wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Cabaran peribahasa- Cikgu Erna

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Ali cuba untuk membaiki komputer Jabbar walaupun Ali tidak pandai membaikinya, akhir sekali komputer Jabbar rosak kerana sikap Ali itu ibarat........

a)

Bagai tikus membaiki labu

b)

Bagai menghitung bulu kambing

c)

Bagai pungguk rindukan bulan

2.

Akmal seorang yang..................kerana suka membantu orang di dalam kesusahan

a)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

Darah daging

c)

Baik budi

3.

Kamal bekerja dengan kuat dan bersemangat untuk menyara anak anaknya. Sikap Kamal diibaratkan seperti..............

a)

Sedikit sedikit lama lama jadi bukit

b)

Banting tulang

c)

Melepas batuk di tangga

4.

Sikap Nizam diibaratkan seperti .............kerana sanggup menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di dalam lubuk yang dipenuhi duri.

a)

Berani mati

b)

Darah daging

c)

Bagai melepaskan batuk di tangga

5.

Setiap kesalahan atau kesilapan yang seseorang lakukan mestilah kita maafkan dan .............................

a)

Darah daging

b)

Buang yang keruh, ambil yang jernih

c)

Sediakan payung sebelum hujan

6.

Nama persatuan itu sudah tercemar kerana salah seorang dari ahlinya telah melakukan perkara yang tidak baik. Ini boleh diibaratkan seperti peribahasa..............................

a)

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

b)

Otak udang

c)

Bagikan pungguk rindukan bulan

7.

Fahmi ................kerana ingin berjimat cermat .

a)

ikat perut

b)

ikat hati

c)

hati mati

8.

Mendidik anak biarlah dari kecil lagi supaya apabila sudah besar, anak itu boleh memberi kebahagiaan kepada ibu dan bapa. Ini diibaratkan seperti................

a)

Darah daging

b)

Ikat perut

c)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

9.

Hubungan antara Jabbar, Akmal, Nizam, Amalina dan Syawal diibaratkan ...........................kerana mereka saling bekerjasama dan saling tolong menolong dalam melakukan tugas dari Cikgu Erna.

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Otak udang

c)

Hati batu

10.

Razif telah ....................................dengan memindahkan barang barang di rumahnya ke tempat yang lebih tinggi supaya tidak hanyut semasa banjir

a)

Melepaskan batuk di tangga

b)

sediakan payung sebelum hujan

c)

Darah daging