NEW
Font size
WorksheetsPENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara berikut, yang manakah merupakan etnik tempatan di Sabah?
I Murut
II Kelabit
III Bidayuh
IV Bajau
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah golongan masyarakat yang ditadbir oleh penjawat jawatan berikut di Sarawak?
Tua Kapung
A. Melanau
B. Bidayuh
C. Kenyah
D. Kayan
Apakah peranan golongan matto’a terhadap masyarakat tempatan di Sabah?
A. Melindungi Adat
B. Menguasai Daerah
C. Memimpin kaum Bajau
D. Mengetuai pentadbiran Kadazandusun
Bagaimanakah tindakan yang diambil oleh pentadbiran Brooke terhadap penentangan yang telah dilakukan oleh tokoh berikut?
Sharif Masahor
A. Dibuang ke Betawi
B. Dibuang ke Melaka
C. Dibuang ke Singapura
D. Dibuang ke Pulau Pinang
Apakah kawasan yang terawal sekali dikuasai oleh Dinasti Brooke di Sarawak?
A. Batang lupur
B. Bintulu
C. Kuching
D. Saribas
Apakah negara pengimport utama hasil keluaran masyarakat Sabah berikut
Sarang Burung
A. Siam
B. Ryukyu
C. Cina
D. Arab
Sistem pemerintahan tempatan yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak adalah sistem kesukuan.
Apakah asas pegangan sistem kesukuan tersebut ?
A. Ketaatan kepada ketua
B. Persamaan suku kaum
C. Penekanan terhadap adat
D. Kepatuhan kepada budaya
Sistem Kedatuan merupakan sistem pemerintahan tradisi masyarakat Melayu di Sarawak.
Apakah pusat pemerintahan sistem tersebut ?
A. Kawasan pantai timur
B. Bandar-bandar utama
C. Pinggir lembah sungai
D. Sekitar sungai Sarawak
Apakah tujuan penghantaran kapal HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan tentera laut British ke Sarawak ?
A. Memerangi ancaman lanun
B. Menghapuskan perang saudara
C. Menentang kebangkitan pembesar
D. Memperkukuh pertahanan Sarawak
Pada tahun 1878, Alfred dan Edward Dent telah membuat pajakan terhadap pantai timur Sabah ?
Siapakah yang membuat pajakan kawasan tersebut ?
A. Sultan Sulu
B. Sultan Brunei
C. Sharif Masahor
D. Datu Patinggi Ali
Sebelum kedatangan kuasa-kuasa luar, masyarakat tempatan di Sabah dan Sarawak telah mempunyai sistem pemerintahan yang berkesan iaitu sistem________________
A. ketua
B. kedatuan
C. kesukuan
D. kepatuhan
Antara sebab kuasa-kuasa luar menjajah dan campur tangan dalam negara kita termasuklah
I kawasan tanah tinggi yang banyak
II kepelbagaian penduduk
III kedudukan geografi
IV hasil bumi yang berharga
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Berdasarkan gambar berikut. Susun tokoh dalam Dinasti Brooke mengikut turutan yang betul.
A. II, II, I
B. I, II, III
C. II, III, I
D. III, I, II
Maklumat berikut berkaitan dengan pemimpin utama sistem kesukuan Sarawak.
Tuai Rumah | Tua Kapung | Peran Lepo
Apakah syarat untuk memilih pemimpin utama tersebut?
I Keturunan
II Kemahiran
III Kekuatan fizikal
IV Kebolehan peribadi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Peta berikut menunjukkan pembahagian wilayah di Sarawak semasa pemerintahan Dinasti Brooke.
A. Hak keselamatan
B. Hak percukaian
C. Sistem kesukuan
D. Sistem pengawalan
Pernyataan berikut berkaitan sistem pemerintahan tempatan di sebuah negeri.
- Penekanan terhadap kepatuhan kepada adat
- Pemilihan pemimpin bukan sekadar faktor keturunan tetapi lebih kepada kebolehan peribadi
Pernyataan tersebut adalah berkaitan dengan sistem pemerintahan di
A. Brunei
B. Melaka
C. Sabah
D. Sarawak
Antara bukti sistem perundangan barat di Sabah wujud ialah mewujudkan Mahkamah
A. Adat
B. Majistret
C. Residen
D. Syariah
Pada pendapat anda, mengapakah pihak SBUB menyerapkan institusi peribumi ke dalam sistem pentadbirannya ?
A. Menyanjung pemimpin tempatan
B. Meningkatkan kekayaan SBUB
C. Memperluaskan jajahan takluk Sabah
D. Menjaga kepentingan SBUB sebagai penjajah
Dua matlamat utama SBUB ialah
I Pembangunan ekonomi
II Melindungi hak rakyat
III Kestabilan politik
IV Penyebaran agama
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jadual berikut berkaitan dengan pembahagian residensi oleh SBUB di Sabah pada peringkat awal.
Apakah pusat pentadbiran X ?
A. Kudat
B. Tawau
C. Jesselton
D. Lahad Datu
