wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN ATAS TALIAN TINGKATAN 5 SMK WIRA PENRISSEN 01/21

Total questions: 25

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan manakan yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

2.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

d)

Sistem Pembesar Enam Belas lipatan

3.

Apakah kesan penubuhan Jelutong Press?

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Menggalakkan persaudaraan Islam

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

4.

Apakah kesan Revolusi Keagungan dan Revolusi Perancis pada Eropah?

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan berpelembagaan ditegakkan

5.

Apakah yang menyebabkan Perang Dunia pertama berlaku pada tahun 1914?

a)

Pearl Habour diserang

b)

Wilayah Jerman diceroboh

c)

Perancis Bersatu dengan Rusia

d)

Bakal Raja Austria-Hungary dibunuh

6.

Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942-1945. Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Mengimport bahan makanan

c)

Menghentikan perdagangan antarabangsa

d)

a Memperkenal sistem ekonomi kawalan

7.

Mengapakah British menubuhkan British Military Administration (BMA) pada September 1945-Mac 1946 di Tanah Melayu?

a)

Mewujudkan keamanan

b)

Menjimatkan perbelanjaan

c)

Memberikan Latihan kepimpinan

d)

Melaksanakan ekonomi kawalan

8.

British telah melantik Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu bagi melaksanakan Malayan Union. Bagaimanakah Beliau mendapatkan persetujuan tersebut?

i Membuat desakan

ii Mewujudkan imuniti

iii Mengekalkan gelaran

iv Mengunakan ugutan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

9.

Pada tahun 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani. Mengapakah perjanjian tersebut telah diterima oleh masyarakat Melayu?

a)

Parti politik digabungkan

b)

Berkuasa mengawal pentadbiran

c)

Syarat kewarganegaraan dipermudah

d)

Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi

10.

Mengapakah gabungan PUTERA-AMCJA ditubuhkan pada tahun 1947?

a)

Menentang Malayan Union

b)

Mengeratkan perpaduan Kaum

c)

Memajukan pembangunan ekonomi

d)

Menentang perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

11.

Sir Gerald Templer pernah melancarkan perang saraf di Tanah Melayu bagi mengatasi ancaman Komunis. Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk supaya menyokong usaha perang saraf tersebut?

a)

Mewujudkan kampung baru

b)

Memperkenal kad pengenalan

c)

Membawa masuk tentera komanwel

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

12.

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari untuk mempertahan negara antara tahun 1948 hingga 1960. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Menamatkan konfrontasi

b)

Membendung rusuhan kaum

c)

Menghapuskan kegiatan lanun

d)

Membanteras ancaman komunis

13.

Tokoh seperti Dato Onn Jaafar, E.E.C. Thuraisingham dan Tan Cheng Lok memberikan sumbangan besar pada Tanah Melayu sebelum merdeka. Apakah sumbangan tokoh-tokoh ini pada negara?

a)

Menubuhkan parti perikatan

b)

Menjadi ahli Suruhanjaya Reid

c)

Menganjurkan konvensyen kebangsaan

d)

Menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

14.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan pada tahun 1951 di Tanah Melayu?

a)

Merangka perlembagaan baru

b)

Melaksanakan pilihan raya umum

c)

Membincangkan syarat kewarganegaraan

d)

Melatih penduduk untuk bekerajaan sendiri.

15.

Apakah takrif kedaulatan dalam Bahasa Arab?

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

Negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

16.

Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

a)

Menjadi kuasa politik unggul di dunia

b)

Menunjukkan kekuatan Angkatan tentera

c)

Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran

d)

Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

17.

Setiap negara bebas menentukan kedaulatan negara sendiri. Bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia mewujudkan negara yang berdaulat?

a)

Mewujudkan pentadbiran yang cekap

b)

Menggubal dasar dan undang-undang

c)

Melaksanakan undang-undang negara bedasarkan perlembagaan

d)

Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara

18.

Pernyataan tersebut berkaitan dengan penubuhan majlis di Sabah.


…………………….. memberikan kuasa pada gabenor untuk membuat undang-undang.

Apakah ………………?

a)

Majlis Kerja

b)

Majlis Negeri

c)

Majlis Tertinggi

d)

Majlis Undangan

19.

Ciri tradisional dalam perkembangan perlembagaan ialah

a)

Bahasa Melayu

b)

Kewarganegaraan

c)

Kerajaan Persekutuan

d)

Sistem Demokrasi Beparlimen

20.

Nyatakan ciri-ciri yang tidak perlu ada dalam perlembagaan persekutuan

a)

Agama Islam

b)

Kewarganegaraan

c)

Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera

d)

Sempadan

21.

Apakah kepentingan cap Mohor Besar Raja-Raja?

a)

Mengiktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat

b)

Mengesahkan perlantikan Jemaah Menteri

c)

Melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu

d)

Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen

22.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk kesejahteraan rakyat. Antara contoh Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Rumah Selangorku dan Rumah Mampu Milik Johor. Mengapakah Kerjasama tersebut dilakukan?

a)

Mengatasi masalah rumah setinggan di bandar

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar

c)

Menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin

d)

Membantu golongan pertengahan mempunyai kediaman

23.

Mengapakah Indonesia melancarkan kontrontasi?

a)

Menuntut wilayah Sabah

b)

Mengancam kedudukan Indonesia

c)

Mengurangkan kuasa politik orang Melayu

d)

Menggagalkan gagasan Melayu Raya

24.

Apakah Langkah yang diambil oleh Malaysia bagi mengatasi masalah Peristiwa 13 Mei

a)

Menghentikan pilihan raya

b)

Meminta bantuan Indonesia

c)

Membentuk Majlis Gerakan Negara

d)

Meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

25.

Maklumat berikut merujuk cadangan yang terdapat dalam dasar Pendidikan yang diperkenalkan di negara kita.

- Penekanan pada mata pelajaran Sejarah untuk menanam perasaan cinta terhadap negara

- Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat untuk membentuk sikap bertoleransi dan bekerjasama antara kaum

Maklumat tersebut merujuk

a)

Laporan Rahman Talib 1960

b)

Kajian Aminuddin Baki 1964

c)

Laporan Jawatakuasa Kabinet 1979

d)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996