wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Ekonomi adalah kajian tentang bagaimana manusia

a)

mengatasi masalah kos lepas

b)

memenuhi kehendak yang terhad

c)

memperuntukkan sumber ekonomi

d)

mengurangkan pembaziran sumber

2.
Seorang pemilik kapal mengupah tiga orang pekerja untuk menangkap ikan di laut dan menjualkan hasil di pasar tempatan. Faktor pengeluaran yang terlibat ialah
a)
usahawan, modal dan buruh
b)
tanah, usahawan dan buruh
c)
modal, usahawan dan tanah
d)
tanah, buruh, modal dan usahawan
3.
Y ialah modal.
Apakah ganjaran yang diberi kepada penyumbang Y?
a)
Upah
b)
Sewa
c)
Faedah
d)
Untung
4.
Kekurangan wujud kerana kehendak manusia tidak terhad manakala sumber ekonomi
a)
terhad
b)
tidak terhad
c)
bersifat boleh diperbaharui
d)
bersifat tidak boleh diperbaharui
5.
Seorang penganggur telah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta. Kos lepas bagi keputusan tersebut adalah
a)
latihan yang perlu dihadiri
b)
masa lapang untuk aktiviti hiburan
c)
perbelanjaan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja
d)
pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut.
6.

Syarikat Z mengeluarkan minyak masak dengan menggunakan kaedah intensif modal bagi kegunaan industri makanan ringan


Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Z?


I Apakah yang hendak dikeluarkan?

II Berapakah yang hendak dikeluarkan?

III Untuk siapa hendak dikeluarkan?

IV Bagaimanakah hendak dikeluarkan?

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

7.

“Dinegara saya, pengguna adalah raja. Saya bebas memilih barang yang dikehendaki”- Rakyat Negara X

“Oh! Bagusnya. Pengguna di negara saya tiada hak untuk memilih”- Rakyat Negara Y


Berdasarkan perbualan itu, apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara X dan Negara Y?

a)

Sistem ekonomi campuran & Sistem ekonomi Islam

b)

Sistem ekonomi perancangan pusat & Sistem ekonomi kapitalis

c)

Sistem ekonomi kapitalis & Sistem ekonomi perancangan pusat

d)

Sistem ekonomi Islam & Sistem ekonomi campuran

8.
Apakah kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas dalam penentuan harga barang?
a)
Harga barang adalah tetap
b)
harga barang aadalah dikawal
c)
harga barang adalah minimum
d)
harga barang mengikut kuasa permintaan dan penawaran
9.

Antara berikut yang manakah merupakan sektor ekonomi ke tiga

a)

pelukis pelan

b)

kontraktor pembinaan

c)

nelayan

d)

operator pengeluaran

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pendapatan.


Kerajaan membayar BR1M kepada individu yang menerima pendapatan kurang daripada RM 1500 sebulan.


Jenis pendapatan di atas merupakan..

a)

Bayaran Pindahan

b)

Pendapatan Produktif

c)

Pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan

d)

Pendapatan yang diterima oleh individu yang memberi sumbangan dalam proses pengeluaran

11.
Di antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi ?
a)
Mengelakkan kenaikan harga barang (inflasi)
b)
Menurunkan harga barang
c)
Membantu pengguna membeli barang
d)
Membantu pengguna mendapatkan pekerjaan
12.

Apakah kelebihan membeli secara tunai?

a)

Peningkatan hutang lapuk

b)

Melindungi diri daripada inflasi

c)

Tidak menanggug kadar faedah pinjaman

d)

Dapat berbelanja sesuka hati

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis kemudahan pembayaran bank perdagangan.


Encik Jonathan meminta pihak Bank Cemerlang Berhad membayar ansuran pinjaman perumahan pada 25 hari bulan setiap bulan kepada Bank Setia Berhad.


Apakah jenis kemudahan pembayaran tersebut?

a)

Draf Bank

b)

Debit langsung

c)

Pindahan Kredit

d)

Perintah Sedia Ada

14.
Fungsi pengeluaran ialah......
a)
Tempoh apabila semua input yg digunakan adalah input berubah.
b)
Hubungan antara jumlah input dengan output.
c)
Berada dlm jangka masa pendek.
d)
Penghasilan barang dan perkhidmatan.
15.
Manakah antara berikut input tetap ?
a)
Mesin dan Loji
b)
Bahan Mentah
c)
Buruh
d)
Barang Siap
16.

Sumber ekonomi dalam sesebuah ekonomi

a)

Tidak merubah

b)

Sentiasa mengalami peningkatan

c)

Terhad pada suatu masa tertenu

d)

Tidak akan mengalami kekurangan

17.

Masalah ekonomi yang dihadapi oleh semua negara di dunia ialah

a)

kekurangan sumber ekonomi

b)

perubahan teknologi yang pesat

c)

sumber alam yang semakin berkurangan

d)

kehendak pengguna yang sentiasa berubah

18.

Pengorbanan yang dilakukan oleh unit ekonomi apabila membuat sesuatu pilihan di kenal sebagai

a)

kos lepas

b)

kos ekonomi

c)

kos ekonomi

d)

kos pengeuar

19.

Encik Dollah bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kilang batik di Terengganu. Beliau bekerja selama 6 jam sehari dan menghasilkan 3 helai baju setiap hari. Harga sehelai baju batik ialah RM 60. Apakah kos lepas sekiranya Encik Dollah mengambil cuti selama 4 hari?

a)

Bekerja 6 jam sehari

b)

360.00

c)

3 helai baju

d)

12 helai baju

20.

