wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Tamadun Islam (8.1-8.3)

Total questions: 40

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah gagal membina semula Empangan Maarib yang runtuh sekitar 300M?

a)

Kekurangan pakar pembinaan

b)

Ketiadaan ilmu pengetahuan

c)

Kelemahan pemerintahan

d)

Kemorosotan ekonomi

2.

Jahiliah berasal daripada perkataan Arab iaitu jahala. Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Jahil

b)

Pokok

c)

Budi bahasa

d)

Permusuhan

3.

Masyarakat Arab Jahiliah menganut kepercayaan Majusi. Apakah objek yang disembah dalam kepercayaan tersebut?

a)

Berhala

b)

Api

c)

Roh

d)

Pokok

4.

Antara berikut manakah sikap terpuji dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliah?


i memuliakan tetamu

ii keamanan sejagat

iii persamaan taraf

iv menepati janji

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

5.

Surah berikut telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW


Al- Mudassir


Apakah kepentingan wahyu tersebut?

a)

Hak wanita

b)

Penyebaran Islam

c)

Kepentingan membaca

d)

Tanggungjawab pemerintah

6.

Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al- siddiq kepada Islam?

a)

memerangi golongan murtad

b)

membuka wilayah di Iraq

c)

membahagikan wilayah

d)

melantik Gabenor

7.

Dimanakah pusat pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniah?

a)

Anatolia

b)

Damsyik

c)

Baghdad

d)

Andalusia

8.

Apakah sumbangan Nabi Muhammad SAW dalam aspek pengurusan tanah?

a)

Mewakafkan semua tanah

b)

Mendaftar hak milik tanah

c)

Membangunkan tanah terbiar

d)

Memperkenalkan tanaman baharu

9.

Nyatakan dua kelompok kabilah masyarakat Jahiliah.

a)

Kaum Mawali

b)

Kaum Hadari

c)

Kaum Badwi

d)

Kaum Mudejar

10.

Ayahanda Nabi Muhammad SAW bernama _______________ , manakala ibunya bernama ________________

a)

Abdullah bin Abdul Muttalib

b)

Abdullah bin Abi Talib

c)

Aminah binti Wahab

d)

Aminah binti Wahid

11.

Selepas dua tahun, datuk baginda meninggal dunia dan baginda di pelihara oleh bapa saudaranya

a)

Abu Jahal

b)

Abu Sufiyan

c)

Abu Talib

d)

Abu Bakar

12.

Penganut agama ini adalah mereka menyembah berhala seperti al- Latta, al - Uzza dan al- Manat. Aapakah agama yang dimaksudkan?

a)

Nasrani

b)

Animisme

c)

Hunafa

d)

Wathani

13.

Penganut agama ini mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS

a)

Hunafa

b)

Yahudi

c)

Judisme

d)

Majusi

14.

Agama ini juga dianuti oleh Bani Israel. Agama ini dikembangkan di utara Semenanjung Tanah Arab melalui penduduk Ghassan dan Hirah

a)

Wathani

b)

Majusi

c)

Nasrani

d)

Hunafa

15.

Agama ini dianuti oleh Bani Israel yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab

a)

Majusi

b)

Nasrani

c)

Yahudi

d)

Hunafa

16.

Apakah unsur yang sangat penting dalam jihad?

a)

Berdedikasi melaksanakan sesuatu

b)

Kesungguhan melaksanakan sesuatu

c)

Bekerjasama melakukan sesuatu

d)

Bertanggungjawab melaksanakan sesuatu

17.

Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada 622M?

a)

Melindungi tradisi msyarakat Arab

b)

Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi

c)

Menamatkan persengketaan dengan negara-negara Eropah

d)

Memantapkan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah

18.

Antara berikut, yang manakah menjadi faktor pepecahan masyarakat Islam semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al Siddiq?

a)

Kemunculan gerakan golongan al Riddah

b)

Kemunculan golongan mawali

c)

Kewujudan orang Islam yang murtad

d)

Kebangkitan tentera Parsi dan Rom

19.

Sejak zaman Jahiliah, telah wujud laluan perdagangan merentasi benua yang menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia. Laluan ini dikenali sebagai

a)

Laluan Mediteranean

b)

Jalan Perdagangan Islam

c)

Laluan Sutera

d)

Jalan raya Rom

20.

Dalam kalangan kaum Hadhari, terdapat segelintir daripada mereka keluar berdagang secara kafilah. Apakah maksud kafilah?

a)

Menjual ternakan secara nomad

b)

Menjalankan perniagaan di baazar

c)

Mengamalkan sistem tukar barang

d)

Merentasi padang pasir membawa barang dagangan

21.

Yang manakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan dalam Tamadun Islam?

a)

Melantik gabenor mengetuai pentadbiran

b)

Menguasai kerajaan Parsi dan Byzantium

c)

Memerangi golongan murtad yang tidak bayar zakat

d)

Membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa Perang Khandak.


