wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 2 - Kuiz Halangan Cinta

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Pasangan yang baru berkahwin sering menghadapi masalah rumah tangga. Lebih-lebih lagi pasangan muda yang masih belum mempunyai pendapatan tetap dan stabil. Namun begitu, setiap orang mempunyai impian untuk tinggal di rumah idaman mereka. Andaikan pasangan anda menuntut kepada anda untuk menyediakan rumah idamannya. Tetapi, kewangan anda masih belum dapat merealisasikan impian tersebut. Apakah yang akan anda lakukan untuk menyelesaikan situasi tersebut?

a)

Membuat pinjaman peribadi (personal loan) untuk memenuhi kehendak pasangan demi menjaga hatinya.

b)

Abaikan kehendak pasangan anda tanpa memberi apa apa penjelasan.

c)

Berbincang dan berterus terang mengenai status kewangan anda dan akan berusaha membuat simpanan untuk merealisasikan impian tersebut.

2.

Anda dan pasangan telah berkahwin selama lima (5) tahun dan masih belum memperolehi zuriat dan sering mendapat tekanan yang dahsyat dari keluarga masing-masing. Anda juga selalu bergaduh sesama sendiri dan menyalahkan antara satu sama lain. Apakah solusi terbaik yang akan anda lakukan?

a)

Mengajak pasangan anda untuk berjumpa doktor, dan mengenal pasti punca masalah ketidakhadiran zuriat.

b)

Mengambil anak angkat untuk mengisi kesunyian keluarga anda.

c)

Mengajak pasangan untuk pergi bercuti jauh dari orang lain dan memujuk pasangan untuk terus bersabar dan yakin dengan rezeki dan ketentuan.

3.

Anda baru sahaja mendirikan rumah tangga tetapi sering menghadapi masalah berkomunikasi bersama pasangan. Situasi ini menyebabkan anda semakin berjauhan malah tidak bercakap diantara satu sama lain walaupun tinggal di bawah satu bumbung. Apakah solusi yang terbaik yang akan anda lakukan untuk memperbaiki hubungan tersebut?

a)

Meluangkan masa berkualiti sekerap yang mungkin.

b)

Menceritakan masalah anda pada kawan.

c)

Menceritakan masalah anda pada kawan.

4.

Sikap malas dan tidak membantu dalam urusan kerja-kerja rumah boleh menyebabkan berlakunya konflik rumah tangga. Sekiranya anda berada di dalam situasi tersebut, apakah langkah perlu diambil?

a)

Menegur perbuatan tersebut dengan cara kasar agar menimbulkan rasa takut dan tidak mengulanginya lagi.

b)

Menasihati pasangan untuk sentiasa tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain.

c)

Bertindak dengan keluar dari rumah dan berborak dengan kawan di gerai makan.

5.

Tidak kira sama ada suami atau isteri, penderaan fizikal dan mental amat menyakitkan. Akibat dari penderaan ini boleh membawa kepada pertengkaran yang serius dan seterusnya boleh menyebabkan berlaku perceraian. Awas diingatkan, memukul sehingga mencederakan pasangan boleh dianggap sebagai keganasan rumah tangga dan sekiranya disabit kesalahan boleh dihukum mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 1994. Sekiranya anda merupakan mangsa dera, apakah tindakan yang akan anda ambil?

a)

Tidak berbuat apa-apa tindakan.

b)

Bertindak untuk membuat laporan polis agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

c)

Membuat keputusan untuk lari dari rumah.

6.

Ibu/ Bapa mertua anda adalah seorang yang sangat cerewet. Bagaimana anda menghadapi sikap tersebut?

a)

Bertolak-ansur serta berkompromi dengan mereka.

b)

Abaikan mereka.

c)

Menasihati mereka dengan kasar supaya tidak cerewet.

7.

Anda seorang yang panas baran. Sikap ini sering kali menjadi penyebab kepada ketegangan hubungan anda dan pasangan. Bagaimana anda ingin mengubah sikap tersebut?

a)

Belajar untuk mengawal sikap pemarah tersebut dan sentiasa tenangkan diri.

b)

Kawal kemarahan dengan memusnahkan harta benda seperti memecahkan telefon dan sebagainya.

c)

Tidak berbuat apa-apa.

8.

Anda dan pasangan bekerja di syarikat dan jabatan yang sama. Situasi ini menyebabkan anda sering melihat pasangan anda berbual mesra bersama rakan sekerja. Perasaan ini turut dirasai oleh pasangan anda apabila melihat anda berbual mesra bersama rakan sekerja yang berlainan jantina. Apakah yang perlu anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut?

a)

Anda dan pasangan saling memarahi antara satu sama lain untuk mengatasi masalah ini.

b)

Anda dan pasangan tetap meneruskan perbuatan tersebut.

c)

Mengadakan perbincangan dengan pasangan mengenai batas pergaulan untuk mengelakkan perselisihan faham.

9.

Rakan sekerja mengajak anda untuk menonton wayang/ melepak selepas habis waktu bekerja sedangkan pasangan anda telah menanti di rumah. Bagaimana anda respon dengan pelawaan rakan anda?

a)

Pergi menonton wayang/ melepak selepas memaklumkan kepada pasangan tanpa berbincang.

b)

Berbincang terlebih dahulu dengan pasangan sebelum membuat keputusan untuk pergi menonton wayang/melepak.

c)

Menolak pelawaan rakan anda tanpa alasan yang kukuh.

