WorksheetsKuiz Sejarah T2 Bab 9
Total questions: 45
Worksheet time: 2hrs 30mins
Siapakah yang mengetuai seruan "Daulat Tuanku" semasa istiadat pertabalan?
Sultan
Putera raja
Menteri Besar
Kerabat diraja
Berapakah umur rakyat yang layak menjadi ahli Dewan Undangan Negeri?
17 tahun atau lebih
18 tahun atau lebih
21 tahun atau lebih
25 tahun atau lebih
Negeri manakah yang terkenal dengan warisan pembuatan wau?
Perak
Kedah
Kelantan
Terengganu
Siapakah yang menjadi ketua rujukan aspek yang berkaitan dengan adat dan hukum?
Buapak
Undang
Lembaga
Ibu Soko
Apakah peranan Penghulu dalam sistem pentadbiran negeri Kedah, Kelantan dan Perlis?
Ketua agama Islam
Penguasa peringkat mukim
Wakil pentadbir bagi jajahan
Lambang perpaduan penduduk
Semasa menyambut hari keputeraan Sultan, terdapat majlis penganugerahan Pingat Darjah Kebesaran. Mengapakah majlis tersebut diadakan?
Memeriahkan suasana sambutan
Pengiktirafan kepada mereka yang berjasa
Mengeratkan hubungan pemerintah dengan rakyat
Melambangkan kekuasaan Sultan yang memerintah
Apakah persamaan bagi kesemua sistem perundangan negeri Kedah, Kelantan dan Perlis?
Kewajipan membayar zakat
Cara-cara pentadbiran yang baik
Hukuman ke atas kesalahan maksiat
Larangan kepada pemerintah menyerahkan negeri kepada kuasa asing
Apakah syarat pengganti Sultan dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah Darulaman?
Lelaki dan perempuan
Lelaki dan berketurunan raja
Perempuan dan warganegara
Warganegara dan berketurunan raja
Apakah kepentingan karya-karya persuratan seperti Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Detik2 Sejarah Kelantan?
Menjadi rujukan penting
Mengukuhkan konsep daulat
Melambangkan keagungan kerajaan
Mengabsahkan salasilah keturunan pemerintah
Mengapakah hasil seni tersebut wajar dipertahankan?
Menguntungkan masyarakat
Kemegahan masyarakat setempat
Melambangkan identiti masyarakat
Kekayaan seni kraf tangan masyarakat
Mengapakah Adat Perpatih menggalakkan perkahwinan diluar suku?
Menambahkan rezeki keluarga
Mengelakkan keluarga mendapat musibah
Mewujudkan hubungan persaudaraan antara suku
Mengukuhkan kedudukan suku dalam masyarakat
Apakah tanggungjawab Orang Semenda?
Menjadi ketua suku
Menguruskan harta isteri
Mewarisi harta pusaka isteri
Mengerjakan tanah pusaka isteri
Apakah asas penting dalam perlantikan pemimpin dalam sistem Adat Perpatih?
Taat setia
Amalan muafakat
Prinsip autokratik
Pelantikan pemerintah
Apakah tanggungjawab Anak Buah dalam masyarakat Adat Perpatih?
Memilih ketua luak
Menjadi ketua rujukan dalam hukum adat
Menyelesaikan pertelingkahan dalam suku
Menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan sendiri
Siapakah Raja Perlis yang memerintah dari tahun 1897 hingga tahun 1904?
DYMM Tuanku Syed Hamzah Jamalullail
DYMM Tuanku Syed Ahmad Jamalullail
DYMM Tuanku Syed Hussin Jamalullail
DYMM Tuanku Syed Safi Jamalullail
Manakah antara maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan beraja?
Gelaran pemerintah dan kuasa pemerintah
Gelaran pemerintah dan cara pelantikan
Kuasa pemerintah dan dan wilayah kuasa
Wilayah kuasa dan cara pelantikan
Apakah gelaran yang digunakan oleh pemerintah kerajaan Kelantan?
Raja
Sultan
Maharaja
Maharani
Apakah jangka masa yang ditetapkan untuk mengadakan majlis pemasyhuran pemerintah baru?
Selepas pengebumian jenazah
Selepas berlaku kemangkatan
Sebelum pengebumian jenazah
Sebelum pemerintah mangkat
Manakah antara berikut merupakan adat istiadat rasmi dalam institusi kesultanan Melayu?
Majlis Makan Beradab dan Majlis Mandi Bunga
Majlis Makan Beradab dan Majlis Pertabalan
Majlis Mandi Bunga dan Majlis Pemasyhuran
Majlis Pemasyhuran dan Majlis Pertabalan
Pernyataan di bawah berkaitan undang-undang negeri Melayu.
