NEW
Font size
WorksheetsNOVEL DILIR DAKSINA
Total questions: 41
Worksheet time: 21mins
Siapakah watak utama dalam novel ini?
Ong See Hwa
Abdullah bin Kayan
Farisha
Haiqal Hakimi
Siapakah penulis novel Silir Daksina?
Nizar Parman
Dayang Noor
Arman Sani
Norman Paiman
Siapakah yang telah mengirimkan manuskrip kepada Haiqal?
Ong Siew Lim
Ong Siu Wang
Ong Kai Yan
Ong See Hwa
Berapakah umur Haiqal ketika ayah kandungnya meninggal dunia?
10 tahun
11 tahun
12 tahun
13 tahun
Apakah tema yang sesuai untuk novel Silir Daksina?
Novel ini bertemakan kepentingan kebudayaan dalam masyarakat.
Novel ini bertemakan kekeluargaan.
Novel ini bertemakan ketaksuban dan persaingan dalam dunia sains.
Novel ini bertemakan semangat kerjasama dalam membangunkan kebudayaan dan kesusasteraan.
'Haiqal mudah mencapai keserasiannya dengan penduduk kampung disebabkan keramahannya dalam bergaul dengan orang'
Apakah perwatakan Haiqal berdasarkan peristiwa di atas?
Baik hati
Penyayang
Peramah
Pemurah
Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah tidak benar?
Abdullah bin Kayan merupakan seorang guru yang bertanggungjawab terhadap muridnya dan jawatan yang disandangnya iaitu ketua panitia bahasa Melayu.
Abdullah bin Kayan amat merindui anaknya yang berada di Kuala Terengganu bersama bekas isterinya.
Abdullah bin Kayan membantu See Hwa berlatih untuk pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat sekolah.
Abdullah bin Kayan merupakan bapa tiri Haiqal yang mengusahakan perniagaan batik bersama uminya di Terengganu.
Apakah latar tempat Ratna berniaga?
Kampung Seri Purnama
Pantai Batu Buruk
Pantai Cahaya Bulan
Pantai Teluk Ketapang
Berikut merupakan perwatakan Haiqal Hakimi, kecuali
Seorang yang berani
Seorang yang menghormati orang tua
Seorang yang pentingkan diri sendiri
Seorang yang peramah
Mengapakah Haikal tidak dapat menziarahi jenazah arwah ayah kandungnya?
Haiqal sedang meduduki peperiksaan akhir tahun.
Haiqal sedang menduduki peperiksaan UPSR.
Haiqal sedang menduduki peperiksaan PT3.
Haiqal sedang menduduki peperiksaan SPM.
Berapakah umur Haiqal ketika ayah kandungnya meninggal dunia?
10 tahun
11 tahun
12 tahun
13 tahun
Apakah hasrat umi terhadap Haiqal?
Mewarisi empayar perniagaannya iaitu perniagaan makanan dan minuman.
Mewarisi empayar perniagaannya dalam bidang pertanian dan penternakan.
Mewarisi empayar perniagaannya iaitu perniagaan butik dan kilang batik.
Mewarisi empayar perniagaannya dalam bidang jahitan dan sulaman.
Berapakah umur Haiqal ketika ayah kandungnya meninggal dunia?
10 tahun
11 tahun
12 tahun
13 tahun
Apakah punca perpisahan antara umi dengan ayah kandung Haiqal?
Uminya yang merupakan seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar Payang tidak dapat menerima bapanya sebagai seorang pencinta seni sastera dan budaya.
Ayah kandung Haiqal tidak bekerja dan tidak memberikan nafkah kepada uminya.
Ayah kandung Haiqal selalu memukul uminya.
Ayah kandung Haiqal tidak mahu berusaha mencari duit untuk keluarganya.
Berikut merupakan latar tempat yang terdapat dalam novel, kecuali
Kampung Seri Purnama
Pantai Batu Buruk
Kuala Terengganu
Lapangan Terbang Senai
Apakah nama kampung ayah kandung Haiqal yang mahu dijejakinya?
