wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

(T2) SET 1 - BAHAGIAN A (KERTAS 1)

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 23mins

Name
Class
Date
1.

1. Ketika tidak turun ke laut, Pak Cik Tawi _____________ jalanya yang koyak.

a)

A. menyulam

b)

B. menyirat

c)

C. menjahit

d)

D. menampal

2.

2. Para pembahas itu mempertahan _________ mereka dengan bukti-bukti yang releven.

a)

A. pendapat

b)

B. pandangan

c)

C. hujah

d)

D. komen

3.

3. Pemandu-pemandu itu didenda dalam sekatan jalan raya kerana tidak patuh ___________ peraturan lampu isyarat.

a)

A. pada

b)

B. terhadap

c)

C. akan

d)

D. oleh

4.

4. Bantuan itu _________ dapat meringankan beban petani pada musim kemarau ini.

a)

A. seakan-akan

b)

B. semahu-mahu

c)

C. seboleh-boleh

d)

D. sekurang-kurang

5.

5. Pusat asuhan perlu __________ kebersihan dan keselamatan rumah jagaan mereka setiap hari.

a)

A. mengambil kisah

b)

B. menitikberatkan

c)

C. mengabaikan

d)

D. ambil tahu

6.

6. _________lah dadah sebelum terlambat, bak kata pepatal sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

a)

A. Jauhkan

b)

B. Hindari

c)

C. Patuhi

d)

D. Awasi

7.

7. Sampah sarap itu mengeluarkan bau busuk dan __________ sehingga mengganggu ketenangan penduduk taman perumahan.

a)

A. hapak

b)

B. hanyir

c)

C. hangit

d)

D. hangus

8.

8. ____________ pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum wanita di negara kita ialah baju kurung dan baju kebaya.

a)

A. Di antara

b)

B. Pelbagai

c)

C. Antara

d)

D. Aneka

9.

9. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari semakin ____________ musim peperiksaan.

a)

A. menghampiri

b)

B. mendekati

c)

C. menjauhi

d)

D. merapati

10.

10. Antara aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah menyediakan hidangan untuk majlis ______________.

a)

A. janji temu

b)

B. suai kenal

c)

C. kenduri kendara

d)

D. kenduri-kendara

11.

11. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I - Saya terpaksa menelan segala kepahitan sebelum berada pada tahap sekarang.

II - Berkerut-kerut muka Rosman ketika menelan ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor.

III - Projek pembinaan pasar raya itu menelan belanja yang sangat besar jumlahnya.

IV - Mak Andak menelan semua tohmahan daripada penduduk kampung terhadap anaknya yang cacat.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. II dan III sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. I, II, III dan IV

12.

12. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I - Badan Raihana masih lemah setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

II - Walaupun dia agak lemah dalam bidang akademik, tetapi budi bahasanya baik.

III - Baju-baju yang dijemur pagi tadi masih lemah kerana cuaca agak mendung pagi ini.

IV - Puding itu sangat lemah, maka saya tidak dapat memegangnya dengan baik.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV

13.

13. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I - Walaupun sudah berusia lima tahun, tetapi adik hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan.

II - Cikgu Salbiah menasihati kami supaya tidak mudah patah semangat semasa mencari ilmu.

III - Dahan pokok mempelam itu patah kerana buahnya sangat lebat.

IV - Murid-murid itu patah akan nasihat yang disampaikan oleh guru.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II, dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

14.

14. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I - Pesalah tersebut dijatuhi hukuman sebak dan penjara.

II - Rambut pemuda itu sebak di tengah-tengah.

III - Dia tidak dapat menahan sebak lalu menangis.

IV - Muara sungai menjadi sebak akibat air laut yang pasang.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

15.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


15. Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin yakin dalam menjalankan tugas sebagai pengacara majlis.

a)

A. dari tahun ke setahun

b)

B. daripada tahun ke tahun

c)

C. daripada setahun ke setahun

d)

D. dari setahun ke setahun

16.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


16. Ketika sedang berehat, Kakak Mila membawa Abang Azmi secawan teh sebagai hidangan minum petang.

a)

A. terbawa Abang Azmi secawan teh

b)

B. dibawakan secawan teh untuk Abang Azmi

c)

C. membawakan Abang Azmi secawan teh

d)

D. membawa Abang Azmi secawan teh

17.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


17. Setiap pasukan pengakap diminta menyemak senarai barang-barang yang perlu dibawa sebelum ekspedisi itu.

a)

A. diminta supaya menyemak senarai barang-barang

b)

B. diminta menyemak senarai barang

c)

C. diminta supaya menyemak senarai barang

d)

D. diminta menyemak senarai barang-barang

18.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


18. Berita palsu yang tular melalui media sosial itu beredar dengan pantas sekali.

a)

A. paling pantas sekali

b)

B. amat terpantas sekali

c)

C. akan pantas sekali

d)

D. dengan pantas sekali

19.

19 . Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Anak-anak prasekolah itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil.

II - Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna saya dangkal dalam pelbagai sudut.

III - Kedai alatulis tersebut menawarkan potongan harga yang lumayan pada setiap hujung tahun.