Warganegara berumur 21 tahun layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Aspek apakah yang mewakili maklumat tersebut?
Peranan sultan
Tanggungjawab sultan
Badan Penasihat Sultan
Hak rakyat dalam pentadbiran
Berikut adalah beberapa perkara yang disenaraikan dalam pemantapan undang-undang Islam negeri Kedah dan Kelantan, kecuali...
Pengenalan enakmen zakat
Larangan orang bukan Islam minum arak
Pekeliling berkaitan undang-undang jenayah
Larangan laga lembu dan persembahan menora
Manakah antara berikut karya yang menceritakan sejarah pengasasan kerajaan Kelantan?
Syair Sultan Maulana
Hikayat Merong Mahawangsa
Hikayat Seri Kelantan
Detik2 Sejarah Kelantan
Kesenian yang menggunakan motif alam sebagai bahan penghasilan karya ialah...
Seni persembahan
Seni pertukangan
Seni silat
Seni ukir
Apakah maksud orang semenda dalam Adat Perpatih Negeri Sembilan?
Orang lelaki yang baharu menganuti Islam
Orang lelaki yang mempunyai pertalian darah
Orang lelaki yang keluar merantau dan berkahwin
Orang lelaki yang berkahwin akan tinggal di rumah isteri dan menjadi anggota suku isteri
Apakah kelebihan yang diperolehi wanita dalam Adat Perpatih?
Perkahwinan
Perwarisan harta
Pelaksanaan hukuman
Jurai keturunan
Merupakan unit kedua dalam sosiopolitik Adat Perpatih.
Siapakah yang dimaksudkan berdasarkan pernyataan berikut?
Suku
Luak
Perut
Lembaga
Siapakah yang menjadi tempat rujukan berkaitan adat dan hukum dalam Adat Perpatih?
Ibu Soko
Buapak
Lembaga
Undang
Siapakah yang berperanan menjadi perantara antara rakyat dan pemerintah dalam sistem pemerintahan beraja?
Sultan
Pembesar
Penghulu
Laksamana
Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan di negeri Kedah, Kelantan dan Perlis. Pada pendapat anda, apakah kelebihan menghormati pemerintah?
Menyanjung pemimpin negara
Meningkatkan kekayaan individu
Memperluaskan jajahan takluk negara
Mengekalkan keharmonian masyarakat
Yamtuan Besar/Yang di-Pertuan Besar digunakan di negeri...
Kelantan
Perlis
Negeri Sembilan
Kedah
Gelaran raja digunakan di negeri...
Kelantan
Perlis
Negeri Sembilan
Kedah
Mukim terdiri daripada beberapa buah kampung dan diketuai oleh Penghulu yang menjadi perantara rakyat dengan pemerintah. Kampung pula akan ditadbir oleh Ketua Kampung.
Betul
Salah
Persembahan wayang kulit dan hasil kraf tangan seperti wau dan batik amat terkenal di negeri Kedah selain persembahan Mek Mulung.
Betul
Salah
Upacara Kedim adalah upacara menerima orang dari suku sendiri dan mereka perlu bersumpah setia terhadap ahli suku agar suku mereka kuat dan teguh dari segi persaudaraan.
Betul
Salah
Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Negeri Sembilan memberikan penekanan kepada ______________.
Adat Temenggung
Adat Perpatih
Adat Perpatih diasaskan oleh ____________________.
Dato' Perpatih Nan Sebatang
Datuk Ketemenggungan
Segala keputusan dalam Adat Perpatih dilakukan secara _______________________.
Bersama
Berasingan
Hukuman yang dijatuhkan dalam Adat Perpatih bersifat _____________________.
Pengajaran
Pemulihan
Adat Perpatih mengutamakan jurai keturunan sebelah ________________________________.
Bapa
Ibu
Mek Mulung teater tradisional Kedah yang merupakan warisan ___________________.
Seni Ukir
Seni Bina
Seni Persembahan
Seni Silat
Warisan yang berasaskan emas dan perak ialah__________________.
Seni Pertukangan dan Barang Perhiasan
Seni Silat
Seni Kraf Tangan
Seni Persembahan
Anyaman tikar dan bakul rotan merupakan warisan ______________________________.
Seni Silat
Seni Persembahan
Seni Kraf Tangan
Seni Bina
Siapakah yang dilantik oleh anak buah dalam Perut?
Undang
Lembaga
Buapak
Ibu Soko
Siapakah yang menjadi ketua Luak?
Undang
Lembaga
Ibu Soko
Buapak
Berikut merupakan peranan sultan kecuali...
Sebagai ketua negeri
Ketua agama Islam
Penguasa peringkat mukim
Memilih Menteri Besar
