wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KADUK, AYAM DAN RAJA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah hakim?

a)

anak Pak Kaduk

b)

cucu Pak kaduk

2.

Mengapakah Hakim (cucu Pak Kaduk) bersungguh-sungguh mendapatkan semula tanah arwah datuknya yang telah diambil oleh raja suatu masa dahulu?

a)

untuk membina tugu peringatan tentang Pak Kaduk

b)

untuk menternak ayam secara pertanian kontrak

3.

Hakim, cucu Kaduk ialah seorang yang terpelajar. Berkat ilmu di dada, dia menyedari bahawa ..... kecuali

a)

datuknya dungu dan menjadi bahan jenaka masyarakat

b)

ketidakadilan telah berlaku di sekelilingnya

c)

dunia ini penuh dengan penganiayaan

4.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Hakim setelah menyedari ketidakadilan dan penganiayaan terhadap datuknya dalam cerpen ini? ( 2 jawapan)

a)

memfailkan saman menuntut hak milik tanah datuknya

b)

pergi ke istana menuntut haknya

c)

melantik azam sebagai peguamnya.

5.

Hakim menjalankan perniagaannya secara kontrak dengan syarikat yang dikenali sebagai

a)

SYARIKAT FRESH CHICKEN ENTERPRISE (FRE)

b)

Rangkaian Jasa Agrikultur (RAJA)

6.

“Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan bukti, menulis dengan kemas dan terperinci, berbahas dengan fasih dan bernas.”


Apakah nilai murni yang terdapat dalam penyataan di atas?

a)

Rasional

b)

Keberanian

c)

Kasih sayang

7.

“Namun, dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan .... “


Apakah nilai murni yang boleh didapati dalam penyataan itu?

a)

Kerajinan

b)

Kesyukuran

c)

Kebebasan

8.

Apakah maksud ‘berseloroh’?

a)

Berangan-angan

b)

Bergurau

c)

Kelucuan

9.

Mengapakah Hakim berseloroh akan membina sebuah memorial sempena nama datuknya Kaduk?

a)

Supaya menjadi peringatan kepada orang Melayu agar berhati-hati dengan tanah dan hak mereka.

b)

Supaya orang Melayu sedar bahawa semangat kebangsaan perlulah ditanamkan dalam hati masing-masing.

c)

Supaya menjadi kenangan kepada orang Melayu tentang kenangan indah di kampung.

10.

Apakah tujuan sebenar Syarikat RAJA terhadap penternakan Hakim?

a)

Memayungi penternakan Hakim

b)

Memberi kontrak kepada Hakim

c)

Memasarkan makanan ayam dan ubat-ubatan

11.

Walaupun banyak kebaikan menternak cara kontrak, namun bagi Hakim dia tetap rugi dan banyak hutang. Mengapa?

a)

Kerana syarikat payung menipu Hakim

b)

Kerana syarikat payung yang menentukan harga bekalan

c)

Kerana syarikat payung yang membeli semua ayam Hakim

12.

Azam merupakan lulusan dalam ________.

a)

Bidang Pertanian

b)

Bidang Pendidikan

c)

Bidang Undang - undang

d)

Bidang Keusahawanan

13.

Ayah Hakim bernama ______ manakala, datuknya bernama _________.

a)

Azam, Kaduk

b)

Hassan, Azam

c)

Kaduk, Hassan

d)

Hassan , Kaduk

14.

Pada pendapat anda, apakah peranan kerajaan untuk membantu golongan petani di negara ini?

a)

memberikan wang yang banyak kepada rakyat dan memberikan tanah untuk diusahakan,

b)

memberikan bantuan modal, memberikan kursus dan latihan dan memberikan subsidi

15.

Akibat hutangnya yang tinggi, tanah yang dimilikinya itu bakal

a)

diambil oleh syarikat Raja

b)

dirampas oleh pihak bank