wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Islam

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud 'Kufur"?

a)

Penolakan seseorang untuk melaksanakan perintah Allah

b)

Menolak semua sistem, hukum, peraturan, perintah yang bertentangan dengan Allah

c)

Kepatuhan kepada Allah SEMATA-MATA

d)

Memilih untuk hidup mengikut cara selain daripada cara Allah

2.

Apakah maksud Islam?

a)

Penolakan seseorang untuk melaksanakan perintah Allah

b)

Kepatuhan kepada Allah SEMATA-MATA

c)

Menolak semua sistem, hukum, peraturan, perintah yang bertentangan dengan Allah

d)

Memilih untuk hidup mengikut cara selain daripada cara Allah

3.

Bagaimanakah cara kepatuhan & kepasrahan kepada Allah dalam Islam?

a)

Melaksanakan segala perintah Allah setiap saat, siang & malam

b)

Menghindari segala apa yang dilarang oleh Allah

c)

menjalani kehidupan mengikut panduan Al Quran & sunnah RasulNya sahaja

d)

mematuhi petunjuk Allah dalam hanya sebahagian masalah, dan sebahagian lagi, masalah-masalah lain diselesaikan mengikut kemahuan sendiri atau peraturan buatan manusia

4.

Apakah tanda-tanda kemunafikan?

a)

Menurut kemahuan sendiri (mengikut nafsu)

b)

Pemujaan kepada adat istiadat

c)

Hidup mengikut ajaran Rasulullah SAW

d)

Meniru cara kehidupan bangsa-bangsa lain

5.

Siapakah muslim yang sebenarnya?

a)

Anthony yang sentiasa mengikut ajaran Al Quran & sunnah Rasulullah SAW sepanjang hidupnya, dan tidak mahu menjadi hamba kepada sesiapa pun kecuali Allah SWT

b)

Huthamah yang selalu terikut-ikut dengan cara hidup orang Amerika yang suka berfoya-foya dan tidak mempedulikan kitab Allah & petunjuk RasulNya

6.

Apakah contoh kepatuhan kepada Allah SWT?

a)

Menggunakan masa yang terluang dengan melakukan perkara sia-sia

b)

Mengakui dosa & bertaubat dari adat kebiasaan lama

c)

Mengikut nafsu diri dengan melampau

d)

Tinggalkan minuman keras

7.

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" (Surah Al An'am 06 : 162)


Maksud ayat Quran ini ialah saya mestilah memberikan seluruh _____(1)_____, _____(2)_____, _____(3)_____ saya semata-mata untuk Allah.

a)

pekerjaan/perbuatan

b)

hidup

c)

mati

8.

Apakah jenis kategori Islam mengikut kenyataan di bawah?


" Si fulan A menyatakan diri nya Islam, tetapi hanya menggunakan Islam tu dalam sebahagian kehidupannya sahaja & selalu menurut hawa nafsu".

a)

Islam Sepenuhnya

b)

Islam setengah-setengah

9.

Apakah jenis kategori Islam mengikut kenyataan di bawah?


" Si fulan A+ menyatakan diri nya Islam, beriman kepada Allah & mengikut ajaran Rasulullah SAW dan memberikan seluruh kehidupan, fikiran, perasaan dan harta yang dimilikinya kepada Islam".

a)

Islam sepenuhnya

b)

Islam setengah-setengaj

10.

Mengapa masih ada kezaliman pada dunia hari ini sedangkan Islam telah wujud atas bumi sejak sekian lama?

a)

Dah nak buat macam mana, memang dah takdir Allah...terima je la

b)

Sebab manusia masih tidak mengikut cara hidup Islam yang betul & benar seperti dalam Al Quran & sunnah Rasulullah SAW