wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN TEST SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 1-6

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pendapat berkaitan dengan konsep Alam Melayu yang dikemukakan oleh tokoh

berikut?

-Alfred Russel Wallace-

a)

Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand.

b)

Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina

c)

Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea

d)

Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik hingga ke Taiwan.

2.

Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sejak awal Masihi lagi

Apakah dua faktor yang telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu tersebut?

a)

Bahasa Melayu bersifat sederhana

b)

Kegiatan pelayaran oleh orang Melayu

c)

Kepandaian orang Melayu dalam bidang kesenian

d)

Kedudukan petempatan orang Melayu yang strategik

3.

Kerajaan Funan pernah mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Fan Shih-man.

Apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan terhadap kerajaan tersebut?

a)

Kemangkatan pemimpin berwibawa

b)

Penguasaan jalan perdagangan

c)

Serangan kerajaan Chenla

d)

Serangan tentera Chola

4.

Tokoh berikut Berjaya meluaskan empayar kerajaan Champa hingga ke Lembah Sungai Merah

-Che Bong Nga-

Tindakan tokoh tersebut telah diktiraf oleh

a)

Dinasti Ming

b)

Dinasti Nanda

c)

Dinasti Shang

d)

Dinasti Magadha

5.

Maklumat berikut merujuk agama-agama yang telah disebarkan ke Alam Melayu.

• Hindu • Buddha • Islam

Apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan penyebaran agama tersebut?

a)

Penemuan batu bersurat

b)

Sikap keterbukaan penduduk

c)

Pembukaan Pelabuhan baharu

d)

Kemakmuran ekonomi kerajaan

6.

Sistem pemerintahan kerajaan Gangga Nagara diketuai oleh golongan raja. Apakah peranan baginda?

a)

Mengutip cukai

b)

Menyebarkan agama

c)

Menjaga harta kerajaan

d)

Memajukan perdagangan

7.

Apakah kerajaan awal Alam Melayu yang telah mewujudkan jawatan berikut dalam pemerintahan kerajaannya?

-Ketua Air-

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Champa

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kerajaan Majapahit

8.

Berikut menunjukkan antara barangan yang didagangkan dengan kerajaan Alam Melayu.

• Minyak wangi • Manik

Dari manakah barangan dagangan tersebut berasal?

a)

Arab

b)

India

c)

China

d)

Eropah

9.

Gambar berikut merujuk jenis tulisan yang ditemukan pada dinding candi dalam kerajaan Alam Melayu.


Apakah jenis tulisan tersebut?

a)

Tulisan Champa Kuno

b)

Tulisan orang Hu

c)

Tulisan Palava

d)

Tulisan Kawi

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan seni bina kerajaan Alam Melayu.

-Penemuan patung Buddha setinggi 18 meter di Tanjung Rambutan 1995-

Apakah rumusan yang boleh dibuat berdasarkan penemuan tersebut?

a)

Pembinaan candi kerajaan Champa

b)

Kegiatan berjual beli kerajaan Angkor

c)

Penggunaan bijih besi penduduk Kedah Tua

d)

Kejayaan masyarakat kerajaan Gangga Nagara

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan kewujudan kerajaan awal di Alam Melayu.

-Srivijaya Muncul pada abad ketujuh -

Pusat kerajaan awal tersebut terletak di

a)

Pangkalan

b)

Palembang

c)

Vyadhapura

d)

Hariharalaya

12.

Apakah kerajaan awal Alam Melayu yang mempunyai kaitan dengan istilah berikut:

- Chieh Ch’a -

a)

Angkor

b)

Majapahit

c)

Kedah Tua

d)

Gangga Nagara

13.

Apakah kerajaan Alam Melayu yang mewujudkan jawatan berikut dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan?

Sapta Prabu

a)

Kerajaan Gangga Nagara

b)

Kerajaan Kedah Tua

c)

Kerajaan Majapahit

d)

Kerajaan Champa

14.

Andaikan anda berkunjung ke pelabuhan Angkor semasa zaman kegemilangannya. Apakah barang dagangan yang boleh anda peroleh di pelabuhan tersebut?

a)

Lilin lebah

b)

Rumpai laut

c)

Kapur barus

d)

Buah pelaga

15.

Masyarakat Alam Melayu menjalankan kegiatan memungut sarang burung layang-layang di

a)

Pulau Sumatera

b)

Pulau Temasik

c)

Pulau Borneo

d)

Pulau Sulu

16.

Rajah berikut berkaitan

dengan barangan yang dihasilkan oleh kerajaan awal Alam Melayu.

Kerajaan Champa - Menghasilkan X

a)

mi

b)

gula

c)

cuka kelapa

d)

garam

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan sistem tulisan.

Tulisan kawi pernah digunakan oleh masyarakat Alam Melayu

Tulisan tersebut dipercayai berasal dari

a)

Pegu

b)

Parsi

c)

India

d)

Jawa

18.

Apakah karya kesusasteraan yang telah dihasilkan oleh tokoh berikut?

Prapanca

a)

Perunaton

b)

Mahabhratta

c)

Nagarakertagama

d)

Tintu Pungulanan

19.

Candi berikut dibina untuk penganut agama masyarakat awal Alam Melayu.

Candi Mi Son

Pembinaannya dilakukan oleh

a)

kerajaan Champa

b)

kerajaan Srivijaya

c)

kerajaan Sailendra

d)

kerajaan Majapahit

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan candi dalam kerajaan Alam Melayu.