Menggunakan strategi bertahan dengan menggali parit


Apakah iktibar daripada peristiwa peperangan tersebut?

a)

Bercita-cita tinggi

b)

Bersemangat meneroka

c)

Berbangga dengan negara

d)

Bersikap kreatif dan inovatif

23.

Terdapat tiga ibu kota penting di Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Antara berikut yang manakah ibu kota tersebut?

a)

Taif

b)

Makkah

c)

Damsyik

d)

Baghdad

24.

Apakah persamaan peranan yang dimainkan oleh tokoh - tokoh berikut?


Abu Bakar al - Siddiq

Umar bin al Khatab

Uthman bin Affan

Ali bin Abu Talib

a)

Khalifah Islam

b)

Penghafal al- Quran

c)

Pengasas kerajaan

d)

Ketua tentera

25.

Perdagangan bertambah maju kerana Madinah terletak antara Yaman dan ____________

a)

Syam

b)

Mekah

c)

Parsi

d)

Habsyah

26.

Manakah antara berikut bukan ciri-ciri masyarakat jahiliah

a)

Mereka bangga dengan kabilah masing-masing

b)

Menilik nasib dan mempercayai sihir

c)

Mengamalkan riba dam urus niaga

d)

Suka bekerjasama

27.

Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama pada 17 Ramadan iaitu bersamaan

a)

6 Ogos 610M

b)

16 Ogos 610 M

c)

8 Ogos 610 M

d)

16 September 650 M

28.

Berapa lamakah tempoh dakwah secara rahsia dilakukan oleh Rasulluah SAW?

a)

3 tahun

b)

4 tahun

c)

5 tahun

d)

6 tahun

29.

Semasa zaman kerajaan Bani Umaiyah Islam telah sampai ke _________________ dan turut tersebar ke ____________

a)

Afrika Utara , Eropah

b)

India, Bukhara

c)

Eropah Timur, Rusia

d)

Samaniyah , Barat India

30.

Berikut merupakan faktor-faktor penyebaran Islam kecuali

a)

kesyumulan Islam

b)

prinsip keterbukaan

c)

hubungan diplomatik

d)

pengurusan tanah

31.

Pernyataan di bawah mewakiki kesan faktor=faktor penyebaran Islam


Kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa di dunia berjaya membentuk ummah yang bersaudara.


Bagaimanakah penyataan di atas dicapai?

a)

Dakwah

b)

Perdagangan

c)

Prinsip kesaksamaan

d)

Prinsip keterbukaan

32.

Nabi Muhammad SAW pernah menjadi pemimpin tentera yang berjaya berdasarkan konsep jihad. Antara pernyataan berikut yang manakah menerangkan maksud konsep jihad?

a)

Mementingkan kestabilan dalam bidang politik

b)

Latihan ketenteraan yang baik dan teratur

c)

Perjuangan menegakkan agama Islam yang suci

d)

Strategi dalam ketenteraan yang sangat tersusun

33.

Apakah kesan semangat assabiyah dalam kalangan masyarakat Arab sebelum Islam?

a)

Keruntuhan akhlak

b)

Kemerosotan perdagangan

c)

Kerap berlaku peperangan

d)

Kemunculan pelbagai kepercayaan

34.

Apakah kepentingan wahyu pertama yang diturunkan pada 610 M?

a)

Penyebaran Islam secara terbuka

b)

Pembukaan kota Makkah

c)

Berakhirnya sistem kabilah

d)

Bermulanya Tamadun Islam

35.

Beliau merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang menjadikan rumahnya sebagai tempat menyebarkan dakwah

a)

Abu Bakar as Siddiq

b)

Al - Arqam bin Abi al - Arqam

c)

Zaid bin Harithah

d)

Ali bin Abi Talib

36.

Berikut adalah siri perang yang pernah dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW

a)

Perang Siffin

b)

Perang Badar

c)

Perang Jamal

d)

Perang Uhud

37.

Kejayaan pembukaan Kota Mekah adalah gabungan pasukan Nabi Muhammad SAW bersama empat pasukan lain yang antaranya diketuai oleh?

a)

Abu Bakar as- Siddiq

b)

Khalid al Walid

c)

Qais bin Saad

d)

Abu Ubaidah bin Jarrah

38.

Dimanakah terletaknya pusat pentadbiran Kerajaan Bani Umaiyah peringkat pertama?

a)

Damsyik

b)

Baghdad

c)

Cordoba

d)

Anatolia

39.

Kerajaan Islam ini telah memerintah selama lima abad iaitu antara 750 M hingga 1258 M. Kerajaan Islam yang dimaksudkan ialah kerajaan___________________

a)

Kerajaan Bani Umaiyah

b)

Kerajaan Madinah al Munawarrah

c)

Kerajaan Bani Abbasiyah

d)

Kerajaan Turki Uthmaniah

40.

Yang manakah antara berikut merupakan sifat terpuji Nabi Muhammad SAW?

a)

Siddiq

b)

Amanah

c)

Tabligh

d)

Fatanah