WorksheetsKUIZ BIO T4 PART I
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Perkataan ‘Biologi’ berasal daripada bahasa ................... iaitu ‘bios’ yang bermaksud kehidupan dan ‘logos’ yang bermaksud kajian.
Greek
Inggeris
Yunani
Arab
Apakah maksud biologi?
kajian terperinci tentang benda hidup dan dan benda bukan hidup.
kajian terperinci tentang benda hidup dan persekitaran semula jadi.
kajian terperinci tentang persekitaran semula jadi dan buatan.
kajian terperinci tentang bumi dan alam semula jadi.
Apakah bidang biologi yang merujuk kepada Kajian mengenai hidupan tumbuhan?
Ekologi
Botani
Zoologi
Fisiologi
Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah untuk mengelakkan mata daripada
terkena bahan kimia berbahaya?
Kasut bertutup
Baju makmal
Gogal
Topeng muka
Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah untuk melindungi badan dan pakaian
daripada percikan bahan kimia yang berbahaya?
Kasut bertutup
Baju makmal
Gogal
Topeng muka
Antara bahan berikut yang manakah boleh dibuang dalam sinki makmal?
Bahan pepejal
Merkuri
Larutan sukrosa
Air suling
Apakah contoh bahan yang diurus pengurusan sisa dengan cara dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan khas bagi sisa tajam. Bekas ini tidak perlu disterilkan
Picagari
Bangkai haiwan
Darah
Kultur kaldu
Antara berikut yang manakah langkah mengurus bahan tumpahan kimia am dalam makmal?
Maklumkan kepada guru
Lap dengan kain dengan segera
Sekat tumpahan bahan kimia daripada merebak menggunakan pasir
Kaut tumpahan bahan kimia dengan menggunakan alat
yang sesuai
Antara berikut yang manakah langkah mengurus bahan tumpahan merkuri dalam makmal?
Maklumkan kepada guru
Jadikan kawasan tumpahan kawasan larangan dan hubungi bomba
Sekat tumpahan bahan kimia daripada merebak menggunakan pasir
Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan
Bagaimanakah langkah pengendalian bahan kimia yang betul?
Tidak melaporkan sebarang kerosakan peralatan atau barangan kaca kepada guru.
Dilarang menyentuh, merasa dan menghidu bahan kimia secara langsung.
Jauhkan bahan kimia mudah terbakar daripada sumber nyalaan api.
Berjaga-jaga apabila mengendalikan barangan kaca panas
Apakah unit asas benda hidup?
Sel
Tisu
Organ
Organisma
Antara struktur berikut yang manakah hanya terdapat dalam sel tumbuhan?
Nukleus
Dinding sel
sitoplasma
Sentriol
Struktur sel ini mempunyai ciri-ciri:
• Dibina daripada protein dan fosfolipid
• Selaput nipis dan kenyal
• Bersifat telap memilih
Apakah struktur sel ini?
Nukleus
Dinding sel
Membran plasma
Kloroplas
Manakah antara komponen berikut tidak terdapat dalam sel epidermis bawang
dinding sel
sitoplasma
kloroplas
vakuol
Lisosom berfungsi...
mencernakan protein
mencernakan sel bersebelahan
menguraikan bakteria dan komponen sel yang rosak
Antara berikut yang manakah organisma unisel?
Kulat
Amoeba
Paramecium
Spirogira
Unisel merupakan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel yang dapat berfungsi sebagai satu hidupan yang lengkap
Betul
Salah
Paramecium sp. peka terhadap semua di bawah, KECUALI
Bahan kimia
Cahaya
Sentuhan
Air tawar
Apakah sel yang mempunyai ciri-ciri berikut?
• Tidak mempunyai nukleus
• Berbentuk dwicekung
• Berfungsi untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan oksigen
Sel otot
Sel darah merah
Sel darah putih
Sel saraf
Apakah komponen sel ini banyak dalam sel sperma, otot dan meristem tumbuhan?
Jasad golgi
Mitokondria
Jalinan endoplasma kasar
Kloroplas
Antara berikut yang manakah tisu asas tumbuhan?
Tisu parenkima
Tisu kolenkima
Tisu vaskular
Tisu sklerenkima
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang membrn separa telap ?
