wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNIT 4 Penggunaan Tek. Maklumat & Komunikasi Secara Beretika

Total questions: 26

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

5.4.1 Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

a)

Tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemilik yang sah

b)

Tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau diragui kesahihannya yang boleh menggugat ketenteraman awam.

c)

Tidak menceroboh dan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sesuatu sistem yang dimiliki oleh pihak lain.

d)

Ketidaktepatan Maklumat

2.

5.4.1 Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

a)

Berkomunikasi secara berhemah dalam talian.

b)

Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan dalam talian.

c)

Tidak mengeksploitasi maklumat dan data peribadi pihak lain

d)

Ketagihan Penggunaan

3.

__________________ merupakan sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk.

a)

Teknologi maklumat dan komunikasi

b)

Teknologi maklumat

4.

Teknologi maklumat dan komunikasi ini patut digunakan secara (a)   .

5.

5.4.2 Kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.

a)

Meningkatkan Kualiti Pendidikan

b)

Mempelbagaikan Perkhidmatan dalam Talian

c)

Meningkatkan Hubungan Sosial

d)

Menjanakan Ekonomi

e)

Menimbulkan fitnah.

6.

5.4.2 Kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.

a)

Meningkatkan Kualiti Pendidikan

b)

Menjimatkan Kos dan Masa

c)

Meningkatkan Hubungan Sosial

d)

Perkongsian Maklumat

e)

Risiko data peribadi digodam

7.

Meningkatkan Kualiti Pendidikan

a)

Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berinovasi.

b)

Menjimatkan masa dan wang

c)

Mampu menarik minat murid.

d)

Menjejaskan sistem komputer.

8.

Mempelbagaikan Perkhidmatan dalam Talian

a)

Perkhidmatan yang lebih mesra pengguna.

b)

Pengguna tidak perlu bersesak-sesak di kaunter

c)

Terdapat pelbagai pilihan transaksi dalam talian.

d)

Mengganggu tugas harian.

9.

Meningkatkan Hubungan Sosial

a)

Memudahkan komunikasi secara maya dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia

b)

Mengeratkan hubungan

c)

Mewujudkan jaringan berasaskan bidang

d)

Pembaziran masa.

10.

Menjanakan Ekonomi

a)

Menyediakan peluang perniagaan dan perkhidmatan

b)

Barangan atau perkhidmatan boleh dipromosikan dengan meluas

c)

Penjualan dan pembelian boleh dibuat secara dalam talian

d)

Meningkatkan gejala sosial.

11.

Menjimatkan Kos dan Masa

a)

Pelbagai kos seperti kos panggilan telefon dan pengangkutan dapat dijimatkan.

b)

Perbincangan atau mesyuarat dapat diadakan secara telesidang.

c)

Penggunaan sumber tenaga manusia dapat diminimumkan

d)

Melumpuhkan operasi sesebuah organisasi

12.

5.4.3 Cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.

a)

Penggunaan Akaun E-mel

b)

Penggunaan Pengiklanan

c)

Memuat Turun dan Memuat Naik

d)

Menyebarkan virus

13.

Penggunaan Akaun E-mel

a)

Merahsiakan nama pengguna dan kata laluan daripada pengetahuan orang lain.

b)

Tidak memalsukan maklumat diri dalam pendaftaran e-mel.

c)

Menggunakan e-mel dengan bijak dan berhati-hati

14.

Penggunaan Pengiklanan

a)

Mengiklankan barangan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang dan norma masyarakat.

b)

Berintegriti bagi memastikan pengguna tidak berasa tertipu.

c)

Bersaing secara sihat dengan tidak memburukkan barangan dan perkhidmatan orang lain.

15.

Memuat Turun dan Memuat Naik

a)

Mendapat kebenaran yang sah daripada pemiliknya.

b)

Tidak memuat turun dan memuat naik bahan negatif.

c)

Tidak memuat turun dan memuat naik perisian tidak berlesen.

16.

5.4.4 Kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.

a)

Ketidaktepatan Maklumat

b)

Isu Keselamatan

c)

Serangan Pelbagai Virus

d)

Menjimatkan Kos dan Masa

17.

5.4.4 Kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.

a)

Serangan Pelbagai Virus

b)

Terdedah kepada Bahan Negatif

c)

Ketagihan Penggunaan

d)

Perkongsian Maklumat

18.

Ketidaktepatan Maklumat

a)

Mengelirukan orang lain

b)

Menimbulkan fitnah.

c)

Mengaibkan orang lain.

d)

Perkongsian Maklumat

19.

Isu Keselamatan

a)

Risiko data peribadi digodam.

b)

Terdedah kepada buli siber

c)

Ancaman keselamatan diri, keluarga dan harta benda.

d)

Meningkatkan Hubungan Sosial

20.

Serangan Pelbagai Virus

a)

Menjejaskan sistem komputer.

b)

Mengganggu penggunaan harian dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi.

c)

Melumpuhkan operasi sesebuah organisasi

d)

Meningkatkan Kualiti Pendidikan

21.

Terdedah kepada Bahan Negatif

a)

Mempengaruhi pemikiran murid

b)

Mendorong perlakuan yang tidak diingini

c)

Meningkatkan gejala sosial

d)

Menjanakan Ekonomi

22.

Penilaian terhadap maklumat yang diperoleh patut dibuat secara rasional agar setiap tindakan yang diambil adalah betul.

a)

Beretika

b)

Tidak beretika

23.

Kebebasan yang diperoleh dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai batas tertentu dan etika yang perlu dipatuhi.

a)

Beretika

b)

Tidak beretika

24.

Penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi secara sederhana akan mengelakkan individu daripada terasing dalam kalangan masyarakat.

a)

Beretika

b)

Tidak beretika

25.

Menjauhkan diri daripada sebarang jenayah siber ketika menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

a)

Beretika

b)

Tidak beretika

26.

Kita akan berasa gembira dan bangga apabila menjadi pengguna yang bijak dan penuh beretika ketika menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

a)

Beretika

b)

Tidak beretika