Candi Bayon, Angkor

Apakah jenis ukiran yang terdapat pada candi tersebut?

a)

Kegiatan berjual beli

b)

Lukisan kapal perang

c)

Gambaran watak Ramayana

d)

Gambaran golongan pemerintah

21.

Upacara miring yang dilakukan semasa sambutan Hari Gawai di Alam Melayu. Upacara tersebut dilakukan oleh masyarakat

a)

Iban

b)

Punan

c)

Bidayuh

d)

Melayu Brunei

22.

Kerajaan berikut pernah muncul sebagai pusat pengajian agama Islam terbesar di Alam Melayu.

Kerajaan Demak

la berlaku pada

a)

abad ke-14

b)

abad ke-15

c)

abad ke-16

d)

abad ke-17

23.

Apakah pelabuhan utama bagi kerajaan awal Alam Melayu berikut?

Kerajaan Funan

a)

Yasodharapura

b)

Sri Banoy

c)

Sidayu

d)

Oc Eo

24.

Apakah kerajaan awal Alam Melayu yang telah memajukan kawasan berikut sebagai kawasan untuk menjalankan pertanian?

Lembah Sungai Brantas

a)

Kerajaan Champa

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Majapahit

d)

Kerajaan Kedah Tua

25.

Peralatan berikut digunakan sebagai alat kebesaran diraja.

Ia dikenali sebagai

a)

tombak berambu

b)

pending diraja

c)

cap mohor

d)

nobat

26.

Sistem pengangkutan berikut digunakan oleh masyarakat Melaka.

Kapal jong

Ia berupaya memuatkan seramai

a)

20 hingga 30 orang

b)

30 hingga 40 orang

c)

40 hingga 100 orang

d)

50 hingga 120 orang

27.

Maklumat berikut merujuk kedatangan pedagang di Pelabuhan Melaka.

• Pegu • Ceylon

Pedagang dari tempat tersebut dikenakan cukai sebanyak

a)

A 3 peratus

b)

B 4 peratus

c)

C 5 peratus

d)

D 6 peratus

28.

Apakah dua barangan yang dibekalkan oleh kerajaan Demak kepada pelabuhan Melaka?

a)

I Emas

b)

II Perak

c)

III Beras

d)

IV Rempah-ratus

29.

Maklumat berikut merujuk salah satu faktor dalaman yang menyebabkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.


Askar upahan dari luar tidak setia kepada Melaka


Askar upahan tersebut berasal dari

a)

A India

b)

B Bugis

c)

C Jawa

d)

D Pasai

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem persenjataan yang digunakan oleh Kesultanan Melayu Melaka untuk menghadapi serangan Portugis.

Lancaran

Apakah jenis sistem persenjataan tersebut?

a)

A Peluru meriam

b)

B Tentera berkuda

c)

C Tentera bergajah

d)

D Pengangkutan air

31.

Perang Tiga Segi berlaku kerana ingin menguasai kawasan ............ di Selat Melaka

a)

I. Perlombongan

b)

II. Perdagangan

32.

Perang Tiga Segi berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada ……….. untuk mengalahkan Acheh.

a)

I. Portugis

b)

II. Belanda

33.

Perang Johor-Jambi tercetus kerana tuntutan Johor terhadap wilayah………… daripada kerajaan Jambi.

a)

I. Tungkal

b)

II. Palembang

34.

Kota Kara dipilih sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau yang pertama. Apakah DUA ciri-ciri istimewa yang terdapat di Kota Kara sebagai pusat pemerintahan?

a)

I Berhampiran sungai yang lebar

b)

II Kawasan yang berbukit bukau

c)

III Terdapat banyak pokok bakau

d)

IV Terlindung tiupan angin monsun

35.

Mengapakah Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dari Kota Kara pada tahun 1535?

a)

A Sungai yang sempit

b)

B Diserang oleh Portugis

c)

C Masalah ancaman lanun

d)

D Gagal bersaing dengan Melaka

36.

Perang Tiga Segi telah berlaku kerana perebutan untuk menguasai perdagangan di Alam Melayu. Apakah kawasan yang menjadi perebutan tersebut?

a)

A Laut Jawa

b)

B Johor Riau

c)

C Selat Melaka

d)

D Pulau Pinang

37.

Mengapakah berlaku Perang Johor-Jambi dari tahun 1659 hingga 1679?

a)

A Jambi tidak membayar ufti

b)

B Johor menuntut wilayah Tungkai

c)

C Belanda menceroboh perairan Jambi

d)

D Portugis menguasai perdagangan Johor

38.

Kesultanan Johor Riau telah menjalinkan persahabatan dengan kuasa Barat. Apakah kuasa Barat tersebut?

a)

A British

b)

B Portugis

c)

C Belanda

d)

D Perancis

39.

Pada 17 Mei 1606 sebuah perjanjian telah ditandatangani oleh Johor di atas sebuah kapal bernama Oranje. Apakah perjanjian tersebut?

a)

A Perjanjian Johor Jambi

b)

B Perjanjian Johor-Acheh

c)

C Perjanjian Johor-Portugis

d)

D Perjanjian Johor-Belanda

40.

Johor telah memberi bantuan kepada Belanda semasa berperang dengan Portugis di Melaka. Apakah DUA bantuan yang diberikan Johor kepada Belanda?

a)

I Menggali parit kubu

b)

II Membuat tapak meriam

c)

III Memberi sumber kewangan

d)

IV Menghantar pasukan tentera