wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN SAINS SPM

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Alat-alat berikut merupakan alat perlindungan diri yang patut digunakan semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal kecuali

a)

Baju makmal

b)

Sarung tangan

c)

Topeng muka

d)

Dosimeter

2.
Antara larutan berikut yang manakah boleh  dibuang terus ke dalam singki? 
a)
Asid nitrik dengan pH 5.8 
b)
Asid sulfurik dengan pH 3.2 
c)
Natrium hidroksida dengan Ph 9.5
d)
Kloroform 
3.
CPR atau resusitasi kardiopulmonari ialah  gabungan bantuan pernafasan 
a)
dari mulut ke mulut 
b)
menggunakan alat bantuan pernafasan
c)
dari mulut ke mulut dan mampatan dada
d)
untuk mengeluarkan benda yang tercekik 
4.
Bilakah seseorang memerlukan bantuan CPR?
a)
Apabila tiada degupan jantung 
b)
Apabila hidung berdarah 
c)
Apabila tercekik 
d)
Apabila muntah berdarah 
5.

Antara berikut, Teknik manakah yang perlu digunakan untuk mangsa tercekik?

a)

CPR

b)

Heimlich Maneuver

c)

Posisi pemulihan

d)

Defibrilator luaran automatik

6.
Apakah kepentingan mengetahui suhu badan?          
a)
Supaya kita boleh menentukan jenis pakaian 
b)
Supaya kita boleh pindah ke tempat yang  sejuk 
c)
Untuk mengubat diri sendiri 
d)
Sebagai penilaian untuk menunjukkan  keadaan badan kita samada sihat atau tidak. 
7.
Kadar denyutan nadi adalah bilangan denyutan  jantung  
a)
perminit
b)
perjam
c)
perhari
d)
persaat 
8.

Rajah menunjukkan aktiviti akuakultur untuk menampung keperluan manusia yang semakin meningkat. Apakah isu sosiosaintifik yang berkaitan dengan akuakultur?

a)

Bahan sisa disalurkan ke dalam air di persekitaran

b)

Bilangan ikan di lautan akan meningkat dan ekosistem terganggu

c)

Kawasan penternakan pinggiran laut menurunkan impak tsunami dan gelombang air pasang

d)

Bekalan ikan yang berlebihan

9.
Antara berikut yang manakah menunjukkan  trait resesif? 
a)
Boleh menggulung lidah 
b)
Rambut perang 
c)
Cuping telinga bebas 
d)
Iris hitam 
10.
Pembiakbakaan dalam bidang pertanian  menghasilkan tanaman dengan ciri-ciri tertentu  yang diingini. Antara berikut, yang manakah  tidak benar mengenai kepentingan  pembiakbakaan dalam penghasilan tanaman  variasi baharu? 
a)
Ia mengekalkan spesies yang sama
b)
Ia menghasilkan variety baharu yang lebih  tahan terhadap penyakit 
c)
Ia memperbaiki nilai nutrisi tanaman
d)
Ia meningkatkan penghasilan tanaman 
11.
Antara berikut, yang manakah contoh variasi  selanjar? 
a)
Kumpulan darah 
b)
Warna kulit 
c)
Jenis cuping telinga 
d)
Kebolehan menggulung lidah 
12.

Rajah menunjukkan tisu yang terdapat dalam sejenis tumbuhan. Apakah jenis tumbuhan tersebut?

a)

Serai

b)

Keladi bunting

c)

Cendawan

d)

