wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENANDA WACANA (TAHUN 4-6)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mula-mula sekali kisar cili kering,serai,bawang,halia dan belacan. ___________,goreng ikan bilis sehingga garing.

a)

Kemudian

b)

Oleh itu,

c)

Sebaliknya

2.

Komputer berfungsi umpama otak. _______, alat ini tidak dapt berfikir seperti manusia.

a)

Justeru

b)

Lantaran itu

c)

Walau bagaimanapun

3.

Nampaknya selesai sudah perkara yang ingin saya sampaikan. __________,marilah kita sama-sama menjaga kebersihan sekolah kita.

a)

Dalam pada itu

b)

Akhir kata

c)

Mula-mula

4.

Susu getah yang telah dikumpulkan akan dibawa ke tempat pengumpulan . ___________, susu getah akan dicampurkan bahan kimia untuk membekukannya.

a)

Lebih-lebih lagi

b)

Mungkin

c)

Selepas itu

5.

Eshrveer tidak suka menonton televisyen seram. __________,pada waktu malam.

a)

Mungkin

b)

Walaupun demikian

c)

Lebih-lebih lagi

6.

Encik Amir seorang yang amanah dan jujur. ______,beliau dipilih sebagai bendahari persatuan itu.

a)

Oleh sebab itu

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Di samping itu

7.

Adik menangis lagi. __________ dia diusik oleh budak-budak nakal.

a)

Kemudian

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Mungkin

8.

Paul tidak menghadiri latihan bola sepak pada petang itu __________ telah dimaklumkan oleh ketua

pasukan.

a)

sungguhpun

b)

selain itu

c)

berikutan ini

9.

Abang Irfan membuka sebuah restoran. ________, dia juga berniaga pakaian.

a)

Justeru

b)

Lagipun

c)

Jadi

10.

Azrul telah diserang demam campak. _________, dia tidak hadie ke sekolah.

a)

Semenjak itu

b)

Oleh sebab itu

c)

Akhirnya

11.

Zamri suka menonton televisyen. __________ rancangan kartun.

a)

Lebih-lebih lagi

b)

Mungkin

c)

Kemudian

12.

Setelah tiga hari berturut-turut mendaki gunung itu, ______mereka sampai juga di puncak.

a)

namun

b)

oleh itu

c)

akhirnya

13.

Kita tidak digalakkan keluar dari rumah . ___________ kini wabak Covid-19 melanda negara kita.

a)

Justeru

b)

Kesimpulannya

c)

Lebih-lebih lagi

14.

Kami dibawa berjumpa dengan pengurus kilang itu. __________, beliau menunjukkan proses membuat tayar kepada kami .

a)

Selepas itu

b)

Namun

c)

Walaupun

15.

Lokman aktif dalam permainan bola sepak. ________, dia telah dipilih sebagai ketua pasukan bola sepak sekolahnya .

a)

Justeru

b)

Malangnya

c)

Bairpun demikian

16.

Alex Yong telah terpilih menjadi pemandu kereta Formula 1. Dia tidak memandu untuk pasukan Saubar Petronas. __________________ , memandu untuk pasukan Minandi.

a)

Walaupun

b)

Sebaliknya

c)

Walhal

17.

Arya tidak tahu mengapa Ratna tidak bekerja hari ini. ____________, dia terpaksa pulang ke kampung melawat ibunya yang sakit tenat.

a)

Malah

b)

Di samping itu

c)

Mungkin

18.

Jackie hanya mendapat 1A dalam peperiksaan percubaan SPm. _______,semangatnya masih kukuh untuk berusaha.

a)

Selain itu

b)

Lantaran itu

c)

Biarpun demikian

19.

Tiada teksi lalu-lalang di jalan itu lebih kurang sejam. ________Kavitha mengambil keputusan untuk jalan kaki ke rumah.

a)

Jika

b)

Lantaran itu

c)

Walhal

20.

__________keadaan rumah kamu, saya percaya suatu hari akan menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

a)

Namun demikian

b)

Jika begini

c)

Kesimpulannya