Font size
WorksheetsSepak Takraw
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah peralatan yang digunakan dalam permainan sepak takraw?
Antara berikut, manakah kemahiran servis yang betul dalam permainan sepak takraw?
Sepak kuda
Menanduk
Melibas
Adangan kaki
Apakah yang dimaksudkan dengan Servis Drop?
Servis yang menggunakan hujung kaki
Servis menggunakan tapak kaki
Servis menggunakan kawasan luar kaki
Servis yang laju dan kencang
Apakah matlamat mengadang dalam permainan Sepak Takraw?
Memastikan bola dapat dikawal menggunakan tangan
Memastikan bola direjam dengan laju
Memastikan bola dapat dimatikan dengan membuat rejaman
Memastikan bola tidak berjaya direjam oleh pihak lawan
Berdasarkan gambar, individu yang memakai baju biru sedang melakukan adangan menggunakan?
Badan
Tangan
Kaki
Kepala
Berapakah timbangan yang boleh dilakukan oleh satu pasukan dalam permainan sepak takraw?
4
5
3
2
Berdasarkan gambar rajah, apakah kemahiran yang digunakan?
Sepak Sila
Sepak Kuda
Libasan
Servis Ace
Dalam permainan sepak takraw, setiap kumpulan terdiri daripada berapa pemain?
3
5
7
9
Permainan sepak takraw merupakan permainan kategori .......
serangan
jaring
memadang
olahraga asas
Permainan sepak takraw juga dikenali sebagai ...........
sepak raga
sepak raga bulat
sepak raga bulatan
sepak jiwa raga
Antara berikut yang manakah BUKAN kemahiran yang terlibat di dalam permainan sepak takraw?
kemahiran servis dan menerima servis
kemahiran menimang
kemahiran menanduk
kemahiran hidup
Terdapat dua jenis servis dalam permainan sepak takraw iaitu .............................. dan .........................
servis sepak lantun
servis sepak sila
servis sepak sisi
servis sepak kuda
Mengapakah mengadang bola dalam kemahiran bertahan digunakan dalam permainan sepak takraw?
Untuk memastikan libasan yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis atau dihalang daripada memasuki gelanggang pihak lawan.
Untuk memastikan libasan yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis atau dihalang daripada memasuki gelanggang sendiri.
Untuk memastikan libasan yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis atau dihalang daripada terkeluar gelanggang sendiri.
Untuk memastikan libasan yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis atau dihalang daripada terkeluar gelanggang pihak lawan.
Di manakah permainan sepak takraw popular ?
Europa
Amerika
Asia
Brazil
Kita tidak boleh menggunakan bahagian badan berikut dalam permainan sepak takraw.
kaki
lutut
lengan
belakang badan
