wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN SUMATIF 2 BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Total questions: 45

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu

a)

menyerahkan

b)

mengurniakan

c)

menyampaikan

d)

menganugerahkan

2.

________ universiti itu perlu mendaftar atas talian untuk kertas peperiksaan yang ingin diduduki oleh mereka

a)

setiap orang pelajar

b)

setiap-tiap pelajar

c)

Tiap-tiap pelajar

d)

Tiap pelajar

3.

Doktor Tania mengesahkan bahawa pesakit itu menghidap penyakit tibi hasil _______ pemeriksaan yang telah dilakukannya.

a)

dari

b)

setelah

c)

daripada

d)

selepas

4.

Sultan Perak mencemar duli bersama-sama permaisuri _______ ke kawasan pedalaman untuk melihat kehidupan rakyat.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

patik

d)

beta

5.

Penunggang motosikal itu disaman oleh polis dalam suatu ____ jalan raya kerana tidak mempunyai lesen memandu.

a)

hentian

b)

sekatan

c)

tahanan

d)

halangan

6.

Pak Salleh berasa sedih kerana sebahagian daripada tanaman pisang di kebunnya telah ______ oleh monyet liar.

a)

dimusnahkan

b)

dihancurkan

c)

dihapuskan

d)

dilupuskan

7.

Badan kakak yang berisi semakin ______ sejak berjoging dan melakukan senaman.

a)

kecil

b)

susut

c)

surut

d)

kering

8.

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Ibu sibuk ______________ minuman petang untuk tetamu yang datang.

a)

menyaji

b)

memberi

c)

mengagih

d)

menghidang

9.

Dia akhirnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia sentiasa ______dengan buku.

a)

bersamaan

b)

berdekatan

c)

bergandingan

d)

berdampingan

10.

Kabus tebal pada pagi itu telah ______________ puncak gunung yang bakal kami daki.

a)

menutupi

b)

mengaburi

c)

melingkari

d)

menyelubungi

11.

Setelah seharian bertempur, akhirnya pihak tentera telah berjaya menawan ____________ pengganas.

a)

sekawan

b)

sepasukan

c)

seangkatan

d)

segerombolan

12.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapanpilihan anda.


Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.

a)

keledek goreng

b)

menghidang

13.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapanpilihan anda.


Encik Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.

a)

dipasar malam

b)

daripada

14.
"Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
a)
dia
b)
kita
c)
kamu
d)
mereka
15.
"Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
a)
kamu
b)
awak
c)
kami
d)
saya
16.
"Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?" kata Rosmaini kepada ibunya.
a)
mereka
b)
engkau
c)
kalian
d)
dia
17.
"_______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh,"ikrar para pemain itu kepada jurulatih mereka.
a)
Dia
b)
Kita
c)
Kami
d)
Mereka
18.
"Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, _______ masih lagi terbayang-bayang akan suasana damai di sana,"kata Lokman.
a)
dia
b)
kami
c)
saya
d)
kalian
19.
"Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak _______," kata Chandran kepada majikannya, Puan Mei Ling.
a)
encik
b)
puan
c)
tuan
d)
cik
20.
"Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-kawannya.
a)
dia
b)
awak
c)
beliau
d)
kalian
21.

Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ________ jalan itu sangat licin.

a)

tetapi

b)

bahawa

c)

supaya

d)

kerana

22.

Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ________ sebuah lori.

a)

atau

b)

hingga

c)

dan

d)

kecuali

23.

Encik Mahendran berbual-bual dengan rakan sekerja _______ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.

a)

sementara

b)

manakala

c)

jika

d)

kerana

24.

Kakinya bengkak _________________ disengat oleh seekor lebah

a)

kerana

b)

agar

c)

tetapi

d)

kalau

25.

Aiman menutup suis komputer ________ keluar dari makmal komputer

a)

dan

b)

lalu

c)

sambil

d)

serta

26.

________ universiti itu perlu mendaftar atas talian untuk kertas peperiksaan yang ingin diduduki oleh mereka

a)

setiap orang pelajar

b)

setiap-tiap pelajar

c)

Tiap-tiap pelajar

d)

Tiap pelajar

27.

Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.

a)

beratur

b)

berlunjur

c)

bersimpuh

d)

bertingguh

28.

Habis pakaiannya akibat digigit oleh anjing yang garang itu.

a)

compang-camping

b)

comot-momot

c)

koyak-rabak

d)

serbah-serbih

29.

Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.


Situasi di atas sesuai dengan peribahasa

a)

cacing hendak menjadi naga

b)

kaduk naik junjung

c)

kera mendapat bunga

d)

anak kucing menjadi harimau

30.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapanpilihan anda.


Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.

a)

Para peserta

b)

Peserta peserta

31.

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Klik pada jawapan pilihan anda.


Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi murid.

a)

Galakan

b)

ibubapa

32.

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Klik pada jawapan pilihan anda.


Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi.

a)

kePulau Pinang

b)

kereta api

33.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i- Buku cerita itu ada dengan pengawas perpustakaan

ii- Bungkusan dari luar negara itu dikirim oleh kawan kakak

iii- Pantun itu ditujukan kepada pemantun pertama pasukan sekolah saya

iv- Laporan itu dibuat ke penguat kuasa alam sekitar untuk diambil tindakkan

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

i dan iv sahaja

34.

Pilih dua ayat yang betul?

a)

Bagaimanakah kita dilarang membuang sampah di tempat itu?

b)

Siapakah budak perempuan yang berbaju kurung merah itu?

c)

Bagaimanakah cara membuat kuih itu?

d)

Apakah nama murid itu?

35.

Lengkapkan penjodoh bilangan yang tepat dalam ayat berikut.


Siti membelikan adik se (a)   pen.

36.

Lengkapkan penjodoh bilangan yang tepat dalam ayat berikut.


Budin menghadiahi tunangnya se (a)   cincin.

37.

Lengkapkan kata adjektif yang tepat dalam ayat berikut.


Cikgu Ani memuji tulisan Alan yang (a)   itu.

38.

Lengkapkan kata adjektif yang tepat dalam ayat berikut.


Puan Aminah berasa gayat apabila berada di bangunan (a)  

39.

Lengkapkan kata tanya yang tepat dalam ayat berikut.


(a)   kah yang sedang kamu fikirkan?

40.

Lengkapkan kata tanya yang tepat dalam ayat berikut.


(a)   kah jambatan gantung ituakan dibuka kepada orang ramai?

41.

Lengkapkan ayat seru dibawah.


(a)   , canggihnya kereta baharu kamu ini!

42.

Lengkapkan ayat seru dibawah.


(a)   , kamu telah terpilih untuk mewakili negeri dalam pertandingan pidato!

43.

Lengkapkan ayat seru dibawah.


(a)   , sakitnya kaki saya ini!

44.

Lengkapkan ayat seru dengan kata seru yang tepat.


(a)   , kamulah yang menconteng dinding ini selama ini!

45.

Lengkapkan ayat seru dengan betul.

(a)   , kasihannya mereka!