Situasi di bawah berkaitan dengan masalah kekurangan Cik Izati.


Cik Izati memperoleh pendapatan sebanyak RM 2500 sebulan. Beliau merasakan pendapatannya masih tidak mencukupi


Mengapakah Cik Izati menghadapi masalah tersebut?

a)

Beliau seorang yang boros

b)

Kehendak beliau tidak terhad

c)

Beliau suka membeli barang mewah

d)

Beliau tidak membeli barang mengikut keutamaan

21.

Mengapakah kerajaan wajar merancang perbelanjaan dengan cermat ?

a)

Kekurangan teknologi

b)

Kekurangan sumber hasil

c)

Kekurangan sumber alam

d)

Kekurangan kakitangan awam

22.

Matlamat sebuah firma adalah memaksimumkan

a)

A kepuasan

b)

B keuntungan

c)

C kebajikan masyarakat

d)

D penggunaan sumber ekonomi

23.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan faktor pengeluaran


Faktor pengeluaran X

Menyumbangkan tenaga

fizikal dalam aktiviti pengeluaran


Faktor pengeluaran Y

Menyelaraskan faktor pengeluaran lain dalam aktiviti pengeluaran


Apakah faktor pengeluaran X dan Y

a)

X = Modal Y = Usahawan

b)

X = Usahawan Y = Buruh

c)

X = Buruh Y = Usahawan

d)

X = Buruh Y = Modal

24.

Antara yang berikut , yang manakah melibatkan kos lepas?

a)

Menyedut udara segar

b)

Menikmati pemandangan di tepi laut

c)

Mendengar ceramah motivasi selama 2 jam

d)

Menggunakan air hujan untuk menyiram pokok bunga

25.

Rajah di atas menunjukkan suatu barang dalam ekonomi

Faktor pengeluran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran di atas ialah

a)

A tanah , dan modal

b)

B tanah , buruh dan modal

c)

C buruh , modal , dan usahawan

d)

D tanah , buruh , modal dan usahawan

26.

Kemajuan teknologi dalam pengeluaran menyebabkan

a)

penawaran bertambah

b)

permintaan bertambah

c)

permintaan berkurang

d)

penawaran berkurang

27.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu situasi di pasaran ikan.


Laut bergelora dengan ombak setinggi 4 meter dijangka berterusan sehingga minggu depan. Keadaan ini amat berbahaya kepada bot-bot nelayan.


Apakah kesan terhadap pasaran ikan?

a)

Harga turun dan kuantiti bertambah

b)

Harga naik dan kuantiti berkurang

c)

Harga naik dan kuantiti bertambah

d)

Harga turun dan kuantiti berkurang

28.

Apakah penentu yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri?

a)

Peningkatan harga barang itu

b)

Penurunan kadar cukai pendapatan individu

c)

Pertambahan cita rasa barang itu

d)

Kempen pengiklanan bagi barang pengganti berjaya

29.

Maklumat berikut berkaitan ketidakseimbangan.


Apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta.


Apakah yang akan berlaku?

a)

Kekurangan barang

b)

Permintaan berkurang

c)

Harga cenderung naik

d)

Harga cenderung turun

30.

Keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti diminta _____________dengan kuantiti ditawarkan.

a)

tinggi

b)

kurang

c)

sama

31.

Harga pasaran lebih tinggi daripada harga keseimbangan apabila pasaran mengalami lebihan ____________

a)

permintaan

b)

penawaran

c)

hutang

d)

pengeluar

32.

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar dinamakan ___________

a)

Cukai

b)

Subsidi

c)

Royalti

d)

Derma

33.

Apakah tindakan yang patut diambil oleh penjual untuk meningkatkan hasil jualan sesuatu barang yang mempunyai nilai keanjalan harga permintaaan 1.75?

a)

menurunkan harga jualan barang

b)

meningkatkan harga jualan barang

c)

tidak membuat perubahan pada harga jualan

d)

menurunkan harga jualan barang pengganti

34.

Apakah yang akan berlaku apabila kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar?

a)

Kualiti barang akan menurun

b)

Harga barang akan meningkat

c)

Kos pengeluaran akan meningkat

d)

penawaran akan meningkat

35.

Barang yang harga permintaannya adalah anjal mempunyai keluk permintaan yang ____________

a)

curam

b)

landai

c)

tegak

36.

Antara berikut, yang manakah merupakan definisi pendapatan boleh guna?

a)

Pendapatan sebenar yang tidak boleh digunakan

b)

Potongan wajib

c)

Pendapatan sebenar yang boleh digunakan selepas ditolak potongan wajib.

d)

Perbelanjaan untuk memenuhi keperluan

37.

Antara berikut yang manakah merupakan potongan wajib?

a)

Belanja

b)

Insurans

c)

Untung

d)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

38.

Antara yang berikut,yang manakah merupakan contoh pendapatan individu?

a)

Cukai

b)

Zakat

c)

Bayaran Pindahan

d)

PERKESO

39.

Xin Tong mendapat gaji sebanyak RM2500.Potongan wajib Xin Tong ialah KWSP sebanyak RM80,PERKESO RM15 dan cukai pendapatan sebanyak RM55.Berapakah pendapatan boleh guna Xin Tong?

a)

RM2100

b)

RM2300

c)

RM2350

d)

RM2500

40.

Apakah tujuan potongan PERKESO untuk pekerja?

a)

menyediakan bakul makanan kepada pekerja

b)

memberi pencen

c)

memberi perlindungan keselamatan

d)

Membeli barang mewah