Paku pakis

13.
Antara berikut, yang manakah kelenjar  endokrin? 
a)
Ginjal
b)
Hati 
c)
Pankreas
d)
Duodenum 
14.
Antara yang berikut, yang manakah terdiri  daripada ion?
a)
Aluminium
b)
Karbon 
c)
Ammonia
d)
Plumbum(II)bromida 
15.
Antara bahan berikut, yang manakah terdiri  daripada atom? 
a)
Emas
b)
Garam 
c)
Karbon dioksida
d)
Air 
16.
Satu atom unsur P mempunyai 16 proton dan  20 neutron di dalam nukleus . Antara berikut,  yang manakah merupakan susunan elektron atom  Y? 
a)
2.2
b)
2.8
c)
2.8.6
d)
2.8.8.2 
17.
Yang manakah antara berikut merupakan ciri  aloi? 
a)
Tidak mengkonduksikan elektrik  
b)
Boleh dimampatkan 
c)
Tidak mudah berkarat 
d)
mempunyai takat lebur rendah 
18.
Apakah kelebihan menggunakan kaca  borosilikat dalam pembuatan kaca makmal?
a)
Boleh dibentuk dengan mudah 
b)
Indeks biasan yang tinggi 
c)
Takat lebur yang tinggi 
d)
Sangan ringan  
19.
Berikut merupakan contoh polimer semula  jadi kecuali 
a)
Protein
b)
Getah 
c)
Sutera
d)
Plastik  
20.
Antara berikut, yang manakah merupakan  fungsi ubat psikoterapeutik? 
a)
Mengurangkan rasa sakit 
b)
Menghilangkan rasa kemurungan 
c)
Membunuh bakteria 
d)
Merawat penyakit sendi 
21.
Antara berikut, yang manakah bukan ciri  radikel bebas? 
a)
Molekul dengan kekurangan satu elektron 
b)
Cenderung menerima elektron dari molekul  lain 
c)
Reaktif 
d)
Stabil 
22.

Antara berikut, yang manakah bukan fungsi bahan antioksida?

a)

Meneutralkan radikel bebas

b)

Mencegah kerosakan terhadap sel normal

c)

Melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki oleh radikel bebas

d)

Mempercepatkan terjadinya tindak balas berantai daripada pembentukan radikel bebas

23.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai tenaga nuclear?

a)

Tenaga nuklear ialah tenaga yang dihasilkan daripada perubahan dalam nukleus yang tidak stabil

b)

Sejumlah tenaga yang besar terhasil apabila satu nukleus berpecah atau bercantum

c)

Tenaga nuklear ialah salah satu tenaga yang membebaskan gas rumah hijau yang sedikit

d)

Tenaga nuklear adalah lebih murah untuk dijana berbanding dengan bahan api fosil

24.
Pengendalian tenaga nuklear yang tidak betul  di stesen jana kuasa nuklear boleh menyebabkan  letupan nuklear. Antara berikut, yang manakah  merupakan kesan daripada letupan nuklear.
a)
Hakisan tanah 
b)
Pencemaran alam sekitar 
c)
Eutrofikasi 
d)
Tsunami 
25.
Mikroorganisma yang paling kecil saiznya adalah
a)
bakteria
b)
protozoa
c)
kulat
d)
virus
26.
Bakteria mempunyai bentuk berikut kecuali
a)
basilus
b)
kokus
c)
spirilium
d)
oval
27.
Antara ciri berikut, yang manakah tidak benar tentang kulat?
a)
Kulat bernafas
b)
Kulat menghasilkan makanan melaui fotosintesis
c)
Kulat membiak melalui spora
d)
Kulat bertumbuh dalam habitat yang lembab
28.
Apakah gizi seimbang?
a)
Pemakanan untuk kesihatan
b)
Pemakanan yang sedap
c)
Pemakanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul
d)
Pemakanan yang mengikut piramid makanan
29.

Senarai berikut merupakan penyakit yang disebabkan malnutrisi kecuali

a)

Diabetes

b)

Anoreksia Nervosa

c)

Arteriosklerosis

d)

Demam denggi

30.
Bagaimanakah tumbuhan mendapat nitrogen yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat?
a)
Proses respirasi
b)
Penyerapan ion Nitrat dalam tanah
c)
Melalui proses penguraian
d)
Penyerapan sebatian ammonium dalam tanah
31.
Antara berikut, yang manakah menyebabkan fenomena eutrofikasi?
a)
Toksin kimia
b)
Pembuangan kumbahan
c)
Bahan buangan radioaktif
d)
Kehadiran asid berlebihan
32.
Antara yang berikut, manakah merupakan huraian bagi keperluan oksigen biokimia (BOD)?
a)
Pertambahan bahan organik dalam air akan meningkatkan aktiviti penguraian organisma.
b)
Tahap pencemaran bagi sampel air.
c)
Amaun karbon dioksida yang dibebaskan oleh organisma akuatik.
d)
Amaun oksigen yang digunakan oleh organisma akuatik
33.
Apabila ( ? ) digunakan dalam sesuatu tindak balas, kadar tindak balas tersebut meningkat.
a)
makin
b)
mana
c)
mungkin
d)
mangkin
34.
Tindak balas yang manakah mempunyai kadar tindak balas yang paling tinggi?
a)
Pengaratan pagar besi
b)
Pembakaran lilin
c)
Fotosintesis dalam tumbuhan hijau
d)
Pencernaan protein
35.

