wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KEPENGGUNAAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama penuh bagi KPDNHEP?

a)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

b)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

c)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Peniaga

d)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Perniagaan

2.

Saudara Abu telah membeli jam tangan di Lazada dengan harga yang mahal dan telah tertipu oleh pihak penjual. Apakah tindakan yang patut dilakukan?

a)

Mengambil gambar selfie

b)

Membuat aduan di KPDNHEP

c)

Mengabaikannya

d)

Menderma jam tersebut dan menular/viral identiti penjual di laman sosial

3.

Saudari Ella telah tertipu dan membayar dengan harga yang tinggi untuk dandanan rambutnya. Apakah hak yang harus dipertegakkan?

a)

Hak Kanak-kanak

b)

Hak Lelaki

c)

Hak Wanita

d)

Hak Pengguna

4.

Apakah kepentingan tanda harga kepada pengguna?

a)

Memastikan pengguna tertipu

b)

Memastikan pengguna gembira

c)

Memastikan pengguna tidak tertipu

d)

Memastikan pengguna sedih tetapi redha

5.

Jika harga yang diimbas berbeza dengan harga yang dipamerkan, apakah yang perlu dilakukan?

a)

Harga baru hendaklah diberikan kepada pengguna

b)

Harga yang dipamerkan hendaklah diberikan kepada pengguna

c)

Harga yang diimbas hendaklah diberikan kepada pengguna

d)

Harga terendah hendaklah diberikan kepada pengguna

6.

Apakah maksud Pengguna?

a)

Individu yang membeli barang & perkhidmatan untuk kegunaan diri sendiri

b)

Individu yang membeli barang & perkhidmatan untuk kegunaan jiran tetangga

c)

Individu yang membeli barang & perkhidmatan untuk kegunaan keluarga

d)

Individu yang membeli barang dan perkhidmatan untuk kegunaan diri, rumahtangga dan isi rumah

7.

Bagaimana menjadi Pengguna yang bijak?

i. Membeli barangan berkualiti

ii. Membuat perbandingan harga

iii. Membeli tanpa mendapatkan maklumat

iv. Memilih perkhidmatan terbaik

v. Membuat pilihan yang tepat

a)

i,ii,iv dan v sahaja

b)

i, ii dan iii sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

Semua di atas

8.

Nikmati percutian mengikut kemampuan dengan :

(i) Buat bajet untuk percutian

(ii) Teliti perbelanjaan yang dibuat

(iii) Amalkan perbelanjaan berhemat ketika bercuti

a)

Salah

b)

Betul

9.

Bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup, pengguna perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup ke arah kesederhanaan.

a)

Salah

b)

Betul

10.

Faktor penyumbang kepada masalah hutang adalah disebabkan wujudnya perancangan kewangan serta tahu menguruskan perbelanjaan harian dengan baik.

a)

Salah

b)

Betul

11.

Akhir tahun adalah waktu yang sesuai untuk merancang perbelanjaan. Bajet Individu / Keluarga sebaik-baiknya juga berdasarkan tahun kalender, iaitu bermula pada 01 Januari dan berakhir 31 Disember setiap tahun.

a)

Salah

b)

Betul

12.

Jika anda menghadapi masalah dalam membuat pembayaran ansuran pinjaman, hubungi institusi kewangan dengan kadar segera untuk berbincang kaedah pembayaran balik yang sesuai dengan kemampuan semasa.

a)

Salah

b)

Betul

13.

Rancang perbelanjaan dengan :

(i) menetapkan jumlah perbelanjaan mengikut kategori

(ii) merekod perbelanjaan keluarga / individu

a)

Salah

b)

Betul

14.

Bagaimana menjadi Pengguna yang bijak?

a)

Membeli barangan yang tiruan

b)

Membuat pilihan yang salah

c)

Membuat perbandingan harga

d)

Membeli mengikut nafsu

15.

Apabila membeli suatu barangan di kedai berhampiran, barangan tersebut wajib mempunyai tarikh luput, isi kandungan, logo kelulusan, tanda harga dan tanda amaran. Apakah fungsi maklumat tersebut?

a)

Supaya pembeli lebih tertarik dengan pembungkusan yang berwarna-warni

b)

Membolehkan pengguna mendapat maklumat yg benar sebelum membeli sesuatu barangan

c)

Sebagai hiasan tambahan kepada barangan

d)

Supaya pembeli percaya