Font size
WorksheetsKATA KERJA TRANSITIF
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Pilih ayat yang menggunakan Kata Kerja Transitif dengan betul.
Industri pelancongan sememangnya memberi kesan yang positif kepada negara kita
Industri pelancongan sememangnya memberikan kesan yang positif kepada negara kita
Pilih ayat yang menggunakan Kata Kerja Transitif dengan betul.
Para pelancong akan membeli cenderamata untuk ahli keluarga mereka.
Para pelancong akan membelikan cenderamata untuk ahli keluarga mereka.
Pilih ayat yang menggunakan Kata Kerja Transitif dengan betul.
Keadaan ini dapat mempertingkatkan ekonomi penduduk setempat seterusnya menyumbang pendapatan kepada negara.
Keadaan ini dapat mempertingkat ekonomi penduduk setempat seterusnya menyumbang pendapatan kepada negara.
Jika kita mahu ________________ sumbangan pendapatan yang lebih besar daripada industri ini, semua pihak perlu memainkan peranan.
mensasarkan
menyasarkan
menyasar
mensasar
Rakyat Malaysia perlu turut serta untuk ________________ industri pelancongan di negara kita kerana tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
memperkasa akan
memperkasa
memperkasakan
perkasakan
Kita perlu melestari tempat-tempat pelancongan, mengketengahkan kepelbagaian budaya dan memperkukuhkan amalan berbudi bahasa.
* Tandakan tiga pilihan jawapan yang betul.
melestari - melestarikan
mengketengahkan - mengketengah
memperkukuhkan - mengukuh
mengketengahkan - mengetengahkan
memperkukuhkan - memperkukuh
Pilih ayat yang menggunakan Kata Kerja Transitif dengan betul.
Untuk mempercepat perjalanan, saya telah menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Untuk mempercepatkan perjalanan, saya telah menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Pilih ayat yang menggunakan Kata Kerja Transitif dengan betul dan tepat.
Saya dapati bahawa pihak pengurusan PLUS telah memperbaiki serta menaik taraf prasarana di hentian rawat dan rehat di lebuh raya
Saya dapati bahawa pihak pengurusan PLUS telah membaiki serta menaik taraf prasarana di hentian rawat dan rehat di lebuh raya
Hal ini memperlihatkan kesungguhan mereka untuk membersih dan menceriakan lebuh raya agar pengguna memperolehi manfaatnya.
* Tandakan dua jawapan yang betul.
membersih - membersihkan
menceriakan - menceria
memperlihatkan - memperlihat
memperolehi - memperoleh
Walau bagaimanapun, dalam keadaan pelbagai pihak sedang berusaha untuk _________________ negara kita dengan prasarana kelas pertama, masih ada rakyat di negara kita yang berminda kelas kedua.
memperlengkapkan
memperlengkap
Hal ini dikatakan demikian kerana masih terdapat pemandu yang _____________ kenderaan secara berbahaya.
pandu
memandu
memandukan
pandu akan
Mereka sanggup ___________________ nyawa mereka sendiri dan nyawa pengguna yang lain.
mempertaruh
mempertaruhkan
pertaruhkan
mempertaruh akan
Oleh itu, pihak yang berkenaan perlulah jalankan pemantauan yang lebih kerap untuk mempastikan undang-undang jalan raya dipatuhi.
* Tandakan dua pilihan jawapan yang betul.
jalankan - menjalankan
mempastikan - pastikan
jalankan - menjalani
mempastikan - memastikan
