NEW
Font size
WorksheetsPLC PPI Quiz
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Pendidikan Inklusif lebih menumpukan kepada
Konsep keduniaan dan ilmu pengetahuan
Pemupukan pergaulan dengan masyarakat
Isu-isu dunia moden dan teknologi
Penerapan nilai murni dalam institusi kekeluargaan
Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan isu MBK dalam Pendidikan Inklusif
MBK diintegerasikan secara fizikal di dalam sebuah kelas
Latihan Perguruan dalam Perkhidmatan menitikberatkan peranan bagi guru baru
Sumber pengajaran dan pembelajaran yang perlu diadakan
Model penilaian formatif hendaklah dilaksanakan
Pernyataan berikut merujuk kepada Inklusif Separa KECUALI
MBK yang mengikuti pembelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.
MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.
MBK belajar bersama-sama murid tipikal bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka.
Aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan MBK.
Sebab utama Pendidikan Khas diberikan kepada MBK ialah untuk membantu mereka
mengubah sikap negatif terhadap kekurangannya
mengatasi sesuatu masalah yang dihadapinya
menjadi individu yang berkeyakinan dan berguna kepada masyarakat dan negara
membina hubungan dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti
Apakah kelebihan Pendidikan Inklusif berbanding dengan Pendidikan Khas?
I. Memperkembangkan keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid berkeperluan khas.
II. Kanak-kanak berkeperluan khas dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan kanak-kanak tipikal.
III. Kanak-kanak berkeperluan khas merasa rendah diri kerana dengan adanya kekurangan pada dirinya berbanding dengan kanak-kanak tipikal.
IV. Murid-murid berkeperluan khas berpeluang berjumpa dengan guru resos.
III dan IV
I sahaja
I dan II
IV sahaja
Antara berikut ialah peranan guru biasa dalam Pendidikan Inklusif KECUALI
I. menjalankan pengajaran kolaboratif dengan guru resos
II. membuat perancangan pengajaran dan kegiatan pembelajaran bersama-sama guru resos
III. merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bersama guru resos
IV. menyediakan ujian khas yang akan mengambil kira keperluan MBK
III dan IV sahaja
IV sahaja
I sahaja
II dan III sahaja
Guru yang mengajar di kelas aliran perdana kurang mendapat pendedahan yang mendalam tentang teknik, strategi dan cara pengendalian murid berkeperluan khas di dalam kelas mereka. Maka, kepada siapakah yang sepatutnya guru tersebut perlu mendapatkan rujukan?
Guru matapelajaran
Guru kelas
Guru resos
Guru besar
Dalam Pendidikan Inklusif, guru resos dan guru biasa menjalankan pengajaran kolaboratif termasuklah,
I. perancangan strategik pengajaran dan pembelajaran
II. penyediaan bahan bantu mengajar
III. sesi pengajaran
IV. sesi penilaian
II , III dan IV sahaja
I , II dan III sahaja
I , II , III dan IV sahaja
I , III dan IV sahaja
Lazimnya Ujian Saringan untuk Pendidikan Inklusif adalah disediakan dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik
Bahasa dan Pendidikan Moral
Matematik dan PJK
Matematik dan Bahasa
Dalam Pendidikan Inklusif, guru biasa akan berkerjasama dengan
Guru resos
Guru besar
Guru mata pelajaran
Guru kelas
Apakah kelebihan Pendidikan Inklusif berbanding dengan Pendidikan Khas?
MBK berpeluang berjumpa dengan guru resos
MBK dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan murid tipikal
Memperkembangkan keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani MBK
MBK merasa rendah diri kerana adanya kekurangan pada dirinya berbanding dengan murid tipikal
Berikut adalah isu-isu berkaitan pentadbiran dalam Pendidikan Inklusif;
I. Guru resos dan guru bahasa merancang, melaksana serta menilai program pembelajaran secara kolaboratif
II. MBK terikat dengan peraturan-peraturan bilik darjah
III. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang perlu hendaklah dilaksanakan
IV. Latihan dan Pendidikan Inklusif bagi guru-guru hendaklah disediakan
I dan III sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja
I dan II sahaja
“Murid tipikal dan MBK bebas berinteraksi di dalam dan di luar kelas”
Penyataan ini merujuk kepada,
Pendidikan Inklusif
Pendidikan Khas
Pendidikan Kelas Biasa
Pendidikan Kelas Bercantum
Di peringkat pendidikan antarabangsa, konsep Pendidikan Inklusif telah diletakkan sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan Untuk Semua”. Oleh itu, apakah yang anda faham tentang Pendidikan Inklusif ?
I. Interaksi pengajaran dan pembelajaran menyeluruh murid berkeperluan khas dengan murid tipikal
II. Interaksi sosial murid berkeperluan khas dan murid tipikal
III. Pendidikan yang dikhaskan kepada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai ketidakupayaan
IV. Pendidikan yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas sahaja
III dan IV
I sahaja
II dan IV
II sahaja
#Ali - penarik diri, suka berbohong, memencilkan diri
#Abu - berupaya memandang jauh ke hadapan, memiliki kebolehan akademik khas
#Lina - tidak dapat mengurus diri, kecerdasan amat lemah
#Mary - kadar kerangsangan rendah, corak pencapaian akademik tidak konsisten
Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar yang manakah yang tidak layak diberikan Pendidikan Insklusif ?
Abu
Mary
Ali
Lina