Kampun Aman Jaya
Kampung Seri Purnama
Kampung Bulan Purnama
Kampung Jalan Pandan
Pernyataan di bawah merupakan perwatakan Abdullah bin Kayan kecuali
Seorang guru
Seorang yang penyayang
Seorang penyanyi
Seorang penari zapin
Sikap Haiqal berusaha mengetahui kisah ayahnya sesuai dengan persoalan
bijaksana
kerjasama
kegigihan
kasih sayang
Mengapakah Tauke Ong mengambil berat akan Haiqal?
Tauke Ong memang seorang yang mengambil berat
Tauke Ong seorang yang suka akan perhatian
Tauke Ong seorang yang memegang amanah
Tauke Ong suka akan Haiqal
Berikut merupakan perkara yang dilakukan oleh Haiqal semasa di Kampung Seri Purnama kecuali
menziarahi pusara arwah ayah kandungnya
mengadakan persembahan tarian zapin
mengambil alih perusahaan kebun getah arwah ayah kandungnya
melawat keliling kampung
Susunan cerita yang betul berkaitan Haiqal ialah
Menerima manuskrip - berjumpa dengan Ratna - belajar tarian Zapin - pulang ke Batu Pahat
Menerima manuskrip - memberitahu ibunya untuk pergi ke Batu Pahat - berjumpa dengan Ratna - menziarahi pusara ayahnya - balik ke Kuala Terengganu
Menerima manuskrip - pergi ke pusara ayahnya - pergi ke Batu Pahat - berjumpa dengan Ratna
menerima manuskrip - berjumpa dengan Ratna - ingin pergi ke kampung ayahnya - menerima wasiat ayahnya - menyambung pelajaran
Apakah sifat yang ada dalam diri Ong See Hwa?
Sombong
Pemalu dan pendiam
Sangat peramah
Tegas
Apakah amanat arwah ayah kandung Haiqal terhadapnya?
dia mahu Haiqal membaca manuskrip yang ditulisnya
dia mahu Haiqal menyudahkan manuskrip itu
dia mahu Haiqal meletakkan manuskrip di perpustakaan
dia mahu Haiqal tinggal di kampungnya
'semasa dia menunggang motorsikal, dia terjumpa sekumpulan orang remaja yang sedang memancing ikan di tepi parit. Dia memberikan senyuman kepada remaja-remaja itu. Kemudian, hatinya tergerak untuk menegur seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan usia 40-an. Selepas itu, mereka pun berbual mengenai arwah ayahnya'
Siapakah nama lelaki tersebut?
Wak Sakimin
Tauke Ong
Haji Salim
Pakcik Bakar
Apakah nama kumpulan zapin di Kampung Seri Purnama?
Kumpulan Zapin Seri Purnama
Kumpulan Zapin Purnama
Kumpulan Zapin D'Purnama
Kumpulan Zapin D'Parnama
Apakah pengakhiran cerita novel ini?
Haiqal menetap di kampung ayahnya.
Haiqal menguruskan kebun getah ayahnya.
Haiqal menyambung pelajarannya.
Haiqal menjadi pengajar tarian zapin di kampung.
Apakah akhirnya reaksi Umi Haiqal?
Dia menyokong keputusan Haiqal untuk pergi ke kampung ayahnya.
Dia menghadiri majlis di Kampung Seri Purnama.
Dia buat tidak ambil tahu apa-apa yang dibuat oleh Haiqal.
Dia memukul Haiqal.
'Abdullah bin Kayan terlalu sayang akan anaknya Haikal yang dipisahkan oleh isterinya sehingga dia sentiasa merinduinya'
Apakah nilai yang sesuai untuk peristiwa ini?
Nilai kegigihan
Nilai keprihatinan
Nilai kasih sayang
Nilai tanggungjawab
Haiqal gigih berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan arwah ayah kandungnya.
Apakah latar masyarakat bagi peristiwa tersebut?
Masyarakat yang gigih berusaha
Masyarakat yang bijaksana
Masyarakat yang menhormati orang tua
Masyaratkat yang penyayang
Ong See Hwa mengirimkan manuskrip Abdullah bin Kayan kepada Haiqal seperti yang telah diamanahkan oleh ayah kandung Haiqal.
Apakah nilai yang terkandung dalam perwatakan Ong See Hwa di atas?
Nilai bijaksana
Nilai amanah
Nilai kasih sayang
Nilai kerajinan
'Tempat tersimpannya album, novel dan majalah yang menunjukkan kegiatan ayah Haiqal dalam bidang sastera dan budaya'
Apakah latar tempat untuk pernyataan di atas?