10.

Pasangan anda sering bangun tidur lewat sehingga menyebabkan anda selalu lewat ke tempat kerja. Bagaimanakah anda menghadapi situasi berikut?

a)

Tetapkan penggera jam (alarm) dan kejut pasangan anda dengan baik.

b)

Jerit dan membebel sekiranya pasangan anda tidak bangun dari tidur.

c)

Meneruskan ke tempat kerja tanpa mengejutkan pasangan.

11.

Anda mendapati ada seseorang telah menjalinkan hubungan serius dengan pasangan anda di tempat kerja. Hal ini merupakan satu ancaman terhadap rumah tangga anda dan sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan bijak ia akan menyebabkan hubungan dengan pasangan

semakin renggang dan konflik rumah tangga lebih serius. Apakah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut?

a)

Membuat pergaduhan dengan orang tersebut.

b)

Mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak kaunselor atau pakar.

c)

Mendakwa dan membuat laporan polis terhadap orang tersebut.

12.

Anda dan pasangan mempunyai anak yang masih kecil dan memerlukan penjagaan kerana masing-masing sibuk bekerja untuk mencari pendapatan. Pada masa yang sama, anda juga terikat dengan bebanan kewangan seperti sewa rumah, pembiayaan peribadi dan pinjaman kenderaan. Apakah yang anda akan lakukan untuk mengatasi masalah tersebut?

a)

Membawa dan menjaga anak anda sendiri di tempat kerja anda.

b)

Membiarkan anak di rumah dan berharap tiada apa-apa yang akan berlaku.

c)

Berbincang dengan pasangan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi penjagaan anak.

13.

Tekanan atau stress yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan seseorang menangani masalah yang sedang dihadapi. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani dengan segera, ia akan memudaratkan individu tersebut dari segi fizikal, mental, emosi dan juga rumah tangga. Seandainya anda mengalami stress di tempat kerja, apakah solusi terbaik untuk menangani masalah tersebut?

a)

Mengajak keluarga anda untuk bercuti di tempat peranginan yang sangat menarik.

b)

Melepaskan tekanan yang dihadapi terhadap pasangan.

c)

Mendapatkan khidmat nasihat dari pakar atau berbincang dengan majikan berkaitan tekanan kerja yang dihadapi.

14.

Anda masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan tidak mampu memenuhi keinginan pasangan yang berkeinginan memiliki set barang kemas. Ini kerana, pendapatan yang ada hanya cukup untuk membeli barangan keperluan asas sahaja. Apakah tindakan yang sesuai untuk menangani masalah tersebut?

a)

Membuat pinjaman daripada kawan untuk membeli set barang kemas.

b)

Sanggup berhutang untuk memenuhi impian pasangan.

c)

Menjelaskan keadaan sebenar tahap kemampuan kewangan kepada pasangan dan akan berusaha membuat simpanan terlebih dahulu.

15.

Anda dan pasangan tidak mempunyai kenderaan sendiri dan terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk kegunaan harian. Lama-kelamaan, pasangan anda mula merungut dan menyatakan hasratnya untuk mempunyai kenderaan sendiri untuk keselesaan dan memudahkan pergerakan. Apakah yang perlu anda lakukan untuk mengatasi masalah ini?

a)

Berbincang dengan pasangan untuk membuat pinjaman kenderaan dengan pihak bank untuk membeli kenderaan yang bersesuaian.

b)

Tidak menghiraukan rungutan pasangan anda dan kekal menggunakan pengangkutan awam.

c)

Meminjam kenderaan rakan anda.

16.

Kenaikan harga barang memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah. Bagi golongan yang “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, kenaikan harga barang sudah pasti menimbulkan bebanan kepada mereka. Sekiranya anda sekeluarga tergolong dalam kalangan tersebut, apakah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini?

a)

Anda dan pasangan terus membeli barangan tanpa perancangan dan pertimbangan yang sewajarnya.


b)

Merancang dan berbelanja mengikut kemampuan kewangan keluarga anda.

c)

Tidak membuat sebarang pembelian barang sehingga harga barang turun semula pada kadar yang mampu beli.

17.

Anda dan pasangan sedang bersiar siar di pusat membeli belah. Tiba-tiba, pasangan anda terserempak dengan bekas kekasih dan mula berbual sambil bertukar nombor telefon. Sejak pertemuan tersebut, hubungan mereka menjadi lebih intim. Apakah tindakan yang perlu anda ambil?

a)

Tidak berbuat apa-apa dan membiarkan mereka meneruskan hubungan.

b)

Berbincang dengan pasangan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

c)

Sentiasa memantau dan mengekori rapat pergerakan pasangan

18.

Anda dan pasangan sedang bersiap untuk pulang ke kampung. Tetapi, dalam masa yang sama majikan anda menelefon dan mengarahkan supaya anda menyiapkan tugasan dalam kadar segera. Bagaimanakah anda menyelesaikan konflik tersebut?

a)

Bertolak-ansur dengan pasangan dan aturkan pada masa atau tarikh yang bersesuaian untuk pulang ke kampung.

b)

Memarahi majikan dengan menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung.

c)

Pulang ke kampung tanpa memberi apa-apa penjelasan kepada majikan.