.

a)

simile

b)

personifikasi

c)

metafora

d)

asonansi

2.

ANNA : Tak mungkin doktor.Saya dah buat keputusan, saya mesti pergi dari sini.Saya tak mahu terus menjadi korban dalam badai ini.

Nyatakan gaya bahasa yang berwarna ini.

a)

asonansi

b)

anafora

c)

repitisi

d)

epifora

3.

Sejak mula menggali kolam dahulu, kemudian mencari dan mengumpul kayu api, memagar kolam, dan membumbung dapur, ditambah pula dengan berulang-alik mengangkut air laut, lelaki tua itu seperti tenggelam dalam keasyikkannya sendiri. Nyatakan nilai murni yang ada dalam petikan.

a)

kegigihan

b)

baik hati

c)

kasih sayang

d)

kepatuhan

4.

Amboi , amboi, adat tiruan , resam terpaksa !

Umpama gajah menjadi rusa;

Oleh ragi campuran bangsa,

Adab tertib habis binasa!


Nyatakan satu bentuk yang betul bagi petikan ini.

a)

rima abab

b)

rima aaaa

c)

jumlah patah perkataan antara 3-5

d)

jumlah baris 3

5.

Pernah kaukata yang kes kami akan kaubawa ke meja seminar antarabangsa. Katamu,di situ akan kau kecam budaya hidup manusia moden yang suka mencemar dan membuang semua kotoran ke laut.

Nyatakan teknik plot yang terdapat dalam petikan ini.

a)

saspens

b)

imbas muka

c)

imbas kembali

d)

kejutan

6.

Aku memulakan permainanku itu dari rambut di kepala Dol yang gerbang,gondrong,panjang, pintal-memintal kusut masai itu. Nyatakan teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan ini.

a)

monolog

b)

penelitian

c)

saspens

d)

pemerian

7.

Tak semua percaya

daun-daun dihargai

kerana seruas ranting.


Jawapan di bawah semua benar KECUALI

a)

rima abb

b)

jumlah baris 3 baris serangkap

c)

jumlah patah perkataan antara 2-3 sebaris

d)

bentuk bebas

8.

jari-jari mesra alammu

pada sungai setiamu

pada pohon sabarmu

Nyatakan gaya bahasa bagi kata yang berwarna ini.

a)

epifora ; simile

b)

epifora ; metafora

c)

anafora ; personifikasi

d)

anafora ; metafora

9.

"Pak Supir pernah tahu tentang seorang ulama besar bernama Hamzah Fansuri?" tanya anak muda itu semasa sedang makan ikan bakar di Restoran Sudarno, di hujung Jalan Brigedier Jeneral Katamso 51.


Nyatakan satu contoh unsur Islam yang terdapat dalam petikan ini.

a)

Jeneral Katamso 51

b)

Pak Supir

c)

Hamzah Fansuri

d)

Restoran Sudarno

10.

"Barangkali saya pernah mendengar, tapi saya tidak tahu."

"Atau barangkali Pak Supir tahu maksud tentang Shamsuddin al-Sumatrani, Sheikh Nuruddin ar-Raniri atau Abdul Raof Singkel?

Nyatakan teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan ini.

a)

Monolog

b)

Pemerian

c)

Dialog

d)

Kejutan

11.

Tiba-tiba apabila dia memasuki lobi Hotel Wisata Indah, dia melihat seorang berkepala agak botak sedang membaca sebuah buku yang agak tebal di atas kerusi empuk di lobi hotel itu.

Latar tempat di bawah benar KECUALI

a)

Hotel Wisata Indah

b)

Kerusi empuk

c)

Lobi hotel

d)

buku

12.

Sejarah pertiwa masih cermat tersimpan

Dalam album purbanya.

Nyatakan gaya bahasa yang berwarna.

a)

sinkope

b)

personifikasi

c)

anafora

d)

metafora

13.

Di atas rakit ini kurempuh kesulitan

menajamkan kalam dan berkaki ayam

menyusur denai basah ke sekolah

meninggalkan ibu di anak tangga.

Nyatakan maksud rangkap sajak ini.

a)

Penyajak berjalan-jalan bersama-sama dengan ibunya.

b)

Penyajak menghadapi cabaran semasa menuntut ilmu dengan berkaki ayam ke sekolah dan berjalan kaki.

c)

Penyajak menyusur denai basah untuk bermain bersama rakan.

d)

Penyajak menaiki rakit dengan berkaki ayam.

14.

memoriku sepi tanpa ibu.

Nyatakan gaya bahasa ini.

a)

sinkope

b)

anafora

c)

diksi

d)

singkatan kata

15.

di sini, sejarah pernah mencatat sengketa

Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam baris ini.

a)

Repetisi

b)

Sinkope

c)

Metafora

d)

Personifikasi

16.

manusia salah kerana berseteru dengan alam

lihat tanahku yang menggelonsor

lihat dada asfalt yang kotor


Apakah yang berlaku dalam baris ini?

a)

manusia yang mencuri tanah demi kekayaan.

b)

manusia yang melihat tanah menggelongsor.

c)

manusia yang memusnahkan alam sekitar demi kepentingan diri

d)

manusia yang melihat jalan raya yang kotor.

17.

ZAKI : Memang, aku sayangkan bangsa dan negaraku, Anna. Tetapi itu tak menegahku daripada bersikap rasional. Bangsa dan negaraku yang muda ini sedang berjuang mengisi kemerdekaan kami walaupun Inggeris banyak meninggalkan parut-parut luka,

Nyatakan satu perwatakan Zaki.

a)

Seorang yang patriotik

b)

Seorang yang sensitif

c)

Seorang yang pendendam

d)

Seorang yang sinis.

18.

ZAKI : Karut,karut semata-mata. Engkau mula ditipu oleh mimpimu.

Nyatakan gaya bahasa yang berwarna.

a)

Ayat pendek

b)

Kata ganda

c)

Anafora

d)

Repitisi

19.

MAT PIAH : Tak ada rezeki nampaknya aku hari ni. Sehari suntuk kayuh sampai cekang urat betis, tak dapat sekeping pun. Nasib...nasib(MAT PIAH mengeluh sendirian)

Nyatakan satu teknik plot yang terdapat dalam ayat ini.

a)

Pemerian

b)

Imbas muka

c)

Imbas kembali

d)

Monolog

20.

MAT PIAH : Yes, Sir. Trishaw, Sir?

Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam ayat ini.

a)

Sinkope

b)

Penggunaan bahasa asing

c)

Anafora

d)

Kata ganda