Rumah Tauke Ong
Rumah Haiqal
Rumah Abdullah bin Kayan
Balai Raya Kampung Seri Purnama
'Kita hendaklah cinta akan seni dan budaya bangsa'
Apakah peristiwa yang sesuai untuk pengajaran di atas?
Penduduk Kampung Seri Purnama yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan saling bekerjasama telah membuatkan kehidupan di kampung itu kekal harmoni.
Abdullah bin Kayan tabah mengharungi konflik hidup apabila terpisah dengan anaknya. Dia juga tabah menghadapi penyakit hingga akhir hayatnya.
Abdullah bin Kayan sanggup berpisah dengan isterinya semata-mata untuk memulihara tarian zapin yang telah lama terkubur di Kampung Seri Purnama.
Tauke Ong tidak mahu membeli kereta baharu kerana dia mahu menggunakan duitnya untuk keperluan persekolahan anak-anaknya.
'Abdullah bin Kayan tabah mengharungi konflik hidup apabila terpisah dengan anaknya. Dia juga tabah menghadapi penyakit hingga akhir hayatnya'
Apakah nilai yang sesuai untuk peristiwa di atas?
Nilai ketabahan
Nilai amanah
Nilai kasih sayang
Nilai kegigihan
Di manakah Haiqal menyambung pelajarannya?
Sabah
Bumi Kenyalang
Kuala Terengganu
Johor Bahru
Apakah konflik utama yang dihadapi oleh Haiqal?
Umi tidak membenarkan Haiqal berkawan dengan Ratna.
Konflik keluarga yang berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Kayan.
Konflik percintaan antara Haiqal dengan Ong See Hwa.
Haiqal mempunyai hubungan yang tidak baik dengan ayah kandungnya iaitu Abdullah bin Kayan.
Apakah latar masyarakat yang boleh dikaitkan dengan watak Tauke Ong?
Masyarakat yang pentingkan diri
Masyarakat yang berpendidikan
Masyarakat yang tegas
Masyarakat peniaga
'Tauke Ong tidak mahu membeli kereta baharu kerana dia mahu menggunakan duitnya untuk keperluan persekolahan anak-anaknya'
Apakah nilai yang sesuai untuk pernyataan di atas?
Nilai keikhlasan
Nilai kegigihan
Nilai bertanggungjawab
Nilai amanah
'Haiqal menunaikan solat subuh sebaik sahaja tiba di stesen bas di Batu Pahat, Johor sebelum menaiki teksi ke kampung halaman bapanya'
Apakah latar masa berdasarkan peristiwa di atas?
Waktu malam
Waktu pagi
Waktu petang
Waktu subuh
Peristiwa yang manakah menunjukkan latar masyarakat majmuk?
Tauke Ong menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di kampung dan menjualnya di pekan.
Tauke Ong berbaik dengan seluruh penduduk kampung ketika pertama kali dia bersama keluarganya sampai di Kampung Seri Purnama.
Tauke Ong dan keluarganya hidup bersama-sama dengan masyarakat Melayu di Kampung Seri Purnama tanpa sebarang perasaan curiga dan konflik.
Tauke Ong bersungguh-sungguh untuk mengusahakan ladang kelapa sawit dan getah milik keluarga Abdullah bin Kayan seterusnya menjadi orang yang berjaya di kampung.
'Semasa hayatnya, Abdullah bin Kayan bertanggungjawab menyediakan wang simpanan dan kebun kelapa sawit untuk diserahkan kepada Haiqal'
Apakah pengajaran yang sesuai untuk pernyataan di atas?
Kita hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain.
Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu.
Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.
Kita hendaklah tabah dalam mengharungi ujian dan cabaran.
Apakah peristiwa yang berlaku pada tahap plot peleraian novel Silir Daksina?
Haiqal menerima manuskrip setebal 58 mukas surat.
Sewaktu Haiqal mempersembahkan tarian zapin di atas pentas, Haiqal ternampak ummi, walid dan adik tirinya turut menyaksikan persembahannya.
Haiqal pergi ke Johor dengan menaiki bas untuk menjejaki kehidupan ayah kandungnya
Kisah Abdullah Kayan diceritakan dalam manuskrip yang ditulisnya.