Suatu proses pergerakan organisma hidup yang melibatkan lapisan luar yang dikenali sebagai dinding sel
Suatu sifat membran sel yang hanya membenarkan partikel yang khusus shaja melaluinya dan menghalang partikel-partikel lain
Hanya terdapat pada sel tumbuhan
Hanya terdapat pada sel haiwan
Pilih fungsi membran plasma yang BETUL
bertindak sebagai sempadan antara dalam dan luar sel
mengawal pergerakan bahan-bahan keluar dan masuk ke dalam sel
melindungi sel
Faktor-faktor yang menentukan ketelapan suatu molekul yang merentasi membran plasma adalah :
Kekutuban
Cas
Saiz
Jisim
Ketelapan membawa maksud keupayaan untuk membenarkan sesuatu merentasinya.
Fosfolipid telap kepada ....
Glukosa
Air
Oksigen
Vitamin A
Model Mozek Bendalir Membran Plasma mempunyai Dwilapisan Fosfolipid, Setiap Molekul Fosfolipid terdiri daripada :
Kepala Berkutub (Hidrofobik), Ekor Tidak Berkutub (Hidrofilik)
Kepala Tidak Berkutub (Hidrofilik), Ekor Berkutub ( Hidrofobik)
Kepala Berkutub (Hidrofilik), Ekor Tidak Berkutub (Hidrofobik)
Kepala Berkutub (Hidrofobik), Ekor Berkutub (Hidrofobik)
Terdapat pelbagai Molekul protein yang terbenam di dalam membran, Apakah jenis protein tersebut ?
Protein Liang, Protein Pembawa
Protein Terowong, Protein Pengangkut
Protein Laluan, Protein Jalan
Protein Kecil, Protein Besar
Molekul Kolestrol menjadikan dwilapisan kuat, lebih fleksibel dan kurang telap terhadap bahan larut air seperti ion. Dimanakah kedudukan bagi molekul kolestrol ?
Di antara molekul fosfolipid
Di protein liang
Di protein pembawa
di Glikolipid dan Glikoprotein
Proses manakah yg terlibat dalam pergerakan molekul air dari tanah ke dalam akar rambut tumbuhan?
Resapan berbantu
Resapan ringkas
Pengangkutan aktif
Osmosis
Penyataan berikut adalah ciri-ciri bagi suatu proses:
- Pergerakan molekul atau ion
- Memerlukan tenaga drpd ATP
- Menyebabkan pengumpulan atau penyingkiran molekul atau ion drpd sel
Apakah proses tersebut?
Osmosis
Resapan ringkas
Pengangkutan aktif
Resapan berbantu
Seorang petani mendapati tanamannya layu selepas menggunakan sejenis baja. Apakah yg perlu dia lakukan utk mengatasi masalah itu?
Menukar kepada baja jenis lain
Menambah garam pada tanah
Menambah lebih banyak baja
Menyiram pokok-pokok itu
Seorang suri rumah mendapati bahawa hirisan timun menjadi lembik apabila direndam ke dalam larutan garam. Proses manakah yang menyebabkan hirisan timun itu menjadi lembik?
Air meresap masuk ke hirisan timun secara osmosis
Air meresap keluar daripada hirisan timun secara osmosis
Garam memasuki hirisan timun secara pengangkutan aktif
Garam keluar daripada hirisan timun secara pengangkutan aktif
Apakah yang berlaku kepada eritrosit apabila direndam dalam air suling?
Meletus
Segah
Flasid
Krenasi
Air suling meresap masuk ke dalam jalur ubi kentang & menyebabkan pertambahan jisim. Apakah proses yang terlibat?
Resapan berbantu
Resapan ringkas
Pengangkutan aktif
Osmosis
Antara yang berikut, yang manakah akan berlaku apabila suatu sel direndam dalam larutan isotonik?
Molekul air meresap keluar dari sel
Molekul air meresap dari luar ke dalam sel
Molekul air meresap ke dalam dan ke luar sel pada kadar yang sama
Molekul air meresap ke dalam dan ke luar sel pada kadar yang berbeza
Apakah proses yang berlaku apabila sel darah merah direndam dalam larutan hipertonik?
Krenasi
Hemolisis
Plasmolisis
Deplasmolisis
Karbohidrat mempunyai semua unsur-unsur di bawah kecuali
karbon
nitrogen
hidrogen
oksigen
Terdapat tiga jenis karbohidrat utama iaitu
Dwisakarida
Polisakarida
Disakarida
Monosakarida
Yang manakah antara berikut adalah kepentingan karbohidrat dalam sel?
Karbohidrat dapat membaiki tisu-tisu yang telah rosak.
Selulosa pada dinding sel tumbuhan sebagai sokongan pada tumbuhan.
Sebagai simpanan makanan dalam bentuk glikogen dan kanji.
