WorksheetsKUIZ PENGGUNA MALAYSIA KATEGORI A
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
1. Berikut peranan pengguna kecuali?
Bersatu padu
Kesedaran mengkritik
Bijaksana menerima perubahan
Melakukan pengelewengan
2. Apakah nama baru bagi KPDNKK?
KPDNHPE
KPDNHEP
KPDNHPH
KPDNKDK
3. Bilakah Kementerian ini ditubuhkan ?
27 Oktober 1990
14 Mac 1994
9 Ogos 1997
5 January 1992
4. Siapakah menteri KPDNHEP sekarang?
Chan Cheng Meng
Hamzah Zainuddin
Alexander Nanta Linggi
Saifuddin Nasution Bin Ismail
5. Pilih 3, akta yang dikuatkuasakan oleh bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.
Akta kawalan harga 1946
Akta Ketenteraan 1967
Akta Ekonomi 1945
Akta Kawalan Bekalan 1961
Akta Hak Cipta 1987
6. Berapakah hak-hak pengguna?
6
7
8
9
7. Berikut merupakan hak pengguna, kecuali
Hak Pembayaran
Hak Keperluan Asas
Hak Pampasan
Hak Membuat Pilihan
8. Pengguna bebas memiliki dan mendapatkan makanan, kediaman, pakaian, kesihatan dan pendidikan. Apakah Hak Pengguna tersebut?
Hak Untuk Membuat Pilihan
Hak Untuk Mendapatkan Keperluan Asas
Hak Untuk Mendapat Maklumat
Hak Untuk Mendapatkan Pendidikan Pengguna
9. Apakah slogan Tuntutan Tribunal Pengguna (TTP)?
Mesra Mudah & Cekap
Murah Cepat & Kualiti
Mudah Murah & Cepat
Mantap Cekap & Pantas
10. Bagaimana menjadi Pengguna yang bijak?
i. Membeli barangan berkualiti
ii. Membuat perbandingan harga
iii. Membeli tanpa mendapatkan maklumat
iv. Memilih perkhidmatan terbaik
v. Membuat pilihan yang tepat
i, ii dan iii sahaja
iii dan iv sahaja
i,ii,iv dan v sahaja
Semua di atas
11. Faktor-faktor perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah adalah:
-Nilai kemampuan anda.
-Bayaran pendahuluan.
-Kos-kos berkaitan.
Apakah faktor-faktor yang disebutkan di atas?
Faktor Keadaan Semasa
Faktor Peribadi
Faktor Bukan Kewangan
Faktor Kewangan
12. Kebaikan Kad ___________ :
- Tiada masalah hutang.
- Perbelanjaan senang dikawal.
- Sangat mudah untuk dimiliki.
- Hanya perlu ada akaun simpanan / semasa.
- Tiada semakan kredit.
Kad Siswa
Kad Debit
Kad Kredit
Kad Mesra
13. Jika harga yang diimbas berbeza dengan harga yang dipamerkan, apakah yang perlu dilakukan?
Harga terendah hendaklah diberikan kepada pengguna.
Harga yang diimbas hendaklah diberikan kepada pengguna.
Harga yang dipamerkan hendaklah diberikan kepada pengguna.
Harga baru hendaklah diberikan kepada pengguna.
14. Berapakah jumlah amaun yang boleh dituntut di TTPM?
Tidak Melebihi RM50,000.00
Melebihi RM25,000.00
Tidak Melebihi RM25,000.00
Melebihi RM50,000.00
15. Antara yang berikut yang manakah TIDAK BENAR tentang Hak Mendapat Keselamatan?
Pengguna dilindungi daripada perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan
Pengguna dilindungi daripada barangan yang boleh menjejaskan kesihatan
Pengguna dilindungi daripada terkesan dengan keadaan ekonomi Negara
Pengguna dilindungi daripada iklan dan label yang tidak jujur
16. Apakah fungsi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia? Pilih yang paling tepat.
Untuk menjatuhkan hukuman yang setimpalnya ke atas kesalahan peniaga
Untuk mengadili pengguna atas aduan yang dibuat
Untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna.
Untuk mendengar masalah masalah pengguna yang telah ditindas oleh peniaga.
17. Apakah maksud pengguna ?
Individu yang membeli barang & perkhidmatan untuk kegunaan diri sendiri
Individu yang membeli barang dan perkhidmatan untuk kegunaan diri, rumahtangga dan isi rumah
Individu yang membeli barang & perkhidmatan untuk kegunaan jiran tetangga
Individu yang membeli barang & perkhidmatan untuk kegunaan keluarga
18. Simpanan ialah
Wang yang dipunyai oleh orang lain
Apabila seseorang memberi wang yang untuk dipinjamkan
Wang yang disimpan di institusi kewangan seperti bank
19. Tanggungjawab sebagai Pengeluar
Menjamin keadilan
Tidak eksploitasi
Menjamin kualiti
Barangan yang mahal
20. Apabila membeli suatu barangan di kedai berhampiran, barangan tersebut wajib mempunyai tarikh luput, isi kandungan, logo kelulusan, tanda harga dan tanda amaran. Apakah fungsi maklumat tersebut?
