Font size
WorksheetsBUNYI SAINS TAHUN 4
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Bunyi dihasilkan oleh getaran.
Ya
Tidak
Bagaimanakah bunyi ini dihasilkan?
Tiupan
Tepukan
Gesekan
Ketukan
Apabila xilofon ___________, xilofon bergetar.
tepukan
diketuk
ditiup
Apakah yang akan terjadi berdasarkan gambar pilih pernyataan yang betul.
bunyi terhasil akibat tepukan
bunyi terhasil akibat gesekan
bunyi terhasil akibat tiupan
Apabila udara di dalamnya bergetar, bunyi dihasilkan. Apakah alat ini?
Bunyi bergerak ke ________________
satu arah
dua arah
semua arah
Apabila bunyi terkena pada permukaan ................ , bunyi akan dipantulkan semula
kasar
lembut
berkilat
keras
Apakah fenomena bunyi berikut?
Gema
Sonar
Ultrasonik
Apa itu ultrasonik?
bunyi yang terhasil apabila bunyi dipantulkan pada objek keras
bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi didengar oleh haiwan
Apakah fenomena bunyi seperti gambar ini?
Ultrasonik
Sonar
Gema
Apakah kegunaan sonar?
untuk mengesan objek di dalam air
untuk berubat
untuk menanam pokok
untuk mengkaji bunyi
Apakah faedah bunyi seperti dalam rajah ini?
membolehkan berkomunikasi
memberikan maklumat
memberikan hiburan
memberi isyarat kecemasan
Apakah kesan bunyi yang memudaratkan?
menghiburkan
tekanan emosi
memberikan maklumat
berkomunikasi dengan mudah
Apakah yang sedang dipakai oleh petugas landasan kapal terbang ini?
pelindung telinga
penangkap bunyi
penyerap bunyi
Pencemaran bunyi boleh dikurangkan dengan menggunakan
Pembesar suara
Pelindung telinga
Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan pokok
Bunyi dihasilkan oleh _________________.
ketukan
petikan
gesekan
getaran
"Udara di dalam seruling itu bergetar", kata Azman kepada Hasni. Berdasarkan pernyataan ini, bunyi dihasilkan melalui cara _____________.
Seruling
Sompoton
Tiupan
Ketukan
Alat di atas menghasilkan bunyi melalui cara ____________.
ketukan
petikan
gesekan
tiupan
Bar xilofon akan bergetar apabila _____________.
digesek
dipetik
diketuk
ditepuk
Perhatikan gambar rajah di atas. Apakah yang dapat kamu perhatikan dan kaitkannya dengan tajuk?
Dua orang lelaki memakai warna baju yang berbeza.
Dua orang lelaki berdiri di tepi jalan raya.
Dua orang lelaki boleh mendengar bunyi siren walaupun mereka berada pada kedudukan yang berbeza.
Dua orang lelaki bermain gelung.
Berikan inferens kamu terhadap pemerhatian pada gambar rajah.
Dua orang lelaki memakai warna baju yang berbeza kerana tidak ingin kelihatan sama.
Dua orang lelaki berdiri di tepi jalan raya untuk memberi laluan kepada kereta polis.
Dua orang lelaki bermain gelung kerana bosan menunggu bas.
Dua orang lelaki boleh mendengar bunyi siren kereta walaupun mereka berada pada kedudukan yang berbeza kerana bunyi bergerak ke semua arah.
Apakah yang akan berlaku apabila bunyi terkena pada suatu permukaan yang keras?
Bunyi akan kedengaran.
Bunyi akan dipantulkan.
Bunyi akan bergetar.
Bunyi akan berdentum.
_____________ ialah bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi dapat didengar oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba dan paus untuk memandu arah dan mengesan lokasi mangsa masing-masing.
Gema
Sonar
Ultrasonik
Pembesar suara
Siva dan keluarganya melawat Gua Niah. Sebaik sahaja mereka sampai, Siva menjerit di dalam gua tersebut. Apakah fenomena bunyi yang terhasil?
Fenomena sonar
Fenomena ultrasonik
Fenomena gema
Apabila bunyi terkena pada permukaan ______________ bunyi akan dipantulkan semula.
kasar
berkilat
lembut
keras
Apakah kegunaan sonar?
untuk mengesan objek di dalam air.
untuk menanam pokok.
untuk mengkaji bunyi.
untuk berubat.
Apakah kesan bunyi yang memudaratkan?
Menghiburkan.
Memberikan maklumat.
Berkomunikasi dengan mudah.
Tekanan emosi.
Pencemaran bunyi boleh dikurangkan dengan menggunakan
Pembesar suara
Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan pokok
Pelitup muka
Cara-cara berikut akan menghasilkan bunyi, kecuali
Antara objek berikut, yang manakah akan menghasilkan bunyi dengan kuat apa bila terjatuh daripada tempat yang tinggi?
Rajah menunjukkan Abu dapat mendengar bunyi loceng penjual aiskrim yang berada di jalan raya. Mengapa Abu yang berada di dalam biliknya dapat mendengar bunyi tersebut?
Kerana bunyi dipantulkan
Kerana bunyi dibiaskan
Kerana bunyi boleh menghasilkan gema
Kerana bunyi bergerak ke semua arah
Rajah menunjukkan sejenis alat muzik. Bagaimanakah alat tersebut boleh menghasilkan bunyi?
Mengetuk tali guitar tersebut
Menolak tali guitar tersebut
Menarik tali guitar tersebut
Memetik tali guitar tersebut
Apakah kegunaan alat ini bagi mengurangkan pencemaran bunyi di landasan kapal terbang?
Pelindung telinga agar telinga tidak berair
Pelindung telinga agar telinga tidak rosak
Melindungi telinga dan kepala agar tidak rosak
Menjadikan telinga agar sentiasa sihat
Antara berikut yang manakah bunyi yang memudaratkan?
Antara yang berikut, yang manakah bunyi yang memudaratkan?