IV - Saya bersama-sama dua orang rakan telah berganding bahu menyiapkan tugasan tersebut.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. II dan III sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. I, II dan IV sahaja

20.

20 . Pilih ayat-ayat yang betul.


I- Musafir yang telah berkelana selama berbulan itu pulang secara mengejut.

Il - Buah nanas itu saya kupas lalu disimpan di dalam balang kaca supaya tidak dimasuki sermut.

III - Pasangan suami isteri tersebut terkorban dalam nahas yang membabitkan sebuah treler dan sebuah bas.

IV - Permohonan Puan Selamah untuk menduduki rumah kakitangan kerajaan telah diluluskan.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

21.

21 . Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Mempelam itu manis benar.

II - Rumah itu roboh dipukul ribut.

III - Rombongan itu diketuai oleh saya.

IV - Mereka membincangkan tentang isu alam sekitar.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

22.

22 . Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Sistem perairan dibina untuk kemudahan para petani.

II - Masyarakat pra sejarah pernah tinggal di kawasan ini.

III - Rambutnya kusut sebaik-baik sahaja bangun daripada tidur.

IV - Asiah mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja itu.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

23.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


23. Peribahasa yang sesuai untuk dikaitkan dengan perselisihan atau pergaduhan antara adik-beradik yang akhirnya berbaik-baik semula.

a)

A. Rambut sama hitam hati lain-lain

b)

B. Bagai tikus membaiki labu

c)

C. Biduk lalu kiambang bertaut

d)

D. Gunting dalam lipatan

24.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Jauh perjalanan, luas pemandangan


24. Maksud yang paling sesuai bagi peribahasa di atas ialah

a)

A. Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat.

b)

B. Melakukan sesuatu berdasarkan kemampuan.

c)

C. Penyesalan yang tidak berguna.

d)

D. Sikap merendah diri.

25.

25. Ranting kayu yang patah itu ________________ sebelum jatuh ke tanah.

a)

A. terayun-ayun

b)

B. terawang-awang

c)

C. terliuk-liuk

d)

D. terlayang-layang

26.

26. _______________ kerbau sedang meragut rumput di padang itu.

a)

A. Segerombolan

b)

B. Sekumpulan

c)

C. Sepasukan

d)

D. Seangkatan

27.

27. Pada alaf ini, minat generasi muda ______________ permainan tradisional semakin berkurangan.

a)

A. oleh

b)

B. dengan

c)

C. pada

d)

D. terhadap

28.

28. Para penyokong perlawanan bola sepak itu berasa _________ apabila peluang pasukan mereka memenangi perlawanan itu semakin hampir.

a)

A. cemas

b)

B. takut

c)

C. lega

d)

D. bimbang

29.

29. Perahu yang ditambat di tepi pantai itu ______________ dipukul ombak.

a)

A. terolang-aling

b)

B. terkapai-kapai

c)

C. terlonjak-lonjak

d)

D. terhuyung-hayang

30.

30. Para peniaga kraf tangan di kawasan peranginan itu mendapat ___________ yang lumayan hasil jualan mereka sepanjang musim cuti ini.

a)

A. elaun

b)

B. gaji

c)

C. keuntungan

d)

D. dividen

31.

ANALISIS KESALAHAN EJAAN


31. Peniaga atas talian itu baru sahaja mengposkan barang-barang yang dipesan oleh pelanggannya.

(a)  

32.

ANALISIS KESALAHAN EJAAN


32. Ibu bapa amat bimbang akan jangkitan selsema kepada anak-anak kecil mereka.

(a)  

33.

ANALISIS KESALAHAN EJAAN


33. Sungai Kelang mengalami pencemaran yang serius ekoran daripada pembuangan sampah dan sisa toksid yang tidak terkawal.

(a)  

34.

ANALISIS KESALAHAN EJAAN


34. Penyakit leukimea yang dialami oleh saudari Faten menyebabkan tubuh badannya menjadi tidak bermaya dari sehari ke sehari.

(a)  

35.

ANALISIS KESALAHAN EJAAN


35. Industri perfilman yang semakin pesat dan canggih telah mempengerahu perkembangan sahsiah anak-anak.

(a)  

36.

ANALISIS KESALAHAN ISTILAH


36. Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar pengumuman penting dari pengetua.

(a)  

37.

ANALISIS KESALAHAN ISTILAH


37. Hujan lebat telah membanjiri kawasan kampung kami dan lain-lain kawasan yang rendah.

(a)  

38.

ANALISIS KESALAHAN ISTILAH


38. Kerja-kerja penyelenggaraan pendawaian elektrik di mini stadium tersebut sedang giat dijalankan.

(a)  

39.

ANALISIS KESALAHAN ISTILAH


39. Pembuangan sisa-sisa toksik di dalam sungai menyebabkan flora dan fauna musnah.

(a)  

40.

ANALISIS KESALAHAN ISTILAH


40. Oleh kerana kekurangan peruntukan kewangan, kerja-kerja pemuliharaan bangunan bersejarah itu ditangguhkan.

(a)