Supaya pembeli lebih tertarik dengan pembungkusan yang berwarna-warni
Membolehkan pengguna mendapat maklumat yg benar sebelum membeli sesuatu barangan
Sebagai hiasan tambahan kepada barangan
Supaya pembeli percaya
21. Mengapakah peniaga seringkali mengadakan promosi?
Untuk menjadi terkenal
Untuk menambah stok barangan
Untuk mengaut keuntungan
Untuk menarik perhatian pengguna
22. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia(TTPM) merupakan badan bebas yang diwujudkan di bawah akta?
Akta Pelindungan Pengguna 1999
Akta Pelindungan Pengguna 1978
Akta Pelindungan Pengguna 2001
Akta Pelindungan Pengguna 1989
23. Apakah manfaaat merancang keperluan sebelum membeli?
Memudahkan membuat keputusan
Melancarkan pembelajaan
Menjimatkan masa
Memantau perbelanjaan
24. Apakah ciri-ciri pengguna yang bijak ?
Mengguna barang secara berhati-hati
Tahu dan menyedari haknya sebagai pengguna
Memilih barangan atau khidmat yang lebih murah
Membeli barangan yang cantik
25. Apakah seruan dari kementerian kesihatan kepada pengeluar-pengeluar makanan?
Mengurangkan kandungan pewarna
Mengurangkan kandungan gula
Mengurangkan kandungan garam
Mengurangkan kandungan perasa
26. Apakah perkara yang perlu dibuat sebelum membeli?
Menyediakan wang tunai
Membuat senarai barang-barangan
Membeli mengikut kehendak
Membeli barang tanpa pantauan
27. Pengguna rasional akan membeli sesuatu barang berdasarkan ciri ciri berikut kecuali
harga yang berpatutan
kualiti barang
promosi peniaga
keperluannya
28. Berikut adalah ciri ciri perniaga beretika kecuali
tiada unsur judi dan riba
menjual barangan yang halal
jujur
mengurangkan jumlah sukutan barangan jualan
29. Sebagai seorang pengguna bijak, hak pengguna yang berikut perlu digunakan sebelum membuat pembelian barangan atau perkhidmatan kecuali?
Hak Menuntut Ganti Rugi
Hak Untuk Membuat Pilihan
Hak Untuk Mendapatkan Maklumat
30. Berikut manfaat berbelanja mengikut bajet kecuali
Menjimatkan wang perbelanjaan
Membantu negara mengurangkan masalah inflasi
Semua kehendak hati dapat dipuaskan
Mengurangkan beban hutang
31. Akta Timbang dan Sukat 1972 menyatakan bahawa setiap alat timbangan mahupun sukatan yang baru perlu ditentusah dahulu sebelum boleh digunakan. Pesalah boleh didakwa, didenda da alat timbang sukat ini boleh disita ataupun dirampas oleh pihak kerajaan. Alat-alat ini perlu ditentusah semula setiap _______ bulan.
24
36
12
48
32. Apakah peribahasa yang sesuai untuk konsep menabung?
Bagai aur dengan tebing
Sidik-sikit lama-lama jadi bukti
Bagai mencurah air ke daun keladi
33. Antara kebaikan manabung ialah...
Dapat membantu dalam keadaan kecemasan
Berhati-hati dalam membuat perbelanjaan
Berbelanja sesuka hati
34. Berikan 2 strategi pengguna yang rasional
Membeli mengikut nafsu
Sentiasa catatkan perbelanjaan
Mengambil barangan sesuka hati
Membaca label makanan sebelum beli
35. Adakah pengguna mempunyai hak untuk memilih ?
YA
TIDAK
MUNGKIN
36. Antara berikut yang mana bukan ciri-ciri pengguna bijak
Membeli barang yang perlu sahaja
Membuat perbandingan harga
Membeli barangan berkualiti
Membeli barangan berjenama
37. Apakah nombor hotline KPDNHEP?
1800-800-600
1800-800-800
1800-886-800
1800-888-666
38. Apakah barang kawalan yang dikawal oleh KPDNHEP?
Gula, Garam, Minyak Masak, Beras
Gula, Tepung Gandum, Minyak Masak, Gas LPG
Gula, Minyak Masak, Tepung Gandum, Beras
Ikan, Gula, Beras, Tepung
39. Apakah maksud konsumerisme?
Kegiatan manusia dan makhluk mendapat bahan asasi
Kegiatan masyarakat menjaga alam sekitar
Kegiatan dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan kepentingan pengguna
Kegiatan pengguna menjaga keserasian barang
40. Adakah pengguna berhak mendapatkan perlindungan barangan apabila menggunakan barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan ?
YA
TIDAK
MUNGKIN
