WorksheetsBESTARI INTERAKTIF MEMILIH JAWAPAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Mengapakah orang ramai berkerumun di tepi jalan itu?
A Mereka memang suka berkerumun di situ.
B Mereka hendak melihat keadaan mangsa kemalangan itu.
C Ramai yang terlibat dengan kemalangan itu.
Apakah yang menyebabkan budak perempuan itu menangis?
A Budak itu kehilangan wang sebanyak seringgit.
B Wang seringgit itu diberikan oleh ibunya.
C Budak perempuan itu menangis kerana wangnya tercicir.
D Budak perempuan itu mencari wangnya di merata tempat.
Apakah yang dilakukan oleh ayah?
A Ibu meminta ayah membaiki mesin jahitnya yang rosak
B Ayahlah yang membaiki mesin ibu yang rosak.
C Ayah sedang membaiki mesin jahit ibu yang rosak.
D Ayah membaiki mesin jahit ibu yang rosak sejak pagi tadi.
Di manakah pertandingan syarahan itu diadakan?
A Di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka.
B Murid – murid Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka yang akan menyertai pertandingan itu.
C Peserta itu dari Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka.
D Tiada seorang pun yang menyertai pertandingan itu.
Apakah yang sedang dilakukan oleh kanak – kanak itu?
A Kanak – kanak itu sedang mengira bilangan buah congkak.
B Kanak – kanak itu bermain congkak pada waktu petang.
C Congkak ialah permainan tradisional masyarakat Melayu
D Kanak – kanak itu sedang bermain congkak di halaman rumah.
Apakah yang akan kita peroleh jika kita belajar bersunguh – sungguh?
A Jika kita belajar bersungguh – sungguh, kita akn memperoleh banyak ilmu pengetahuan serta dapat menjejakkan kaki ke menara gading
B Jika kita belajar bersungguh – sungguh, kita tidak akan ke mana – mana.
C Belajar bersungguh – sungguh adalah satu usaha untuk berjaya.
Mengapakah lelaki tua itu mengamuk?
A Lelaki tua itu mengamuk kerana kematian isterinya.
B Lelaki tua itu mengamuk kerana marahkan orang yang merosakkan tanaman di kebunnya.
C Lelaki tua itu mengamuk kerana gembira dinaikkan pangkat.
Ke manakah Afiq Zaaba hendak pergi?
A Ya, dia hendak ke Terengganu.
B Afiq Zaaba baru pulang dari Terengganu.
C Dia ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas.
D Dia dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.
Bagaimanakah kereta itu boleh terjunam ke dalam gaung?
A Kereta yang terjunam ke dalam gaung itu telah dihantar ke bengkel.
B Sebuah kereta telah terjunam ke dalam gaung itu semalam.
C Tidak, pemandu kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan.
D Kereta itu terjunam ke dalam gaung kerana telah dipandu dengan laju.
Bagaimanakah rombongan itu ke Pulau Ketam?
A Rombongan itu ke Pulau Ketam dengan menaiki bot.
B Rombongan itu pergi ke Pulau Ketam pada waktu petang.
C Rombongan itu pergi ke Pulau Ketam.
D Rombongan itu pergi ke Pulau Ketam untuk melancong.
Siapakah yang akan mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah dalam mesyuarat itu nanti?
A Mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah akan diadakan pada hari Sabtu
B Encik Kamarul yang akan mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah mesyuarat itu nanti.
C Encik Kamarul akan mempengerusikan mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah itu nanti.
D Mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah telah dibatalkan.
Mengapakah awak tidak menyerahkan buku kerja Sains itu kepada cikgu awak?
A Saya takut cikgu saya akan marah apabila mendapat tahu bahawa saya tidak membuat latihan yang diberi.
B Tidak, saya belum menyerahkan buku kerja ini kepda cikgu.
C Buku kerja Matematik itu ada pada cikgu saya.
D Saya akan menyerahkan buku kerja Matematik ini kepada cikgu saya pada esok pagi.
Adakah Pesta Bola Merdeka itu sudah tamat?
A Pesta Bola Merdeka itu sudah tamat.
B Ya. Pesta Bola Merdeka itu sudah tamat.
C Pesta Bola Merdeka itu akan diadakan di Stadium Negara
D Ya. Saya telah menyaksikan Pesta Bola Merdeka itu.
Bolehkah kami menyiapkan tugasan ini pada hari ini juga?
A Pasti boleh kerana saya seorang yang jujur.
B Mana boleh, saya tidak hendak ke sana.
C Boleh, saya yakin boleh menyiapakannya.
D Boleh, nanti saya jelaskan kepada awak.
Apakah yang dilakukan oleh Encik Danish?
A Beliau sedang membelah buah kelapa muda.
B Ya, beliau sedang menjolok buah kelapa muda itu.
C Tidak, beliau sedang mengikat buah kelapa muda itu.
D Tangannya sakit digigit beruk.
