WorksheetsTahun 4 Sayangi Diri - Kebersihan Diri
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah perkara yang paling penting ketika kedatangan haid dan ihtilam?
Kerap bersenam
Melakukan aktiviti berfaedah pada waktu senggang
Membaca buku
Menjaga kebersihan diri
Berikut ialah cara menjaga kebersihan diri ketika kedatangan haid KECUALI
Kerap tukar tuala wanita jika pendarahan banyak
Kerap bersukan bersama rakan-rakan
Buang tuala wanita ke dalam tong sanitari
Mandi dan bersihkan diri
Berikut adalah cara menjaga kebersihan diri ketika ihtilam KECUALI
Mandi dan membersihkan diri
Membasuh dan menukar cadar
Berkebun bersama rakan-rakan
Menjaga kebersihan pakaian dalam
Perubahan fizikal akan berlaku setelah mencapai akil baligh. Apakah tindakan yang wajar dilakukan selepas perubahan itu berlaku?
Mengadu kepada ibu bapa tentang perubahan yang berlaku
Mengejek rakan yang banyak jerawat
Menghargai perubahan yang berlaku pada diri
Mencari rakan yang mempunyai perubahan yang sama
Apakah tindakan yang paling tepat apabila kamu diejek oleh rakan tentang perubahan fizikal yang kamu alami?
Membalas ejekan mereka
Mengadu kepada ibu bapa
Bersabar dan menghargai perubahan yang berlaku pada diri
Melaporkan kepada guru bertugas
Bagaimanakah cara untuk menambahkan keyakinan diri dengan perubahan fizikal yang berlaku setelah mencapai akil baligh?
Memakai pakaian yang mahal dan berjenama
Berpakaian kemas dan tampil menarik
Memakai pakaian mengikut fesyen terkini
Mengelakkan daripada berada di tempat orang ramai
Berikut ialah sikap yang perlu diamalkan setelah mencapai akil baligh KECUALI
Berpakaian bersih dan kemas
Mengamalkan pertuturan yang sopan
Menjaga batas pergaulan dan sentuhan dengan rakan-rakan
Melakukan aktiviti sesuka hati kerana sudah dewasa
Tindakan berikut adalah betul KECUALI
Hafiz membalas ejekan yang diberikan kepadanya
Fatimah sentiasa menjaga penampilan diri agar kelihatan sopan, bersih dan kemas
Amran tidak mengendahkan perbuatan Zali yang selalu memanggilnya Amran jerawat.
Hasan sentiasa menjaga batas pergaulan dengan rakan-rakannya
Nabila tidak mahu melakukan senaman ketika kedatangan haid. Adakah tindakan Nabila itu betul?
Betul kerana senaman tidak boleh dilakukan ketika kedatangan haid
Tidak betul kerana Nabila sebenarnya seorang yang tidak suka bersenam
Betul kerana apabila bersenam darah haid yang keluar akan lebih banyak
Tidak betul kerana bersenam sebenarnya dapat mengurangkan senggugut
Antara simtom haid termasuklah
Senggugut
Berat badan bertambah
Tumbuh misai
Otot tangan dan kaki membesar