Rajah menunjukkan suatu pengaratan yang telah berlaku ke atas badan sebuah kereta. Kadar tindak balasnya adalah rendah maka .....

a)

masa tindak balas sekejap

b)

masa tindak balas lama

c)

masa tindak balas laju

d)

D masa tindak balas rendah

36.
Apakah contoh bagi sebatian karbon yang tidak organik ?
a)
Petroleum
b)
Sutera
c)
Arang Kayu
d)
Karbon Dioksida
37.
Kesan pengambilan kolesterol yang berlebihan
a)
Batu Karang
b)
Kanser
c)
Sirosis
d)
Mendapan kolesterol pada bahagian dalam arteri
38.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan elektrolit?
a)
Larutan kuprum (II) sulfat
b)
Leburan naftalena
c)
Larutan glukosa
d)
Logam zink
39.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menyadur satu sudu besi dengan argentum.Antara berikut, yang manakah larutan Y?

a)

Ferum (II) sulfat

b)

Ferum (II) klorida

c)

Argentum klorida

d)

Argentum nitrat

40.

Arus elektrik dialirkan melalui larutan akueus kuprum (II) sulfat, CuSO4 seperti ditunjukkan dalam rajah.Apakah yang terbentuk di anod?

a)

Hidrogen

b)

Oksigen

c)

Kuprum

d)

Sulfur

41.
Antara alatan optik berikut,yang manakah menggunakan cermin satah?
a)
Kamera
b)
Periskop
c)
Teleskop
d)
Mikroskop
42.

Rajah menunjukkan imej yang dibentuk oleh sebuah kanta cembung.Di manakah kedudukan objek tersebut?

a)

Dua kali panjang focus

b)

Kurang daripada panjang fokus

c)

Sama dengan panjang focus

d)

Lebih daripada dua kali panjang fokus

43.
Ciri-ciri imej yang terbentuk ialah nyata, songsang, sama saiz dan imej terbentuk pada 2F. Di manakah jarak objeknya?
a)
Lebih daripada 2F
b)
Pada 2F
c)
Pada F
d)
Di antara F dan 2F
44.

Rajah menunjukkan persediaan radas untuk satu eksperimen. 2 buah bongkah logam yang sama jisim dijatuhkan ke atas sekeping plastisin. Antara berikut yang manakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan?

a)

Saiz permukaan bersentuhan bongkah

b)

Jisim bongkah

c)

Saiz lekukan plastisin

d)

Jenis kaki retort

45.

Rajah menunjukkan satu sistem hidraulik. Berapakah daya yang diperlukan oleh omboh P untuk mengimbangi beban 1000 N?

a)

1.25 N

b)

5 N

c)

12.5 N

d)

8000 N

46.
Apakah perbezaan di antara Expendable Launch Vehicle (ELV) dengan Reusable Launch Vehicle (RLV)?
a)
ELV dapat pergi lebih jauh
b)
RLV dapat berada di angkasa lebih lama
c)
RLV dapat digunakan semula
d)
ELV boleh memuatkan lebih banyak penumpang
47.
Antara orbit berikut, yang manakah mempunyai ketinggian orbit yang sama dengan Orbit Geosegerak?
a)
Orbit Geopegun
b)
Orbit Tinggi Bumi
c)
Orbit Rendah Bumi
d)
Orbit Sederhana Bumi
48.
Apakah maklumat yang diberikan oleh Sistem Penentu Sejagat kepada pengguna?
a)
Masa dan saiz
b)
Lokasi dan saiz
c)
Saiz dan cuaca
d)
Lokasi dan masa
49.
GPS adalah?
a)
Global Positioning System
b)
Global Positioning Satellites
c)
Global Positioning Software
d)
Global Phone System
50.

Bakteria ini berbentuk sfera.

a)

Kokus

b)

Spirilium

c)

Basillus

d)

Vibrio