wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pjk

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apa itu dadah?

a)

cecair yang mudah terbakar dan memberikan kesan memabukkan kepada seseorang jika diminum secara berlebihan

b)

bahan kimia yang dapat mengubah fungsi dan kelakuan seseorang

c)

diperbuat daripada tembakau yang dibungkus berbentuk silinder

d)

penggunaan bahan yang memaudaratkan seseorang

2.

Jerat dadah ialah keadaan individu yang ______ atau _____ oleh individu lain bagi menagih dadah atau dijadikan sebagai keldai dadah.

a)

dipengaruhi, diperdaya

b)

dipaksa, rela

c)

ingin, rela

3.

Keldai dadah bermaksud ……………..

a)

individu yang menjual dadah di dalam atau di luar negara secara kecil-kecilan

b)

individu yang dengan rela menjual dadah di dalam atau di luar negara

c)

individu yang ditipu, dipaksa atau diperdaya bagi tujuan menjual dadah di dalam atau di luar negara tanpa pengetahuan mereka

d)

individu yang menjadikan aktiviti menjual dadah di dalam atau di luar negara sebagai pendapatan utama

4.

Penyalahgunaan dadah mengakibatkan ....

a)

halusinasi, kerosakan otak

b)

pening, hilang keseimbangan

c)

sukar berjalan lurus dan terhuyung hayang

d)

selalu tersenyum dan gembira

5.

Apakah kesan penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat?

a)

Masyarakat menjadi pendiam.

b)

Masyarakat berasa tidak tenteram dan tidak sejahtera.

c)

Masyarakat akan jadi takut kepada dadah.

d)

Masyarakat akan suka mengumpat dan berkata-kata buruk.

6.

Cara mengelakkan diri dari jerat dadah ialah seperti berikut kecuali

a)

Berhati-hati dengan tawaran kerja

b)

Selidik latar belakang rakan yang baru dikenali

c)

percaya pada diri sendiri

d)

mudah terpengaruh

7.

Antara berikut merupakan penyalah gunaan bahan kecuali...

a)

dadah

b)

minuman berkarbonat

c)

minuman beralkohol

d)

rokok

8.

Apa itu rokok?

a)

cecair yang mudah terbakar dan memberikan kesan memabukkan kepada seseorang jika diminum secara berlebihan

b)

bahan kimia yang dapat mengubah fungsi dan kelakuan seseorang

c)

diperbuat daripada tembakau yang dibungkus berbentuk silinder

d)

penggunaan bahan yang memaudaratkan seseorang

9.

Manakah antara berikut bahan inhalan yang ada di rumah?

a)

a. Tar

b)

b. Ubat gegat

c)

c. Nikotin

d)

d. Glukosa

10.

SILA PILIH IMPLIKASI JERAT DADAH KEPADA DIRI

a)

KESIHATAN TERJEJAS

b)

EKONOMI TERJEJAS

c)

MELAKUKAN JENAYAH

d)

AHLI KELUARGA TIDAK SIHAT

11.

MANGSA YANG TERBABIT DENGAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH ANTARABANGSA DIDAPATI MUDAH TERPENGARUH DENGAN TAWARAN MENARIK YANG DIBERIKAN.


BERIKUT MERUPAKAN SITUASI BERISIKO YANG MEMBAWA KEPADA JERAT DADAH KECUALI....

a)

TAWARAN MELANCONG KE LUAR NEGARA

b)

TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA

c)

TAWARAN PULANGAN LUMAYAN DENGAN TUGASAN YANG MUDAH

d)

TAWARAN WANG DENGAN MEMBANTU MEMBAWA BARANG MILIK ORANG LAIN

12.

Yang manakah boleh menyebabkan ketagihan ?

a)
b)
c)
d)
13.

Berikut adalah agensi-agensi yang memainkan peranan dalam melaksanakan kempen anti dadah

a)

PEMADAM

b)

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK )

c)

Polis & Kastam

d)

Tentera

14.

Maksud kemurungan ialah...

a)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah fizikal.

b)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah organ.

c)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah mental.

15.

Terdapat tujuh jenis kemurungan yang dapat dikenal pasti. Salah satunya adalah...

a)

Verpolar

b)

Tripolar

c)

Bipolar

d)

Dyspolar

16.

Pilih cara mengurus dan mengawal kesihatan mental dan emosi...

a)

Lalai dan tidak patuh ajaran agama

b)

Kurang tidur dan tidak berselera makan

c)

Sentiasa berfikiran negatif

d)

Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat

17.

Anda mendapati terdapat garisan halus umpama bekas dihiris pada pergelangan tangan rakan anda. Sebagai seorang rakan yang prihatin, apa yang patut anda lakukan?

a)

Memberitahu kepada guru kelas anda mengenainya

b)

Menghiris tangan sama seperti yang dilakukan rakan anda

c)

Memaksa rakan anda menceritakan kejadian itu

d)

Memilih untuk membiarkan sahaja kerana dia memang sukakan perhatian

18.

Setiap kali mendapat hasil keputusan peperiksaan, Vivy akan mengambil tindakan untuk mengoyak kertas peperiksaannya sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat. Adakah Vivy menunjukkan ciri-ciri kemurungan?

a)

Tidak,ini adalah perkara normal

b)

Ya, ini adalah salah satu tanda-tanda kemurungan

19.

Sesetengah orang gemar menyanyi dalam keadaan yang kuat bagi menghilangkan rasa bosan dan sunyi dalam dirinya. Adakah ini salah satu langkah terbaik dalam mengawal emosi?

a)

Tidak, perkara ini adalah tindakan yang sia-sia

b)

Ya, ini adalah salah satu cara untuk mengalirkan emosi

20.

Kamu terbaca luahan hati rakan kamu yang ditulis di atas meja mengenai perasaan cintanya yang ditolak. Kata-kata yang ditulis menunjukkan tanda kemurungan pada rakan kamu. Apakah yang boleh kamu lakukan untuk membantu dirinya?

a)

Mengambil peluang untuk berkenalan dengan orang itu memandangkan dia tidak berminat dengan rakan kamu

b)

Menyiasat hal ini menerusi penerokaan yang kamu buat di media sosial

c)

Menyarankan dirinya agar melakukan perkara yang disukai dan melupakan perkara buruk itu

d)

Mengejek dirinya kerana cintanya ditolak di laman sosial