Glukosa+fruktosa =
galaktosa
sukrosa
laktosa
maltosa
Monosakarida boleh bercantum untuk membentuk molekul panjang yang dikenali sebagai polisakarida menerusi proses
Hidrolisis
Kondensasi
pengoksidaan
Perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu ialah
Lemak tepu tidak mempunyai ikatan ganda dua antara atom-atom karbon asid lemak sedangkan lemak tidak tepu mempunyai ikatan ganda dua
Lemak tepu berbentuk cecair dalam keadaan suhu bilik manakala lemak tak tepu berbentuk pepejal
Contoh lemak tepu ialah mentega manakala lemak tak tepu ialah minyak zaitun
Sumber lemak tepu adalah dari haiwan manakala lemak tak tepu bersumber dari tumbuhan
Berikut adalah kumpulan pirimidina bes bernitrogen kecuali
sitosina
urasil
adenina
timina
Karbohidrat yang manakah dijumpai dalam kuantiti yang besar dalam sel hati?
glukosa
selulosa
glikogen
sukrosa
DNA membawa maklumat genetik sesuatu organisma. Antara berikut yang manakah tidak terdapat dalam DNA?
Gula deoksiribosa
Bes bernitrogen
Kumpulan fosfat
Kumpulan Sulfur
Proses penguraian sebatian kompleks menjadi molekul yang ringkas disertai pembebasan tenaga.
Pernyataan di atas merujuk kepada tindak balas
Anabolisme
Katabolisme
Ciri- ciri enzim ialah..
Sejenis protein
Merupakan mangkin biologi yang mempercepatkan kadar tindak balas
Bahan yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja
Berupaya menjalankan sesuatu tindak balas secara berbalik
Berikut merupakan teori yang dinyatakan dalam hipotesis 'mangga dan kunci'
Molekul enzim mempunyai tapak aktif yang Hanya sepadan dengan substrat yang spesifik
Kunci mewakili ENZIM manakala mangga mewakili SUBSTRAT
Kompleks enzim-substrat terbentuk sebaik sahaja enzim dan substrat bergabung pada tapak aktif
Pada akhir tindak balas, molekul produk terhasil tetapi enzim tidak mengalami perubahan
Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim
Suhu
Keamatan cahaya
pH
Kepekatan substrat
Kepekatan enzim
Pilih takat suhu yang boleh menyebabkan enzim mula ternyahasli.
0 ° C
10 ° C
37 ° C
60 ° C
Kepingan betik muda digunakan untuk melembutkan daging. Langkah manakah yang mempercepatkan proses tersebut?
menyimpannya pada suhu 40C
menambah sedikit garam
menambah sedikit larutan gula
menyimpannya di dalam peti sejuk
enzim yang sesuai untuk menguraikan lemak adalah
protease
pepsin
lipase
amilase
Daging yang dibekukan di dalam peti sejuk tidak membusuk. Kejadian ini dapat dijelaskan sebagai ….
daging tersebut tidak mengalami metabolisme
di dalam peti sejuk tidak berlangsung respirasi aerobic
pada suhu rendah enzim mikroorganisme pembusuk tidak bekerja
di dalam peti sejuk tidak ada cahaya
Laktase akan menghidrolisis __________ kepada bahan yang lebih kecil.
Glukosa
Laktosa
Maltosa
Fruktosa
Substrat akan melekat pada enzim pada satu tempat dikenali sebagai _________ .
tapak aktif
tapak lembut
Fungsi ATP (Adenosin Trifosfat) dalam kehidupan
Membekalkan tenaga kepada sel
Memberi struktur kepada nukleus
Menyimpan maklumat genetik
Menggunakan lemak sebagai tenaga.
"Tindakbalas kimia dalam organisma hidup."
Berikut adalah maksud bagi …..
Metabolisme
Enzim
Anabolisme
Enzim-enzim pencernaan membantu dalam proses penghadaman makanan dan perlu dirembeskan keluar dari sel yang menghasilkannya supaya dapat bertindak balas di kawasan ia berfungsi. Enzim ini adalah contoh bagi..
Enzim intrasel
Enzim ekstrasel
Seorang usahawan yang menghasilkan barangan kulit haiwan ingin mengasingkan bulu daripada kulit haiwan. Apakah nasihat yang boleh anda berikan untuk memudahkan kerjayanya?
A. Guna pisau pencukur untuk menyingkirkan kulit haiwan.
B. Bakar bulu daripada kulit haiwan
C.Tambahkan syelek supaya permukaan bulu licin
D.Gunakan protease untuk mengeluarkan bulu kulit.
Rajah menunjukkan sehelai seluar yang mempunyai kesan darah?
Antara enzim berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menanggalkan kotoran tersebut?
A. Lipase
B. Amilase
C.Selulase
D. Protease
